31 March 2010

Mai Secawan.... Kopi Radix dan Blogging Apa Khasiatnya???

2 komen disini yer..
Salam...

Jumper lagi kiter dalam slot kesihatan oleh Dr. Lanun he3.. Hari ni Lanun nak share khasiat Kopi Radix. Walaupun tajuk kat atas tu khasiat blogging skali, tapi hanyalah rekaan semata mata. Lanun masih tak jumpa lagi khasiat blogging nih..

Lanun kirenyer macam promote jugaklah la ni. Promote supaya menggantikan kebiasaan meminum kopi kopi seperti nescafe, kopiko, eagle, n bla3..Seru semua beralih kepada produk kopi radix dari membeli kopi konvensional seperti yang ada kat pasaran sekarang.


Jom sambung  baca lagi kat bawah ni Lanun cerita sket pasal Kopi Radix  Mai Secawan... 

Limited Edition : Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Dengan 145 HP

4 komen disini yer..
Salam...

Keje baru jar siap, buat slide untuk present esok.. Sebelum tido Lanun update sket blog hari ni. Kali ni nak sharekan gambar gambar Proton Satria Neo R3 Lotus Racing (edisi terhad) yang dilancarkan hari ini. Perasmian telah disempurnakan oleh Tun DrM, sebagai penasihat proton. Turut hadir pemandu Pasukan 1Malaysia Lotus F1, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy.


Banyak lagi photoshoot Satria Neo dibawah....

30 March 2010

Jom Pergi Melancong Bersama Lanun.... Sapa Nak Ikut ?

11 komen disini yer..
Salam...

Time sibuk sibuk gini dengan asiment, projek dan report yang bertimbun buat badan rasa lenguh2, gatal2, penat dan letih. Tibe-tibe terlintas kat fikiran nak pergi bercuti... Holiday... Honey Moon... Release tension... Mesti best kan.. bayangkan lar tinggalkan semua kesibukan nih, dan bercuti bersenang lenang takyah pk pasal kerja.

Sepanjang pengalaman hidup Lanun yang dah 1/4 abad ni Lanun pernah pergi melancong baru lar 2 kali hu3. Pertama masa sekolah menengah, g Pulau pangkor dengan family and pakcik sedara, Kedua g Langkawi masa form 5 ngan kawan kawan. Dah berabad lama dah kan? Lepas tu tak da dah..hu3. Bila dah dewasa ni teringin nak pergi melancong jauh-jauh, tempat yang best n lawa pemandangan dier.

Ok kiter g sekarang... Jom sapa nak ikut Lanun melancong... Leh baca lagi dibawah... 

Alhamdulillah, Study Nak Habis Dah...Terima Kasih Mak & Ayah...

10 komen disini yer..
Salam..

Tak lama lagi nak habis study dah, selama 3 tahun belajar degree ni macam macam ilmu dan pengalaman Lanun dapat. Orang pun macam macam Lanun jumpe dari yang normal sehinggalah yang tak normal he3.. 28hb april nanti merupakan hari terakhir Lanun kat UTEM ni. Bila dah nak habis ni rasa sekejap jar kan 3 tahun?

Alhamdulillah 3tahun amik degree semuanya lancar, tak da sangkut macam masa diploma dulu sampaikan kena extend satu semester. Orang lain 3tahun jar diploma Lanun 3tahun setengah..hu3. Tu lah balasan nya kalu masa awal-awal tak nak study betul-betul. Tapi takpe kan?  kegagalan dan kejatuhan nilah yang ajar kita untuk bangun n berhati hati lain kali. Kita takkan kenal kejayaan kalu kita tak rasa jatuh dan bangun.. tul kan?

Habis degree ni takdalah apa nak banggakan sangat pun.. kejayaan yang sebenar pastinya lah mendapat Syurga di alam yang kekal abadi. tapi di dunia ni kejayaan adalah bagaimana kita jadi seorang mukmin yang baik dan taat. Sebagai anak pulak, satu kejayaan lah jika boleh jadi anak yang baik dan taat pada dua org tua kita.

Ibu dan ayah.. mak n ayah.. or ape saje yang korang panggil dioerg lah salah satu faktor kita sampai tahap ni. Lanun dapat sampai tahap ni pun atas doa dieorang jugak. Betapa sayangnya mereka kat kiter carik duit untuk buat bayar yuran, belanja harian, hantar kiter dan paling penting titik peluh dieorg cari duit tu tiap tiap hari sejak kiter kecik lagi, ada jugak mak dan ayah dieorg masih lagi kerja sekarang untuk sara kita untuk belajar ni. 

Satu lagi, Doa, doa mereka berdua yang cukup mustajab. tak jemu dieorg doa untuk kejayaan kita dan adik beradik kiter yang lain. Tapi kita tu lar pas solat cepat cepat jar nak habis, doa pun simple sampai lupa nak doa untuk mak n ayah hu3.. 

Pasni lepas kita masuk alam keje ni.. Lanun harap dapat balas jasa diorg lebih dari sebelum ni. Pastikan kita semua tak lupa tanggung jawab ni.

Terima kasih omak n ayah...

29 March 2010

Kisah Teladan : Mutiara Dalam Perut Ikan Dapat Kekayaan Dalam Derhaka Pada Allah...

0 komen disini yer..
Sekumpulan nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah tiga hari mereka berada di laut, mereka langsung tidak mendapat walau pun seekor ikan. Pada masa yang sama terdapat sekumpulan lagi nelayan yang mendapat banyak ikan, tetapi mereka ini tidak pernah sujud kepada Allah.

Kumpulan yang pertama tadi berkata:
Subhanallah, kita solat tetapi gagal menangkap ikan walaupun seekor. Sementara mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah mendapat banyak hasil tangkapan. Lantas syaitan membisikkan kepada mereka agar meninggalkan solat.

Popcorn Dan Handphone : Handphone Boleh Masakkan Otak Kita??

3 komen disini yer..
Sebelum ni aku post pasal pengumuman TNB berkaitan dengan kesan EMF yang terhasil dari kabel pemancar dieorang yang sebenarnya tak berbahaya kepada manusia. Untuk makluman, EMF ni ialah gelombang elektromagnetik yang memang tak nampak dengan mata kasar. 

EMF ni meliputi setiap alat yang menggunakan elektri termasuk kabel elektrik, mesin basuh, hair dryer, handphone dan sebagainya. Gelombang EMF nih memang banyak sangat kegunaan nya lebih lebih dalam komunikasi, selain tu micro oven kita jugak salah satu dari aplikasi gelombang EMF. Jom tengok video jap!!

Jangan tiru mat salleh ni.. arak haram..

