06 October 2011

Kesian mereka di aniaya.. Tapi...


Salam...
Lanun nak komen sedikit mengenai isu pemansuhan ISA, semalam diluluskan rang undang2 pemansuhannya dan diumumkan semua tahanan di bebaskan. Lanun seronok mendengar pengumuman ini kerana bayangkanlah, ada tahanan yang tidak dapat dibuktikan kesalahan mereka terpaksa merengkok di dalam penjara?

Pengumuman pembebasan semua tahanan.. Tapi... Cuba tuan dan puan2 semua bayangkan derita keluarga mereka, anak anak mereka, ibu ayah mereka apabila mereka ditahan kerana disyaki dan tidak dibicarakan. Berapa banyak airmata dah menitis? berapa banyak keringat dah mengalir? berapa banyak hubungan dah hancur? Macam kita takda pernah buat salah penjarakan mereka?

Lanun harap sangat kerajaan bagi pampasan pada mereka yang ditindas ini, bukan orang lain yang tindas, kerajaan sendiri yang tindas mereka penjarakan mereka sehingga tidak dibicarakan dan tidak sabit kesalahan. Betapa berdosanya mereka punya angkara ini. Zalim!

Mohon kerajaan mohon maaf, bagi pampasan!
Tapi siapa yang boleh bayar harga derita bukan?
Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: