Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

30 May 2011

Gambar Ulat Bulu Gergasi & Aneh Serang Yogyakarta dan Jawa Timur

3 komen disini yer..


Tekan butang play..then next next.. ada 6 foto

Salam..
Lanun terbaca mengenai berita nih kat Berita Harian Online [berita asal], dimana Jakarta diserang ulat bulu yang saiznya besar dan bentuknya juga tidak pernah dijumpai sebelum ni. Hmm..pelik pelik la kan sekarang. Ada saja perkara pelik yang berlaku.

Menurut apa yang Lanun baca ulat ni berbulu tebal jadi menyebabkan bentuk fizikalnya nampak besar. Selain tu ia susah nak dibunuh dengan semburan racun biasa. Disebabkan tu, wabak ulat bulu ni dah musnahkan 8,800 pokok mangga hasil periuk nasi rakyat disana. Patut kita bom ke? 

Dibawah ni Lanun sediakan beberapa koleksi gambar ulat bulu gergasi ni yang Lanun kumpul dari merata website. Ehem2..Sekiranya ada imej yang salah sila tegur & Lanun mohon maaf. 

24 October 2010

Videoklip Rasmi Lagu Insha Allah Oleh Maher Zain Versi Arab dan Inggeris

4 komen disini yer..
Salam...
Siapa tak kenal Maher Zain? Pastinya semua kenal, suara nya yang merdu Alhamdulillah membuat ia terkenal sebagai artis islam yang terkenal seluruh dunia termasuk Malaysia. Lagu yang membuat Lanun mula kenal dengan beliau adalah Lagu Insha Allah ( Dengan Izin Allah, God Will ). Lagu ni memang best betul tak? Jadi kat bawah ni Lanun sharekan 2 video klip rasmi yang gempak bagi lagu ini dengan dua versi bahasa. Selamat Menonton.

Untuk update terbaru mengenai Maher Zain : Fanpage Maher Zain
Latar Belakang : Maher Zain Wikipedia

Videoklip MTV Insya Allah Versi Bahasa Arab [Download]



Video Klip MTV Insya Allah Versi Bahasa Inggeris [Download]




Nak versi Melayu? kena buat request kat Maher Zain la pasni k he3

19 October 2010

Teruk tak jerebu tempat korang? Semak Laporan IPU Malaysia oleh JAS..

5 komen disini yer..
Salam..
Pagi tadi pemandangan pergi kejer agak berbeza dari sebelum sebelum ni. Lanun perasan Melaka di landa jerebu lagi. Menurut berita dan report dari Jabatan Alam Sekitar ada peningkatan titik titik panas di sumatera. Peningkatan yang mendadak tu lah yang menyebebakan jerebu ni. Apa itu titik titik panas? pembakaran terbuka kot..

Petikan berita Malaysia kini :
Menurut kenyataan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ini ekoran peningkatan bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 244 kelmarin, berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober.

Korang nak tahu bagaimana update? titik titik panas? perkembangan jerebu di Malaysia? berapa indeks IPU n semua berkaitan pencemaran udara? Boleh lah ke Laman web Rasmi Jabatan Alam Sekita [klik sini] dan skrol ke bawah untuk memilih menu Air Polution Indeks / Indeks Pencemaran Udara dan pilih tarikh laporan IPU terbaru.

Selepas masuk ke laman web JAS, skrol ke bawah k, n cari menu macam ni...

15 September 2010

Hari Malaysia 16 September

2 komen disini yer..
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

p/s : update versi malas he3.. masih lagi di kampung.