Yang atas ni video home eksperimen, yang mat salleh ni buat pada bertih popcorn yang belum dimasak, diletak dekat dengan 4 biji handaphone pastu dieorg call serentak untuk aktifkan gelombang EMF. Dah tengok hasilnya kan. Tapi betul ker apa yang terjadi kat popcorn ni leh jadi kat kita?
Jawapan nya dibawah... kalau rajin baca la lagi he3... 


28 March 2010

Betulkah Bahaya Tinggal Dekat Dengan Kabel Elektrik TNB??...

1 komen disini yer..
Pastinya korang pernah dengar cerita, duduk dekat dengan kabel TNB ni bahaya, boleh sebabkan kanser pada tubuh kita. Betul ker? Sebenarnya TIDAK, kabel TNB hanya menghasilkan 15mG EMF sahaja, jadi  perumahan dan tempat tinggal dekat dengan kabel TNB adalah tidak berbahaya dan tidak boleh mendatangkan kanser seperti yang dikatakan segelintir orang.
Naib Presiden TNB (Penghantaran), Rozimi Remeli,berkata :  persepsi yang mengatakan bahawa sinaran EMF boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah disebabkan kurang pemahaman mengenai EMF. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sekiranya seseorang itu sentiasa terdedah kepada radiasi atau sinaran EMF melebih 1000mG, kemungkinan orang itu terdedah kepada kesan sampingan.
"Bagaimanapun di bawah 1000 mG adalah selamat," katanya selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik 2010 peringkat Selangor di Sungai Besar, dekat sini, hari ini.

Fakta lain :

1.EMF ialah Electro Magnetic Field / Gelombang elektromagnetik.
2.Ketuhar gelombang mikro di rumah menghasilkan 400 mG EMF.
3.Kabel pemancar TNB hanya menghasilkan kira-kira 15 mG EMF.
4.Kebanyakan peralatan elektrik dalam rumah menghasilkan sinaran EMF yang tinggi seperti ketuhar dan telefon bimbit tetapi ia tetap tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan.


27 March 2010

Kapal Selam Ajaib Malaysia Dah Mula di Uji Selepas Baik Pulih...

5 komen disini yer..
Salam...

Kapal selam paling ajaib di dunia scorpene KD Tunku Abdul Rahman kini bersedia menjalani ujian selaman selepas mengalami kerosakan. Kenapa Ajaib? ajaib kerana namanya kapal selam tapi nak menyelam pun tak boleh ki3. Malu kapal selam kita ni dengan adik bradik kapal selam yang lain tau. Oh,Malangnya kita, baru jar beli kapal selam dah bermasalah. Nama jar canggih, alih2 belum apa apa dah ada problem. Kerosakan ni jadik, mungkin banyak sangat kontroversi selubungi pembelian kapal selam ajaib ni. 

kapal selam ajaib... he3


Mungkin tak berkat kot... bila dah melibatkan rasuah.. 2 kali rosak, kerosakan kedua tu adalah kerosakan mekanikal yang menyebabkan ia takleh menyelam, dan sebelum ini juga terdapat kerosakan komponen sistem penyejuk. Apepun Lanun harapkan "test run" kapal selam scorpene ni dapat lah berfungsi dengan baik dan bolehlah menyelam seperti saudara saudara kapal selam yang lain. 

Korang Prihatin? Korang Tahu Tak Ape Perkembangan Palestin Sekarang?

0 komen disini yer..
Salam...

Hari ini masih lagi berlaku serangan ke atas saudara kita di bumi mulia Palestin. Terbaru 7 orang harini rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran yang menyusul selepas keganasan terburuk di wilayah yang dikepung itu sejak 14 bulan lalu. Sebelum ni 4 orang cedera bila Zionis buat serangan udara kat semenanjung gaza.

Selain tu, balik jar PM israel dari lawatan nya ke Amerika, Israel bercadang untuk membina lebih banyak penempatan haram mereka. Pastinya lebih banyak penempatan Palestin akan dimusnahkan, lebih banyak kebun dan ladang Palestin dirampas, dan lebih ramai lagi akan jadi pelarian.

Lanun menyeru : 
  1. Banyak kan berdoa untuk keselamatan saudara kita disana.
  2. Boikot barang israel, mana yang leh boikot lah, kalu takda alternatif nak wat macam mana. (senarai barang). 
  3. Kalu ade ruang untuk memberi derma, sumbanglah walau sedikit
  4. Jangan terikut ikut atau terlalai dengan hiburan atau trend sekarang yang semakin pelik dan melanggar syariat, kerana ia satu agenda tersembunyi yahudi.
  5. Jauhi rokok, arak, zina dan keseronokan melampau itulah umpan zionis.

Sebagai seorang muslim yang prihatin ikutilah perkembangan Palestin.. Walau hanya mampu berdoa dan tidak lebih dari itu mungkin, sekurang kurangnya ikutilah perkembangan mereka di
  1. http://palestinkini.info/
  2. http://palestinefolder.blogspot.com/ 

Aplikasi Baru : Design Template Korang Sendiri Dengan Mudah Tak Perlu Tahu Kod HTML atau CSS

0 komen disini yer..
Teruja betul dengan features terbaru Blogger In Draft iaitu "The Blogger Template Designer". Baru jar tadi Lanun dah try. Mesra pengguna dan banyak benda yang kita jenuh nak ubah sebelum ni, dah boleh di ubah dengan hanya drag and drop. Pada sesiapa yang tak pandai bermain dengan kod HTML, CSS and bla3..tu leh lah try features terbaru ni.

Features ni masih dalam blogger in draft, so tak dimasukkan ke blogger.com yang biasa. Jadi, untuk ke option "The Blogger Template Designer" korang boleh LOG IN kat sini http://draft.blogger.com/, kemudian pergi ke Layout > Template designer > mula berkarya... he3

klik untuk tengok lebih besar...

Korang akan diberi pelbagai pilihan dan option, antaranya :
***backup dulu template korang sebelum buat k 
( layout > edit html > download full template)

1. Tak perlu buat blog baru!!
2. Ubah keluasan "width" blog korang dengan drag size mudah!!
3. Tukar background sekelip mata tanpa taip kod!!
4. Pilih dengan step yang sangat mudah.
5. Tukar warna tema selepas pilih template
6. Pilih template simple sehingga ke advance dan editnya ikut sukahati korang
7. Lebih banyak warna dan customize boleh korang buat di bahagian advance
8. pilih beratus2... background pattern n wallpaper
9. Mesra pengguna dan tak perlukan kepakaran
10. Lebih lanjut ?? [KLIK SINI ]

So kalu berminat leh try k..have fun :-)

Tengok video promo dibawah :

Autorun Eater from Old McDonald's Farm - Software terbaik halang Virus Autorun di Thumbdrive..

6 komen disini yer..
Salam...

