23 June 2013

Indeks Udara IPU terkni di Seluruh Malaysia

0 komen disini yer..
Salam...

Untuk dapatkan maklumat indeks pencemaran udara yang terkini IPU boleh lah tgk di laman wen jabatan alam sekitar JAS di link berikut : http://www.doe.gov.my/webportal/en

Muar Ledang Darurat Akibat Jerebu

0 komen disini yer..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini. 

 Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang berkuat kuasa serta merta selepas bacaan IPU melebihi 750," kata Palanivel. 

 Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746. Bagaimanapun setakat 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya. Berdasarkan indeks kualiti udara, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. 

 Pada 2005, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor diletakkan di bawah status darurat jerebu apabila bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu melebihi 500, tahap yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada kesihatan. - Bernama

18 June 2013

Iklan Gadis Syria dan Somalia

0 komen disini yer..
Salam..

Semalam ramai yang share satu gambar yang mempromosikan gadis syria dan somalia yang menjadi mangsa perang. Diletakkan gambar gadis arab yang comel cukup menarik perhatian ramai orang. Macam macam reaksi yang muncul, tak kurang juga yang meragui dan menyimpan hasrat untuk mendapat isteri dari kalangan keturunan arab tersebut.

Tak lama selepas tu keluar pula artikel yang menegur keinginan lelaki malaysia ingin mengahwini gadis gadis ini tetapi mereka terlupa sekiranya mereka mngahwini gadis ini, mereka automatik ade kelaurga mertua di Syria. Sibuk sangat nak bela gadis ni, jangan lupa kena bela juga keluarga nya di Syria. Mungkin ada yang lupa barangkali...

tetapi dikhabarkan bahwa berita tersebut mungkin tidak benar, ada yang mengatakan ia adalah untuk menarik perhatian masyarakat kepada isu Syria yang semakin meruncing. Lanun mohon marilah kita mendoakan Syria akan bebas dari cengkaman kezaliman Basyar. Semoga Mujahidin diberi kemenangan.

Aaminn Ya Rabbalalamin..

17 June 2013

Perniagaan Internet Yang Terbaik?

5 komen disini yer..

Salam...

Kehidupan bekeluarga sememangnya banyak cabarannya. Salah satu cabaran yang besar adalah menguruskan perbelanjaan keluarga. Tambah pulak duduk di Sarawak ni, duit banyak habis dekat tiket jer. Apa boleh buat kan? Jadi Lanun dah nekad nak cari job yang boleh tambah pendapatan Lanun. Lepas duit tiket pun jadi lah hehehehe...

Belek belek, fikir fikir... Facebook lah platform yang sesuai dan mudah nak start berniaga. nak harap blog Lanun ni.. slow la earning dia, macammmm siput. Jadi terpaksa buat research sket, cari produk ape nak jual yang boleh generate income yang lumayan untuk beginner macam Lanun ni.. 

Ya Allah mudahkan lah urusan hamba mu ini.. demi keluarga ku..