Showing posts with label kebesaran Allah SWT. Show all posts
Showing posts with label kebesaran Allah SWT. Show all posts

18 April 2012

Rabbi Yahudi Akui Islam..

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan status Ustaz Asri (Bekas Mufti Perlis) yang menceritakan pengalamannya menghadiri satu conference. Harun Yahya Conference, seorang pemikir islam yang cukup terkenal dengan mengaitkan kekuasaan Allah dan kejadian alam serta sains. Harun Yahya memang insan yang hebat.

Dalam status itu Ustaz Asri menceritakan, paderi yahudi ni mengakui kebenaran Islam.

"PENGALAMAN BARU..tadi hadir Harun Yahya Conference, di Oxford Brookes University.. salah seorang pembentangnya seorang rabbi yahudi ternama Rabbi Ben Abrahamson..di samping pakar ajaran yahudi dia juga pengkaji al-Quran dan Hadis..ceramahnya menarik menceritakan persamaan amalan ibadah yahudi yang asal dengan ajaran Islam..yahudi solat lima waktu, rukuk, sujud, puasa, raya, korban, umrah, haji dan lain-lain..istilah-istilah pun hampir sama..semua para nabi itu Islam..itu nas Taurat katanya..fb beliau mendapat perhatian orang Islam serata dunia (Ben Abrahamson) ..masa solat maghrib dia solat bersama..kebetulan sebelah saya..hampir sama seluruh gerak-gerinya dalam soat.. jika dia mencari hakikat kebenaran, moga dia menerima kebenaran Nabi Muhammad s.a.w "

03 October 2011

Gambar Zoom Biji Mata Anda Dari Dekat

0 komen disini yer..
Salam..
Hari ini hari Isnin, mula bekerja semula, semoga murah rezeki hari ini dan dikurniakan kemudahan dalam apa yang dilakukan. Begitu juga doa Lanun pada anda semua. Lanun nak share ni gambar dari dekat bagaimana rupa biji mata korang. Memang dahsyat.. Subhanallah. Ni Lanun amik dari CariGold Forum.

Skrollll kebawah lagi k...










01 October 2011

Law Kaana Bainana dengan Terjemahan Bahasa Melayu

7 komen disini yer..


Salam..
Lagu ini cukup terkenal semasa video rancangan realiti "If The Beloved Were Among Us" tesiar di Televisyen (Arab) dan di Youtube. Ia juga disiarkan di TV Alhijran Ahad 9Malam. Rancangan yang cukup baik yang memberi pengajaran kepada sekalian manusia. Ia juga bukti kerinduan orang orang mukmin masa kini kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.

Video dibawah adalah lagu penuh "full song" Law Kaana Bainana dengan erti atau terjemahaman bahasa melayu. Liriknya adalah rintihan kerinduan kepada Rasulullah SAW. Semoga ada kebaikan dari lagu ini buat kita. Banyakkanlah berselawat. :)

Lirik Melayu dan Arabic ada dibawah yer,
Untuk video youtube beserta dengan lirik bahasa arab : KLIK SINI (YouTube)


Credit to : Youtube Channel AdorerOfIslam

"Farmasi" Paling Hebat Di Dunia

0 komen disini yer..


Salam..
Saksikan antara sebahagian daripada kehebatan "farmasi" terhebat di dunia. Kehebatan yang terbukti dan masih banyak lagi belum di bongkar. Hanya Allah yang tahu keajaiban yang terselindung di dalam setiap ciptaan Nya. Benarlah kata kata Allah, sesuangguhnya tidak Ku ciptakan sesuatu itu dengan sia sia. Subhanallah.. Subhanallah...

25 September 2011

Asy - Syafi : UNIC HPA Hijrah

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu lagu yang Lanun cukup minat. Ianya dari Album HPA Hijrah nyanyian kumpulan UNIC. Lagu ini liriknya dihasilkan oleh Haji Ismail HPA sendiri ( Pengarah Urusan HPA ). 

"Allahumma anta asy-syafi, la syifaan illa syifauka,syifaan la yughadiru saqoma" Ya Allah, Engkaulah Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau; penawar yang tiada meninggalkan kesakitan lagi.

"Imsahi al-ba`s rabb al-nas biyadika asy-syifa` la kasyif lahu illa anta" Buangkanlah kesulitan ini, Tuhan segala manusia, ditanganMu penawar, dan tiada yang menyembuhkan melainkanMu (Sahih Bukhari)

07 August 2011

Dulu Iwan Dangdut Kini Iwan Syahman, & Album Baru..

2 komen disini yer..


Salam..
Lanun sangat gembira bila dengar mengenai perkembangan terbaru dari Iwan yang seperti ramai ketahui yang beliau telah keluar dari bidang dangdut dan kembali mendalami ilmu agama. Dalam perkembangan yang lebih baru, kini Iwan Dangdut atau nama gelaran barunya Iwan Syahman telah keluarkan lagu terbaru yang kini dalam Nasyid pula.

Dulu lagu dangdut.. kini lagu ketuhanan.. Alhamdulillah. Islam langsung tak melarang penganutnya menghasilkan karya seni, asalkan dengan syarat tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Jadi boleh lah dapatkan lagu terbaru dari album terbaru Iwan Dangdut @ Iwan Syahman terbitan Hijjaz Record yang diberi judul Allah Segalanya.