Semakin hari semakin banyak virus. Bukan saja virus pada manusia berevolusi, Virus komputer jugak semakin maju dan semakin jahat. Pada yang menggunakan windows XP pastinya selalu kena virus, terutama melalui autorun yang datang dari thumbdrive. Kebanyakan kes virus masuk melalui thumbdrive betul tak? kawan-kawan kita cucuk cucuk pendrive dieorang, bila terus bukak virus pun masuk.

Thumbdrive akan dibuka pada Windows dengan autoplay, disini lah virus menggunakan program autorun untuk memasukkan virus jahat mereka kedalam PC atau laptop kita. Jadi selain meng install antivirus. Satu aplikasi atau software berkesan untuk halang virus melalui autorun dan virus dari thumbdrive ialan dengan mengunakan Autorun Eater..

Autorun Eater ni ringan, memang tak berat lansung n dah banyak berjasa pada laptop Lanun. Dia akan detect autorun / autoplay dari sebarang thumbdrive dan bagi pilihan pada kita untuk ignore atau delete autorun tu, yang terbaik delete lah supaya kita dapatkan hapuskan risiko terkena virus.

Nak try software ni? Memang berbaloi lebih lebih lagi untuk pengguna windows XP... he3.. boleh klik link download dibawah. :

26 March 2010

Syaikhul Azhar Yang Baru - Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Tayyib....

0 komen disini yer..
"Selepas kehilangan Fadhilatul Imam Akbar Al-Marhum Syeikh Dr.Mohammad Sayyid Tantawi baru-baru ini akibat serangan jantung di Riyadh, Al-Azhar yg merupakan Pusat Pengajian Tinggi Islam serta Institusi Ilmu yg tertua di dunia telah menerima perlantikan baru bagi jawatan tersebut yg kini dipikul oleh Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib.

Dilahirkan pada tanggal 6 Januari 1946 di wilayah Luxor, So’idh, Republik Arab Mesir, susur galur nasab keturunan beliau berterusan di sebelah Sayyidina Husin Ibn Sayyidina Ali Abi Tolib.

Banyak lagi info mengenai syeikh ahmad Tayyib di bawah :

10 Cara Menutup Pintu Syaitan Masuk Dalam Diri Kita...

2 komen disini yer..
Seorang daripada para solihin berkata;

"Saya telah merenung dan memikirkan dari manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui 10 pintu"

Pertama:
Tamak dan Buruk Sangka ;
Hadapilah ia dengan menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua:
Cinta akan Dunia dan Panjang Angan-Angan. ;
Hadapilah ia dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang datang pada saban waktu.

Video pesawat TUDM terhempas...di kawasan hutan UUM Sintok.. Sangkakan pertunjukan, rupanya tragedi maut..

4 komen disini yer..
***kalu slow buffering.. sesabo yer..

" Detik akhir pesawat Pilatus PC-7 Mark II milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus sebelum terhempas di kawasan hutan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, pagi tadi disaksikan ratusan pelajar yang menghadiri Karnival Konvokesyen Ke-23 universiti itu. "

Berita penuh :

1. Detik akhir pesawat Pilatus disaksi pelajar UUM
2. Juruterbang TUDM terbunuh dalam nahas Pilatus

25 March 2010

Waktu Solat untuk Blog / Web Korang.... Tunjukkan syiar islam dengan memaparkan waktu solat di laman web korang....

26 komen disini yer..
Salam...
Ni satu website ynag di usahakan oleh kerajaan negeri melaka bagi program e-masjid. Kat sini ade disediakan widget atau script untuk waktu solat bagi negeri negeri di malaysia. Lanun rasa widget ni paling ok dari yang lain, n mudah sket nak customize than others. Korang leh tengok widget ni kat belah sidebar blog Lanun nih.

Pas korang pastekan, korang kena pilih "script" kawasan korang, paste kan..untuk jadikan "default". Dun worry semua dah diterangkan kat website tu just follow instruction k.

jadi sape yang nak script dia leh amik di link ni : [KLIK SINI]

u/p :  kalu "height / tinggi" tinggi sangat.. cuba tukar kat skrip die tu jadikan 320 tukar kepada 240

"roslan (waktu solat script creator)" : Saya sering mengimpikan website yang lebih sempurna untuk menyebarkan paparan waktu solat. Berilah saya masa untuk itu. Saya amat berbesar hati menerima e-mail yang tuan/puan hantar. TUNJUKKAN SYIAR ISLAM DENGAN MEMAPARKAN WAKTU SOLAT DI LAMAN WEB ANDA.
NOTA : Waktu solat rasmi yang dikeluarkan bagi Negeri Melaka adalah berdasarkan kedudukan titik rujukan (koordinat) terbarat di Kampung Nelayan, Kuala Sungai Baru, Melaka

Cinta & Kesetiaan Si Burung Layang-layang.... Subhanallah...

6 komen disini yer..
It's a story about the barn swallows...

ia sebuah kisah kawanan burung layang-layang yang biasa....

24 March 2010

Peluang Kerja : Infineon nak guna fresh graduate...

0 komen disini yer..
Salam...
emm.. tak pernah update pasal kerja kosong, so hari ni first timelah Lanun sharekan info pasal kerja kosong ni. Lanun pun macam korang jugak mencari kerja, almaklumlah starting 1st may nanti Lanun dah tamat dalam ilmu perguruan ijazah silat jurutera jurus langit ke 8 ha3.. merepek jer kan.

Actually nak share , satu peluang kerja untuk graduan elektronik ( sewaktu dengan nya ). Infineon Melaka yang terletak batu berendam nak rekrut engineer/jurutera baru untuk kilang dieorang. Infineon memang terkenal dengan gaji yang tinggi. So jangan lepaskan peluang ni. pada yang berminat leh apply online di website Infineon takpun hantar resume pada HR dieorg..

Jawatan yang ditawarkan :
1) Equipment Engineers
2) Planners/ Industrial Engineers
3) Development Engineers
4) Manufacturing Engineers

Klik sini untuk apply, maklumat lanjut, syarat syarat minimum : INFINEON JOB

GAMBAR : Harimau paling besar dan merbahaya pernah dijumpai di dunia...

7 komen disini yer..
Laporan akhbar ni Lanun jumpe kat satu forum nih, tengok tajuknya mmg tertarik la kan, harimau terbesar ada kat malaysia. Memang besar betul...Lanun yakin ni memang paling besar di dunia.. Ok, jom tengok harimau terbesar di dunia...

DIPETIK DARI AKHBAR UTUSAN 27 MEI 1989 :

23 March 2010

Anda boleh mintak diskaun kalu naik bas ekspress...

