01 October 2011

Law Kaana Bainana dengan Terjemahan Bahasa Melayu



Salam..
Lagu ini cukup terkenal semasa video rancangan realiti "If The Beloved Were Among Us" tesiar di Televisyen (Arab) dan di Youtube. Ia juga disiarkan di TV Alhijran Ahad 9Malam. Rancangan yang cukup baik yang memberi pengajaran kepada sekalian manusia. Ia juga bukti kerinduan orang orang mukmin masa kini kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.

Video dibawah adalah lagu penuh "full song" Law Kaana Bainana dengan erti atau terjemahaman bahasa melayu. Liriknya adalah rintihan kerinduan kepada Rasulullah SAW. Semoga ada kebaikan dari lagu ini buat kita. Banyakkanlah berselawat. :)

Lirik Melayu dan Arabic ada dibawah yer,
Untuk video youtube beserta dengan lirik bahasa arab : KLIK SINI (YouTube)


Credit to : Youtube Channel AdorerOfIslam

*Special thanks to Asyraff Hafdzan Abdullah for translation..

~ Lau Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontoni di TV Al-Hijrah setiap Ahad, jam 9 malam.
====================
LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Dalam Arab
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك
Blog Widget by LinkWithin

6 komen disini yer..:

Anonymous said...

lagu yg sangat indah....menyentuh hati

BRO_MONDAY said...

ASSALAMUALAIKUM, TERIMA KASIH DI ATAS PERKONGSIAN INI YE SAUDARA...MOHON UNTUK BERKONGSI DENGAN RAKAN2 LAIN...TQ...('',)

kitakongsi said...

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

indah sungguh lirik dan madahnya,, menitis air mata saya.. alangkah bertuahnya sekiranya baginda masih ada dan bertapa aku ingin meniru sifat baginda, keperibadiannya..cukup sekadar mendengar suaranya dan menatap wajahnya sudah mampu untuk aku hidup didunia ini...

يا حبيبي يا محمد

Anonymous said...

Rindu..spt baginda ad bsame kita semua....

Anonymous said...

Sgt indah lirik...sedih

primobolan-100 said...

Thank you so much for the great and very beneficial stuff that you have shared with the world.