Dulu sedang sedang.. kini Allah Maha Agung.. Dengar FullSong Allah Segalanya Klik Disini


Series sedap suara abg Iwan.. abg Iwan, kami bangga dan gembira dengan perubahan ini.. Alhamdulillah. 

Antara lagu lagu di dalam Album Baru : Segalanya Allah dari Iwan Syahman. Boleh lah cari kedai kedai CD berdekatan dengan anda, dan belilah yang original. Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah. Tahniah Hijjaz, Tahniah abang iwan kita. Barakallah...
  1. Segalanya Allah
  2. Shalat Dulu
  3. Fadhilah Shalawat
  4. Semua Allah Punya
  5. Kalimah Toyyibah
  6. Siksa Neraka
  7. Pengasih
  8. Ke Taman Syurga
  9. Nasihah
  10. Ke Jalan Lurus
  11. Segalanya Allah (Versi Asal)

21 June 2011

Bagaimana Serangga dan Ulat Bantu Unit Forensik??

2 komen disini yer..


Salam..
Layan Nat Geo tadi kat TV1, Kali ni cerita mengenai bagaimana lalat, berenga, dan serangga  pada tubuh mayat membantu unit forensik. Dengan hanya, mengkaji usia berenga atau lalat di mayat , unit forensik dapat tahu dengan mudah tempoh berapa lama masa mangsa sudah mati, hebat bukan? Ia bukan sekadar menghurung saja. Tapi ada maklumat pada lalat ni.

Selain itu sekiranya lalat sudah tidak ada, akan ada serangga atau ulat lain yang berdekatan dengan mayat reput tadi. Menakjubkan!! serangga yang datang dekat pada mayat yang reput itu berlainan mengikut usia mayat tersebut. Jadi, dengan melihat jenis serangga yang ada pada mayat ia juga boleh beri maklumat berguna buat forensik.

++ Bukan hanya sekadar ejen pereputan, tetapi membantu manusia! Subhanallah!!.
++ Untuk tahu lebih boleh klik link ini yer. [Forensic Entomology]
++ Ni video lebih kurang Lanun jumpa di Youtube [klik untuk lihat]

30 May 2011

Gambar Ulat Bulu Gergasi & Aneh Serang Yogyakarta dan Jawa Timur

3 komen disini yer..


Tekan butang play..then next next.. ada 6 foto

Salam..
Lanun terbaca mengenai berita nih kat Berita Harian Online [berita asal], dimana Jakarta diserang ulat bulu yang saiznya besar dan bentuknya juga tidak pernah dijumpai sebelum ni. Hmm..pelik pelik la kan sekarang. Ada saja perkara pelik yang berlaku.

Menurut apa yang Lanun baca ulat ni berbulu tebal jadi menyebabkan bentuk fizikalnya nampak besar. Selain tu ia susah nak dibunuh dengan semburan racun biasa. Disebabkan tu, wabak ulat bulu ni dah musnahkan 8,800 pokok mangga hasil periuk nasi rakyat disana. Patut kita bom ke? 

Dibawah ni Lanun sediakan beberapa koleksi gambar ulat bulu gergasi ni yang Lanun kumpul dari merata website. Ehem2..Sekiranya ada imej yang salah sila tegur & Lanun mohon maaf. 

12 May 2010

Budak 8 Tahun Hidup, 104 Meninggal Dunia... Ajal Di Tangan Tuhan...

6 komen disini yer..
Salam..
Terkejut dengan berita petang tadi pesawat penerbangan Libya terhempas. 104 penumpang termasuk anak kapal didalam nya semua meninggal dunia bila pesawat Afriqiyah Airways, yang terhempas di lapangan terbang Tripoli di sini. Allahu Akbar, dengan kebesaran Allah SWT seorang budak 8 tahun terselamat dalam keadaan baik dan kini berada kat hospital.

Maha Besar kuasa Mu ya Allah... Engkau lah yang berkuasa menentukan ajal kami, kami hamba mu yang merancang tertakluk di bawah ketentuan Mu, kami tunduk pada kebesaranMu ya Allah.

Bila baca rasa rendah diri, Allah Maha Berkuasa ke atas segala galanya penentu bagi tiap sesuatu. Ikut logik akal yang kuatlah akan terselamat, yang lemah pasti akan kecundang tidak dapat buat apa apa kan?. Budak yang lemah tu pasti tak akan terselamat, tapi dengan kekuasaan Allah yang menentukan takdir yang dah tertulis buat kita.

Redhalah kerana kita hambaNya sesungguhnya Ajal di tangan Tuhan dan ajal itu tidak memandang tua atau muda. Satu peringatan buat diri ni yang sering alpa..

Pasukan penyelamat dan kakitangan airport mencari serpihan pesawat, Takziah pada keluarga mangsa pesawat terhempas tu.
Budak yang masih tidak diketahui identiti sebenarnya, penumpang tunggal yang selamat 104 lain terkorban. Budak ni mengalami pendarahan, n tulang retak tapi dalam keadaan stabil.