4 komen disini yer..
Mungkin ada yang tak tahu, atau tak pernah tanya kat kaunter tiket yang korang layak dapat diskaun 25% ke atas tiket bas ekspress sekiranya korang tergolong dalam kategori berikut :

1. warga emas berumur 60 tahun ke atas,
2. orang kurang upaya (OKU) dan
3. kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
"Kita tidak pasti sama ada pengguna tahu mengenainya atau tidak mengambil peduli langsung tentang diskaun ini. "LPKP telah mengeluarkan Pekeliling LPKP Bilangan 8/2009 mengenai pengurangan kadar 25 peratus tambang bas ekspres kepada golongan yang layak menerima diskaun pada 20 Julai tahun lalu dan telah diedarkan pada semua pemilik lesen bas ekspres," katanya selepas merasmikan Bengkel Asas Perlaksanaan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE), di sini hari ini.
Katanya, beliau menyarankan pembeli memaklumkan kepada pihak kaunter bas ekspres berhubung diskaun itu ketika membuat pembelian dan tindakan akan diambil kepada pengusaha yang ingkar. [berita asal] 

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan

0 komen disini yer..
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.


Berita lanjut : http://www.malaysiakini.com/news/127256


21 March 2010

Genius : 6 Rahsia pemakanan ilmuwan Islam....

0 komen disini yer..
Bangga itulah Lanun rasa dengan Ilmuwan Islam dahulu kala seperti Ibnu Sina, Al khawarizmi, Ibnu al-Nafis, Ibnu Firnas dan banyak lagi tokoh yang telah membawa satu revolusi pada dunia. Banyak tokoh barat mengakui kehebatan mereka ini. Pastinya kita tertanya-tanya apakah rahsia kehebatan mereka? Salah satu rahsia mereka mesti lah dari segi pemakanan, selain makanan yang halal dan berkat untuk menjadi orang yang hebat. Makanan yang kita amik perlu lah jugak sihat dan baik untuk minda serta badan.. Jom ikuti beberapa senarai makanan yang dijadikan amalan tokoh ilmuwan islam. :

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

20 March 2010

Tambahan waktu BM, BI mulai sesi persekolahan tahun depan...

0 komen disini yer..
Salam...

Hari ni kabinet telah putuskan yang dieorang nak tambah masa pembelajaran BM dan BI mulai tahun 2011. Lepas pemansuhan PPSMI (math n sains dalam BI) aritu kabinet telah buat cadangan baru ni dengan menambahkan jam pada 2 subjek ini mengikut jenis sekolah. Lanun lebih setuju kepada perancangan ini daripada cadangan PPSMI (dimasuhkan bermula 2012) dahulu yang banyak memberi kesan buruk kepada pelajar, ramai yang terkejut dan mengalami masalah. Guru juga turut tertekan. Diharap ia merupakan jalan terbaik buat para pelajar menjadi lebih berdaya saing..
Berita asal : [KLIK SINI]

GAMBAR : Seni Bina Pavilion Terhebat Di World Expo 2010 Shanghai & Malaysia Pavilion...

0 komen disini yer..
Expo 2010 (2010 上海 世界 博览会) akan diadakan di Shanghai, China pada 1 Mei hingga 31 Oktober 2010. World Expo yang dijadualkan mengikut tradisi pameran antarabangsa dan exhibition. Tema expo kali ini ialah "Better City - Better Life" yang juga menandakan Shanghai berstatus baru sebagai pusat ekonomi utama dan pusat budaya di abad ke-21.

Macam-macam rekaan senibina yang dikenali Pavilion dibina oleh setiap peserta dari pelbagai negara. Tak terkecuali Malaysia pun masuk dengan senibina klasik Melayu gitu. Nak tengok senibina dari negara lain, boleh sambung baca...

Malaysia Pavilion Di Shangai 2010 Nak tengok lagi ?? ada dibawah...

18 March 2010

Lanun In My3S... Malaysian Soft Skills Scale (My3S).. Ape itu My3S?

3 komen disini yer..
Semalam Lanun attend satu sesi survey oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program tu start dalam kul 9 pagi tadi, Lanun leh lak bangun lewat, nasib bek ade orang kejut he3. Sampai dalam kul 9.20 macam tu kat Dewan Besar UTeM... Kalu nak tahu kisah selanjutnya, jom baca sampai habis.. Gambar pun ade..  


17 March 2010

Program Mencari Jodoh Terbaru....

2 komen disini yer..
Ni program mencari jodoh terbaru, tapi tak siar kat TV, takda berdua-duaan, tida berdating dan face to face dengan ibu bapa pasangan yang akan dikenalkan. itulah, program mencari jodoh yg dianjurkan Persatuan Bakti Muslim Selangor (PBMS). Program tu dinamakan "Program Menyulam Kasih"

Matlamat dia nak temukan pasangan pada lelaki atau wanita yang sudah masuk usia nikah, tanpa melanggar batas batas islam atau melalui saluran tak betul yang boleh berlaku penipuan. Ibu bapa peserta juga akan turut hadir dalam program tu, jadi boleh lah berkenalan n berborak terus secara direct.

Pusat Rawatan Cinta : Perubatan Islam, Bekam, Resdung, Akupuntur...

15 komen disini yer..
Salam...

Lanun tengok tiap tiap hari ada ja yang search keyword " pusat rawatan cinta" terus masuk keblog http://lanunsepet.blogspot.com/. Pelik juga...jadi Lanun sharekan pemplate yang Lanun simpan masa g bekam dulu kat pusat rawatan cinta. Mungkin orang yang search tu nak tahu pasal kompeni ni and nak dapatkan rawatan kot. Jadi untuk harga istimewa bagi rawatan yang pelbagai leh contact BRO RAHIM 013-5570054


Video : Perlawanan Akhir All England Lee Chong Wei VS Kenichi Tago....

0 komen disini yer..
Anda terlepas? Anda sibuk masa aritu? tak dapat tengok perlawanan akhir ? Saksikan video perlawanan akhir All England antara Lee Chong Wei mewakili Malaysia VS Kenichi Tago (pemain muda hebat, 20years old) dari Jepun. Akhirnya tamat dengan kemenangan pada Chong Wei 21-19, 21-19.

Pada sapa yang tak dapat tengok haritu boleh download video rakaman perlawanan yang cukup sengit ini. Perlawanan ni jugak ade sedikit kontroversi di akhir set ke 2, untuk lihatnya boleh download menggunakan link dibawah...

Download via Kraetiv.net (mediafire, 3part) : [KLIK SINI]


16 March 2010

Kanak-Kanak Belajar Mengaji Alquran Atas Kayu....

5 komen disini yer..
Salam...

Simpati sangat tengok gambar ni - gambar ni Lanun amik kat Boston Big Picture sempena tema koleksi gambar dari Kenya. Kat Kenya ada saudara2 islam kita,terutamanya di Somalia. Kenya ni masih tak stabil, masih ada konflik. Kita doakan mereka selamat dan dpat survive dalam ujian yang besar sangat tu.



