Showing posts with label boikot israel. Show all posts
Showing posts with label boikot israel. Show all posts

06 October 2011

Kesian mereka di aniaya.. Tapi...

0 komen disini yer..

Salam...
Lanun nak komen sedikit mengenai isu pemansuhan ISA, semalam diluluskan rang undang2 pemansuhannya dan diumumkan semua tahanan di bebaskan. Lanun seronok mendengar pengumuman ini kerana bayangkanlah, ada tahanan yang tidak dapat dibuktikan kesalahan mereka terpaksa merengkok di dalam penjara?

Pengumuman pembebasan semua tahanan.. Tapi... Cuba tuan dan puan2 semua bayangkan derita keluarga mereka, anak anak mereka, ibu ayah mereka apabila mereka ditahan kerana disyaki dan tidak dibicarakan. Berapa banyak airmata dah menitis? berapa banyak keringat dah mengalir? berapa banyak hubungan dah hancur? Macam kita takda pernah buat salah penjarakan mereka?

Lanun harap sangat kerajaan bagi pampasan pada mereka yang ditindas ini, bukan orang lain yang tindas, kerajaan sendiri yang tindas mereka penjarakan mereka sehingga tidak dibicarakan dan tidak sabit kesalahan. Betapa berdosanya mereka punya angkara ini. Zalim!

Mohon kerajaan mohon maaf, bagi pampasan!
Tapi siapa yang boleh bayar harga derita bukan?

27 March 2010

Korang Prihatin? Korang Tahu Tak Ape Perkembangan Palestin Sekarang?

0 komen disini yer..
Salam...

Hari ini masih lagi berlaku serangan ke atas saudara kita di bumi mulia Palestin. Terbaru 7 orang harini rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran yang menyusul selepas keganasan terburuk di wilayah yang dikepung itu sejak 14 bulan lalu. Sebelum ni 4 orang cedera bila Zionis buat serangan udara kat semenanjung gaza.

Selain tu, balik jar PM israel dari lawatan nya ke Amerika, Israel bercadang untuk membina lebih banyak penempatan haram mereka. Pastinya lebih banyak penempatan Palestin akan dimusnahkan, lebih banyak kebun dan ladang Palestin dirampas, dan lebih ramai lagi akan jadi pelarian.

Lanun menyeru : 
  1. Banyak kan berdoa untuk keselamatan saudara kita disana.
  2. Boikot barang israel, mana yang leh boikot lah, kalu takda alternatif nak wat macam mana. (senarai barang). 
  3. Kalu ade ruang untuk memberi derma, sumbanglah walau sedikit
  4. Jangan terikut ikut atau terlalai dengan hiburan atau trend sekarang yang semakin pelik dan melanggar syariat, kerana ia satu agenda tersembunyi yahudi.
  5. Jauhi rokok, arak, zina dan keseronokan melampau itulah umpan zionis.

Sebagai seorang muslim yang prihatin ikutilah perkembangan Palestin.. Walau hanya mampu berdoa dan tidak lebih dari itu mungkin, sekurang kurangnya ikutilah perkembangan mereka di
  1. http://palestinkini.info/
  2. http://palestinefolder.blogspot.com/