Showing posts with label atasi marah. Show all posts
Showing posts with label atasi marah. Show all posts

06 October 2011

Kesian mereka di aniaya.. Tapi...

0 komen disini yer..

Salam...
Lanun nak komen sedikit mengenai isu pemansuhan ISA, semalam diluluskan rang undang2 pemansuhannya dan diumumkan semua tahanan di bebaskan. Lanun seronok mendengar pengumuman ini kerana bayangkanlah, ada tahanan yang tidak dapat dibuktikan kesalahan mereka terpaksa merengkok di dalam penjara?

Pengumuman pembebasan semua tahanan.. Tapi... Cuba tuan dan puan2 semua bayangkan derita keluarga mereka, anak anak mereka, ibu ayah mereka apabila mereka ditahan kerana disyaki dan tidak dibicarakan. Berapa banyak airmata dah menitis? berapa banyak keringat dah mengalir? berapa banyak hubungan dah hancur? Macam kita takda pernah buat salah penjarakan mereka?

Lanun harap sangat kerajaan bagi pampasan pada mereka yang ditindas ini, bukan orang lain yang tindas, kerajaan sendiri yang tindas mereka penjarakan mereka sehingga tidak dibicarakan dan tidak sabit kesalahan. Betapa berdosanya mereka punya angkara ini. Zalim!

Mohon kerajaan mohon maaf, bagi pampasan!
Tapi siapa yang boleh bayar harga derita bukan?

10 August 2010

Perutusan Ramadhan Dari Blog Lanunsepet

3 komen disini yer..
Salam..
Alhamdulillah selesai menunaikan solat taraawih tadi kat masjid al alami MITC. Penuh sangat umat manusia tadi sehinggakan kena sembahyang di luar dewan solat. Semangat sungguh umat Islam me[nyambut kemeriahan Ramadhan kali ni yang menjanjikan rahmat dan keampunan Allah SWT.

Esok kita akan sama sama mula berpuasa, jadi Lanun nak ajak semua mari kita berlumba lumba buat kebaikan dan tinggalkan kemungkaran.

Lanun kat sini ingin ingatkan diri Lanun dan kawan kawan semua :
  1. Banyakkan amalan sunat.
  2. Jauhkan perkara makruh dan yang membatalkan puasa.
  3. Jangan lemah semangat.
  4. Jangan membazir
  5. Jangan banyakkan tidur sangat.
  6. Jangan cepat marah time puasa.
  7. Banyakkan senyum
  8. Tinggalkan perkara dosa dan maksiat.
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di serata dunia. Lanun harap korang semua terus support Blog Lanunsepet ok, Lanun pun sama akan terus support korang yang sangat sangat setia kat Blog Lanunsepet ni. Akhir kata kuatkan azam... untuk buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini. :-)