Gambar bertarikh 22 Oktober 2009 atas ni tunjukkan 2 orang budak Somalia,Kenya sedang belajar mengaji Alquran yang ditulis atas kepingan kayu kat Madrasah dieorg. Cuba bandingkan dengan kita? Alquran berbuku berjilid dengan kemas, Syukur Alhamdulillah dengan keadaan kita sekarang, tapi membaca Alquran masih lagi kurang.

15 March 2010

Pengambilan Pelajar Baru Sesi Julai 2010 Bagi ILP,JMTI,ADTEC Dibawah JTM..

1 komen disini yer..
CETAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
SESI JULAI 2011 - PERINGKAT SIJIL KLIK SINI

CETAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
SESI JULAI 2011 - PERINGKAT DIPLOMA KLIK SINI

Semakan sijil ILP JTM dan Diploma ADTEC & ILP JTM telah boleh diperoleh melalaui link dibawah. Jika ada masalah sila rujuk website utama JTM.
  1. Semakan Sijil ILP JTM [ KLIK SINI ]
  2. semakan Diploma ADTEC dan ILP JTM [ KLIK SINI ]
  3. Senarai berjaya JMTI  [KLIKSINI ]
  4. ADTEC Panggilan Temuduga [KLIKSINI]
  5. Panggilan Temuduga Kursus Chargeman & Diploma Bangunan ILP [KLIKSINI]
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengikuti latihan kemahiran di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan di 27 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam bidang berikut:


INSTITUSI DIBAWAH JTM :
1.Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
2.Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
3.Institut Latihan Perindustrian (ILP)


BIDANG YANG DITAWARKAN
1.Mekanikal & Pengeluaran
2.Elektrik & Elektronik
3.Sivil & Bangunan
4.Bukan Logam
5.Teknologi Maklumat
6.Percetakan


CARA-CARA MEMOHON
1.Permohonan secara online sahaja di pautan ini: [KLIK SINI]
2.Tarikh tutup permohonan: 12 April 2010.
3.Permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tutup akan diproses untuk kemasukan sesi yang akan datang.

5 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Mak & Ayah...

4 komen disini yer..
Salam...

Hari ni nak kongsikan tips dan pendapat bagaimana cara nak bahagiakan mak dan ayah kita. Buat diri ni dan dan kawan-kawan lain yang masih bertuah memiliki ibu bapa sama ada masih sihat atau tidak, harap apa yang  dikongsikan kat sini sama-sama kita renung dan aplikasikan. 

Banyak cara kita boleh buat untuk bahagiakan hati dua insan istimewa ni. Ape yang Lanun kongsikan ni hanya secara umum dan mungkin tak lengkap dan boleh juga terima teguran dari korang sekiranya ada salah. Jom kita hayati 5 cara bagaimana untuk membahagiakan Ayahanda dan Bonda...

1. Taat dan Jangan lawan kata-kata mereka..

Tahniah : Chong Wei juara Seluruh England

2 komen disini yer..
Salam..

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei (ranking 1 didunia) kerana memenangi juara perseorangan lelaki Seluruh England sebentar tadi 21-19, 21-19. Lanun ngan kawan-kawan yang ikuti perlawanan tadi pun teruja dengan kemenangan dlm perlawanan yang cukup sengit. 

Lawan chong wei adalah seorang budak muda (ranking 20 didunia) dari Jepun, Kenichi Tago yang kini sedang meningkat nama dalam dunia badminton nih. Kekalahan si K Tago ni tak langsung memalukan beliau, tapi satu kebanggaan sebab bagi fight yang sengit pada Chong wei. Tahniah sekali buat Chong wei dan K Tago.

14 March 2010

Blog : Widget Counter Widgeo... Yang Annoying....

2 komen disini yer..
Salam...

Baru-baru ni Lanun buang "Widget Counter Widgeo" dari blog Lanunsepet nih. Bukan aper, cuma dier punyer counter tu selalu jer buat kuar "Popup" tiap kali ngan surf blog kiter. Popup iklan ni semua orang tau memamg annoying sangat. Mesti bile g blog sape2, bile ade popup ni mesti ganggu blogwalking kan.

Then, Pas buang aritu Lanun tukar ke Hitstat. Tapi macam tak berkenan, so hari ni try lak 99counters. Korang pernah gune 99counters? Ok tak? Tadi dok try, macam ok jer.. popup pun takda..Hopefully 99counters menepati citarasa Lanun walaupun counters dia takleh detect negeri dan kawasan, cuma leh detect negara ja.


Lanunsepet : Nuffnang pun ada visitor counter. memang detail, tapi takda total counter untuk pelawat dari awal blogging sampai sekarang..

Image Resizer Paling Mudah.....

0 komen disini yer..
Salam...

Untuk resize picture macam-macam software boleh kiter gune, berlambak-lambak software yang free kat luar sane yang leh gune untuk aplikasi mengubah saiz gambar atau photo. Korang leh gune paint, microsoft office picture manager, photoshop, picasa dan dot dot dott.

Untuk hari ni Lanun akan share satu software yang Lanun gunekan kat laptop Lanun. Software ni boleh resize picture tanpa perlu bukan ape-ape aplikasi pun. Mudah, Mesra, Cepat dan sempoi. Name software ni ImageResizer dari PowerToys for Windows XP. Mudahnya hanya korang perlu right klik dan pilih saiz baru yang korang nak, klik ok n siap. Korang boleh jugak select multiple files sekaligus.

Nak software tu?

Muhlbauer : Lanun & Interview

13 komen disini yer..
Salam...

Lanun g interview kat satu company ni haritu, n hari pulak tadi 2nd interview. mesin untuk create mesin buat kad, or ID yang berasaskan RFID, dier jugak ada kaitan dengan security design lebih kurang macam tu lar. Muhlbauer name dier, nak sebut pun tak berapa reti mana yang betul. Company ni company international yang berpusat kat German. Kat malaysia cawangan dia kat Taman Tasik utama, Melaka dekat dengan Cubic factory.

Masa interview haritu banyak juga soalan yang terkantoi nak jawab. Maklumlah , no preparation, terus terjah jer. Moral dier g interview tu study lah dulu k..

Kenal tak Muhlbauer Melaka?? Ni ade photoshoot untuk korang tengok....

12 March 2010

TG Nik Aziz : Filem "Tok Guru" Mendapat Persetujuan...

0 komen disini yer..
Salam...

TG Nik Aziz nak berlakon ker? Teruja, itu yang Lanun dapat gambarkan perasaan nih, Seorang seniman malaysia Zamini Mohamed bercadang nak buat satu filem Islam yang mempunyai tema universal. Beliau siap pergi ke Kelantan untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz untuk memdapat pendapat TGNA mengenai proposal filem tu.

Untuk pengetahuan korang tajuk filem tu ialah "Tok Guru". Dengar cam menarik kan. Tapi citer ni bukan pasal TG Nik Aziz, sebaliknya kisah kemelut Tok-tok Guru pondok pada tahun 1950an ketika zaman masyarakat melayu kita bangkit menentang malayan union.

Baca sinopsis filem "Tok Guru" dibawah :

11 March 2010

Lintah : Murid Tahun Empat Maut Lintah Masuk Dubur...

5 komen disini yer..
Salam...

Seorang murid tahun empat maut apabila mula mengadu sakit pada duburnya, selepas di periksa ibunya, beliau terkejut bila terjumpa seekor Lintah dalam seorang mangsa. Akibat pendarahan dalaman magsa tak dapat diselamatkan.

Lama tak dengar kisah orang yang meninggal kerana Lintah. Hari ini dalam bharian online, satu kes di Jeli,Kelantan seorang budak perempaun maut kerana pendarahan dalaman akibat duburnya dimasuki lintah. Nauzubillah..minta dijauhkan kita dari bahaya dan penyakit. 

Lanun ucapkan takziah buat keluarga mangsa Siti Nazirah Abd Kadir, 10tahun. Dan kita sedekahkan Alfatihah buat mangsa semoga rohnya dicucuri rahmat. Aaminn..

Berita Asal : [bharian online]

Result Dah Kuar!! Panduan Tengok Gred SPM Yang baru...

18 komen disini yer..
Salam...

Pagi tadi Lanun dpt mesej dari adik lanun, dier gtau result SPM dier. Walaupun tak cemerlang mana dengan hanya satu A, xpelah. Harap pas dgr nasihat abg dier ni dier jadi berusaha lebih lagi. Sekarang Lanun nak apply kat mane yg sesuai, bagi dier dpt sambung belajar, so dier ade peluang baiki diri and tingkat pencapaian untuk bantu diri sendiri and keluarga.

Untuk pengetahuan korang mulai SPM 2009 gred baru telah pun diperkenalkan. Mungkin ada yang tak reti maklumlah lah. SPM sekali se umur hidup. he3. Jadi ini untuk ibu ibu bapak bapak, kakak, abang, and pada sape2 yang tak reti nak tengok sini ada panduan gred SPM yang terbaru.



Masjid Baru Kami : Zohor Pertama Di Masjid UTEM....

8 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah, Lanun dah selamat hantar resume kat Karnikal Kerjaya Utem (KKU 2010) tadi. Ada pelajar yang hantar semalam dah attend interview dekat Dewan Utem hari ni termasuk beberapa classmate Lanun. Goodluck pada yang g interview tu. Untuk tengahhari Nasi Ayam FREE yang disediakan untk para pelajar, hu3 kecewa betul dengan sup nya yang tawar. Mesti bajet rendah punyer hu3..kecewa.. nasib baik free..

Dalam 1.30pm Lanun ngan kawan-kawan bergerak untuk solat zohor sebab kul 2.00pm kami ada Talk untuk student BENE Elektronik Industri bertajuk Embedded System oleh Dr Khor Jeen Ghee Design Verification Manager INTEL Penang. Arini istimewa sket sebab 1st time Lanun solat kat Masjid Utem. Masjid Utem  ni baru je beroperasi pada 8 Mac lalu untuk solat harian. Pembinaan 90% telah pun lengkap..cuma tempat parking kenderaan masih belum siap sepenuhnya. Pembinaan masjid utem memang di tunggu kerana merupakan one stop centre untuk muslim... syukur Alhamdulillah dah siap..

Ada beberapa photoshoot dari Masjid UTEM untuk korang.... JOM TENGOK!!

10 March 2010

AlFatihah : Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Kembali Ke Rahmatullah....

0 komen disini yer..
Terkejut dan sedih bila baca update terbaru kat Malaysiakini tadi, satu berita kehilangan besar buat kita, Ulamak terkemuka yang telah kembali kerahmatullah. Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 81, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera. Tantawi dilahirkan pada 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996.Universiti Al-Azhar, pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. Beliau turut pernah datang melawat malaysia.. Al-Fatihah...


Pesanan Untuk Calon2 Yang Nak Amik Result Exam SPM/STAM Nanti...

6 komen disini yer..
Salam...

Dijangkakan Khamis 11hb ni akan keluar result untuk calon-calon SPM&STAM 2009. Mesti berdebar kan? maklum lar lepas penat lelah study, berhempas pulas, pening kepala, serabut kepala, runsing, tak cukup tido akhirnya hari khamis ni hasil usaha-usaha selama ni akan berbuah.. agaknya macam mane lar buah tu nanti??

Sedikit pesanan dari Lanun sebagai Abang n lebih senior dari korang, he3 untuk calon-calon yang akan ambik result kat skolah masing-masing nanti...

Pertama sekali pesanan masa nak pergi ambil result :

Karnival Kerjaya UTEM.... Carilah Kerja Sebelum Anda Tanam Anggur.... he3

3 komen disini yer..
Salam..

9hb dan 10hb UTEM buat satu acara iaitu Karnival Kerjaya UTEM (KKU) yang membawakan company-company yang kini memerlukan tenaga kerja untuk di isi oleh pelajar UTEM. Sesiapa yang berminat boleh dropkan resume anda dan mengisi borang di kaunter syarikat yang anda berminat dan yang bersesuaian dengan kursus anda.


Disitu jugak korang leh dapat khidmat nasihat dan tanya secara direct dengan staff syarikat tu sendiri. nak tanya gaji? nak tanya environment? nak tny ape2 jer.. pun boleh.. jangan lepaskan peluang ni terutama kepada yang semester akhir. Apply lah kejer sekarang sebelum anda tanam anggur.. menganggur daa...

Jom tengok beberapa photoshoot kat sana dibawah [...]

09 March 2010

Tarikh Keputusan / Result Rasmi SPM 2009 dan STAM 2009

2 komen disini yer..
Salam...

Menurut pembacaan Lanun keputusan rasmi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)dan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia)akan di umumkan pada 11 Mac 2010 Hari Khamis. Keputusan akan dileluarkan bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing. bagi calon persendirian pulak, kpeutusan akan di pos kerumah masing-masing yang dihantar oleh JPN.

Fakta SPM : 165,853 calon SPM di 3,569 pusat peperiksaan 18 Nov-16 Dis 2009
Fakta STAM : 6,920 calon STAM di 98 pusat peperiksaan 19Okt-27 Okt 2009


Sekian..

Permohonan kemasukan ke IKM Untuk Tawaran Kursus Sijil..

0 komen disini yer..
Salam...

Mungkin maklumat ini agak lambat Lanun kongsikan. Tapi Lanun baru tahu yang permohonan untuk ke institusi di bawah MARA aritu adalah untuk DIPLOMA (UPIM ONLINE). Jadi untuk sesiapa yang bertanya dimana untuk memohon IKM bagi kursus SIJIL anda boleh lah membuat permohonan secara ONLINE disini laman PERMOHONAN IKM Online [ http://online.mara.gov.my/ikmonline/ ]
*** cuba banyak kali sebab website MARA selalu down..


*** new Semakan permohonan ke IKM Sijil Online [KLIKSINI]


Tarikh tutup : 30 April 2010
Maklumat kursus yang ditawarkan [KLIK SINI]
Webiste IKM [KLIK SINI]

PERHATIAN SEMAKAN KEPUTUSAN :

IKM MARA (Sijil) : semakan permohonan secara talian telefon 
di talian 03-26915111 samb : 3962, 3480, 3469
secara online bila Lanun cuba, hasilnya ERROR, jadi sila telefon dan katakan ingin semak sijil IKM.

GAMBAR : Evolusi & Teknologi Honda 3R-C Dan Honda C-70 He3...

3 komen disini yer..
Honda 3R-C yang dipamerkan di Pameran Auto di Geneva se akan akan motosikal 3 roda yang hanya mempunyai 1 kerusi sahaja. Konsep kenderaan kecil untuk masa depan mungkin, tetapi pengguna pasti akan basah kalu hujan kan2.. maklumlah tak ada bumbung. Tetapi kalu 3R-C ni parking korang leh guna kan windscreen tu untuk tutup tempat duduk mengelak dari air bertakung he3.

Tang bab-bab teknologi ni memang Lanun respek kat Orang Jepun. Imiginasi dieorg ni lah yang buat mereka maju jauh ke depan dari bangsa lain. Hasilnya Honda 3R-C ni. Mungkin ada kelemahan tapi dieorg nak tunjukkan dieorang sentiasa ada idea dan teknologi baru.

Jom Tengok Honda 3R-C, bagaimana rupenyer.. [...]

07 March 2010

E-borang : Permohonan Kemasukan Pelajar Sepenuh Masa Program Sijil Kolej Komuniti Sesi Julai 2010

4 komen disini yer..
Salam..

Satu lagi update yang Lanun dapat, iaitu mulai hari ini Permohonan Kemasukan Pelajar Sepenuh Masa Program Sijil Kolej Komuniti Sesi Julai 2010 telah pun dibuka. Jika berminat untuk menyambung pengajian dan mempelajari kemahiran baru di Kolej Komuniti boleh mula memohon melalui online.

Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti. ] *** Gunakan Internet Explorer 

1. Permohonan Pin Percuma
2. Masukkan IC Number kemudian akan dapat No PIN (sila simpan!!!)
3. Boleh mula apply dan isi maklumat berkaitan.

Laman Web Rasmi : http://www.bpkk.edu.my/ (untuk semakan permohonan)
Info Senarai Kursus Sijil : [KLIK SINI]

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT Sesi Jun 2010 Kini Dibuka...

9 komen disini yer..
**new KLIK SINI : Laman Web Semakan Keputusan Politeknik Sesi Jun 2010

Salam...

Dijadualkan hari ni 7Mac iklan "Permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2010" akan disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia. Terdapat 27 buah politeknik menawarkan pelbagai kursus, dan tawaran telah pun dibuka kepada semua warganegara malaysia. Anda boleh mula memohon secara online.

PEROMOHONAN ONLINE MELALUI : [KLIK SINI]

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT adalah dbuka untuk :
Lulusan SPM dan setaraf
Lulusan Sijil Politeknik KPT
Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
Lulusan Diploma Politeknik KPT
Lulusan Pendidikan Khas KPM
Lulusan Sijil IKM juga layak memohon
Pemegang Sijil SKM juga layak memohon

Tarik tutup permohonan : 2 April 2010
Keputusan Permohonan : 8 Mei 2010
Senarai Politeknik Di Malaysia : [KLIK SINI]
Perhatian : Anda diminta membeli no pin di BSN sebelum memohon secara online.

Pertanyaan : 03 8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108/ 4109 atau emel: pengambilan@politeknik.edu.my

**new KLIK SINI : Laman Web Semakan Keputusan Politeknik Sesi Jun 2010

Kerisik Sri Jinjing : My Assignment Right Now.....

5 komen disini yer..
Salam...

Semester ni Lanun ngan budak-budak Elektronik Industri yang lain diwajibkan mengambil satu subjek teknologi keusahawanan atau dalam inggeris nya dikenali sebagai Technopreneurship. Istilah yang sebelum ni Lanun pun tak pernah dengar he3. Subjek ni walaupun bukan termasuk dalam silabus budak enginneering tapi kena amik jugak demi matlamat universiti melahirkan jurutera yang multiskill.

Kerana subjek ni lah Lanun ngan budak-budak kelas kena buat satu interview dengan usahawan IKS dalam Malaysia ni. Sorang kena dapatkan satu dan buat laporan pasal dieorg punye business. Ada yang amik dodol, mee kuji, bahulu, gula melaka, cencalok,belacan dan bla3 lagi lah. Tak kisah business ape tapi business tu mesti menggunakan mesin untuk hasilkan produk tu (teknologi).

Lanun pulak buat kerisik.. Jom tengok lawatan lanun kat industri kecil membuat kerisik di Kandang, Melaka.

[press PLAY n toggle next & previous button]

Nak Tempah? Nak Beli? Nak Bisnes?
En Abdul Aziz (013 -744 5377) Lot 180, Jalan Solok Bukit,Jinjing, 75460 Kandang, Melaka

06 March 2010

GAMBAR : Chile Selepas 3 Hari Dilanda Gempa Bumi...

2 komen disini yer..
Salam...

Tiga hari selepas salah satu gempa bumi yang terbesar yang pernah tercatat melanda bumi Amerika Selatan Chile, kerosakan yang jelas, dan jumlah korban yang diketahui telah naik menjadi 723 kematian, ribuan masih hilang, dan hampir 2 juta pelarian.

Kerajaan seluruh dunia membuat janji bantuan selepas Presiden Chile Michelle Bachelet meminta mobilebridge, rumah sakit, telefon satelit, generator elektrik, disaster assessment teams, sistem penapis air, dapur dan restoran, kata para pegawai PBB. Dibawah adalah foto terbaru dari daerah-daerah di Chile yang musnah kerana gempa berkekuatan 8.8 dan tsunami melanda berikutnya.

Lihat 37 gambar di bawah [...]

Zulkifli Noordin Dipecat Dari PKR....

0 komen disini yer..
Salam..

Sedikit update berkaitan dengan isu disiplin yang berulang-ulang Zulkifli Noordin (Peguam dan juga YB Kulim) akhirnya diputuskan hari ini 7.25pm tadi. Jawatankuasa PKR telah memutuskan bahawa dia telah dipecat dari PKR.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu. Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Berita Lanjut [KLIK SINI]

Cuaca Panas : Tips Dr. Lanun Apa Perlu Dan Yang Tak Perlu ??

7 komen disini yer..
Salam..

Pas buat asiment malam tadi, fikir-fikir jap nak wat post pasal aper. Kebetulan dalam kepanasan.. Lanun cadang nak kongsikan beberapa tips yang Lanun baca dalam lamanweb kesihatan dan lamanweb berita berkaitan dengan cuaca panas. Menurut sumber berita cuaca panas ni mungkin akan berlanjutan sampai hujung bulan Mac ni. 

Jadi bersabarlah k, jaga kesihatan dan berdoa supaya sentiasa dalam kesihatan yang baik. Ramai Lanun tengok yang sakit tekak ade, demam ade, batuk dan sebagainya. Dalam bertahan dengan cuaca panas ni ade  beberapa perkara kita perlu ambil perhatian, supaya tak berlaku perkara yang tak diingini.

Tips Yang Anda Perlu Tahu : [...]

05 March 2010

Apa Korang Nak Buat Kalau Dapat Duit Sebanyak Ni ??? Gtau kat Lanun..

14 komen disini yer..
Salam..

Braper banyak agaknyer jumlah semua duit nih? Lanun dpt seikat RM100 tu jadi lar.. huu.. meleleh air liur tengok duit banyak gini kan... Terkebil-kebil mate... Dapat duit banyak ni aper ek korang nak buat? Pinang anak orang? Buat Masjid? Bina rumah? Kahwin 4? Bisnes ? Melabur ? Joli ? Lu pikir la sendiri...he3.. 

brape byk duit ni ek?

Lanunsepet : Rehatkan minda tengok duit... he3.. biarkan minda anda melayang... Bersyukur dengan apa yang ada...Alhamdulillah.. 


04 March 2010

Gunung Online : Forum Untuk Kaki Hiking...

1 komen disini yer..
Salam...

Jumpe lagi kiter dalam post yang terbaru, mmm..straight to da point!! Lanun nak share satu lagi website, kali ni untuk sape-sape yang nak join pegi hiking / aktiviti mendaki, especially untuk yg baru nak berjinak-jinak dengan gunung dan bukit..Ni la website yang patut jadi rujukan korang.

GunungOnline ni bukan satu website sebenarnya, tapi satu forum untuk pendaki-pendaki dapatkan maklumat , kongsi n tukar pengalaman, bantuan n bertanyakan soalan, jual beli barang2 kelengkapan untuk hiking dan bla3.... If not mistaken ar, rasanya GunungOnline dah masuk ulangtahun ke 10 dah. Kesimpulannya GunungOnline tempat terbaik untuk rujukan para hiking. So korang leh g usyar...




03 March 2010

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI Ambilan Julai 2010

4 komen disini yer..
Salam...

Disini ada satu info yang Lanun nak kongsikan bersama iaitu Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Julai 2010 (DPLI) telah pun di buka. Lanun pun kurang arif dengan DPLI ni. Tapi tak silap Lanun DPLI ini lebih kurang macam KPLI(untuk sekolah rendah), tapi sijil nya sah untuk mengajar sekolah sekolah menengah di seluruh negara termasuk pedalaman. Anda akan mengambil kursus di mana2 universiti tempatan yang berkaitan dan menuntut selama 9 bulan sebelum posting. Untuk yang bercadang memohon boleh lah mula mengisi borang sekarang secara online bermula 1- 16 MAC 2010.


Jadi sesiapa yang berminat, bolehlah mula memohon : [KLIK SINI]
** rasanya kena beli number pin dahulu di BSN.

02 March 2010

GAMBAR : Perasmian Proton Emas 3 Terbaru Futuristik Hybrid Dari Dekat ...

7 komen disini yer..
Salam...

Wah, Proton ada model kereta terbaru hari ni, perasmian pelancaran kereta konsep berlansung di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80. Proton Emas dirasmikan oleh penasihat proton Tun Dr Mahathir. Dilancarkan sempena jubli perak Proton tahun ini, siri EMAS dibangunkan sesuai dengan deskripsi kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ruang tempat duduk penumpang.

Ia terdiri daripada Emas hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, Emas Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta Emas3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata kelebihan jualan kereta-kereta terbabit ialah ruang dan keselesaan sambil mengekalkan dimensi kecilnya.

Nak tengok ? Lanun ada gambarnya dibawah :

Kerana Si Betina... Dia Mati Dimakan Dari Dalam...

3 komen disini yer..
Salam...

Jom tengok video lah pulak.. Masa kecik antara program TV yang Lanun minat antaranya ialah NationalGeographic. Selain tu kartun jer..he3.  Masa awal-awal Blog Lanunsepet ni dimulakan, lanun banyak share kan video dari channel NationalGeographic yang kat Youtube tu. Video dokumentari ni memang layan habis, and tak luper gak leh bukak minda ni supaya berfikir sejenak.. Bahawa.. Allah Itu Maha Bijaksana.. Maha Suci Engkau Tidak Lah engkau Ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia...

Video ni tunjuk kat kiter di mana ulat yang makan sayur tu takleh dah di hapuskan guna racun. Jadi pekebun ni guna tarikan serangga betina untuk membunuh serangga jantan, secara tak lansung membunuh populasi ulat ini dari awal sebelum proses mengawan. Jom tengok bagaimana ulat ni mati!!



Lanunsepet : Allah kurniakan akal supaya manusia menggunakan setiap item disekelilingnya untuk mengurus muka bumi ini. Dalam video ini contoh bagaimana pengawalan secara biologi untuk bunuh ulat yang makan sayur tanpa menggunakan racun perosak. Bukan manusia yang hebat, tetapi akal yang Allah kurniakan ini hebat untuk berfikir ke arah tu.

01 March 2010

Kelebihan Bismillah

2 komen disini yer..
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
Terlalu banyak kelebihan kalimah agung ini untuk dicoretkan.. Di sini, Coklat Ungu ingin berkongsi dengan rakan2 pembaca sebahagian daripada kelebihan menyebut kalimah Bismillah dalam kehidupan seharian kita.. sama2 kita renungkan.. :-)

Nak Tau Tak Berapa Lama Untuk Loading Blog Korang??

4 komen disini yer..
Salam...

Hari tu sambil-sambil tunggu nuff keluar balik, lanun pun buat blogwalking untuk tambah traffic. Bertemankan lagu nasyid Sami Yusuf yg best dan akhirnya sampai ke blog Coretan Uda yang bagi idea pada Lanun untuk posting kali ni.

Ok,kali ni Lanun nak share satu website tool, yang boleh ukur berapa time dalam second/saat untuk loading blog atau lamanweb korang. Selain tu korang leh wat ujian / testing untuk buang widget yang mungkin memberatkan loading blog korang tu. al maklumlah bila loading nye lambat orang pun takda mood nak buke. Tul tak?

Nak try website speed test tu? [...]