Showing posts with label biodata. Show all posts
Showing posts with label biodata. Show all posts

18 June 2011

Anak PM Najib Nooryana Najwa Betunang dengan Daniyar Nazarbayev

4 komen disini yer..

Gambar Dari PinkTurtle

Salam..
Tahniah di ucapkan kepada PM DS Najib kita kerana di atas majlis pertunangan anak beliau dengan Daniyar Nazarbayev dari Kazakhtan. Majlis dilangsungkan di Seri Perdana pada Jumaat Malam semalam. Ramai VVIP yang hadir termasuk Paklah, YDPA Malaysia, Bonda Najib, dan VVIP dari luar negara turut hadir.

Sedikit biodata Daniyar, beliau berumur 22 tahun sebaya dengan Nooryana. Nooryana adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar pulak menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Penafian..
Sebelum ini, menjadi kontroversi apabila pihak Wisma Putra, Khairy Jamaludin dan juga Dato' Sharizat Jalil telah menafikan bahawa Anak PM Najib bertunang semasa pemergian PM ke Kazakhtan. Nampaknya ada kebenarannya, rupa rupanya sambil melawat bakal menantu..itu yang betul. Apa komen anda?

Komen Lanun, semoga berbahagia..dan doa Lanun semoga mereka ada jodoh dan berkahwin dan jadi Suami Soleh n Isteri Solehah :-) Aaminn..

Gambar Tunang Anak PM Kita?
Dibawah Lanun sertakan gambar gambar Daniyar Nazarbayev Tunang kepada Nooryana Najwa Najib. Untuk semua yang nak lihat bakal suami anak sulung PM kita sila KLIK LINK ini.

Makanan SEO : Gambar Tunang Anak Najib, Tunang Nooryana Najib, Siapa Tunang Anak PM, Bakal Suami, Bakal Menantu, DS Najib Razak, Gambar Daniyar Kazakhtan.

08 June 2011

Ustazah Pilihan Astro Oasis : Sah Ditayangkan 1 Oktober 2011

21 komen disini yer..
Salam..
Sah.. Astro Oasis telah pun selesai buat perasmian rancangan realiti terbaru iaiatu Ustazah Pilihan yang bermatlamatkan pencarian ikon muslimah dan pendakwah dikalangan wanita. Rancangan ni telah pun dirasmikan oleh Ustazah paling popular di Malaysia tak lain dan tak bukan Dr Mashitah Ibrahim.

Konsep nya lebih kurang imam muda, 10 orang peserta, ada matapelajran tertentu cuma ianya melibatkan kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah dan penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja. Tumpuan mereka adalah isu isu wanita masa kini. Penerbit juga menjanjikan ianya berlandaskan syarak.

Sesi temuduga sudah pun disusun dan akal dijalankan di seluruh negara pada Julai nanti. 9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah 15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu 23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. 30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Dengan syarat berumur 18-27 tahun serta sihat tubuh badan. Yang berminat juga kena bawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

Siapa peserta peserta Ustazah Pilihan? Adakah ia benar benar menetapi syarak? Kita saksikan nanti.. Jika ia tidak, kita tentang habis habisan. Cuma Peringatan Lanun tetap seperti dalam artikel sebelum ni : KLIK SINI

p/s : adakah Wahida, Wardina n X wife Ustaz Akil Hayy akan masuk?

22 April 2011

Calon Imam Muda Musim Kedua Di Astro Oasis

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu video klip dari Youtube video promo calon calon Imam Muda Musim Kedua di Astro. 10 orang imam kesemuanya yang menampilkan pelbagai background pekerjaan tetapi mempunyai ilmu agama yang mantap InsyaAllah Harapan Lanun ini yang dapat melahirkan pendakwah pendakwah baru yang mampu meneruskan perjuangan amar makruf nahi mungkar sesuai dengan cabaran cabaran baru dunia moden.

 
Credit to : aftalentaesb youtube channel

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:

1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.

28 November 2010

Putus tunang punca Teacher Shida buat miming selambe di Youtube

12 komen disini yer..

Salam..
Lanun baru membaca artikel  terbaru CikguDahlia berkaitan Tacher Shida yang cukup popular di Youtube kerana aksi miming selambanya. Lama dah Lanun tengok video dia ni, jadi kat sini Lanun pun nak amik kesempatan komen jugak. Mengikut pa yang Lanun tahu, beliau merupakan cikgu bahasa inggeris, dan turut juga mengajar muzik. Kerana videonya yang "menarik" ia juga  jadi buah mulut dan guarauan Lanun dan kawan kawan kat tempat keje. 

Punca : 
Selepas membaca artikel kat CikguDahlia dan blog yang jadi sumber rujukannya, jelaslah punca Teacher Shida (Channel Youtube) yang berasal dari Parit, Perak itu adalah tekanan dan kecewa akibat putus tunang. Maklumat ini boleh dikatakn reliable kerana dari cikgu jugak.

Peringatan :
Tapi.. perlu dingat sebagai Muslim dan Muslimah kita perlu jaga adab dan batas batas kita. Tak salah buat video di Youtube tetapi ada garis panduan yang telah Islam syaratkan bila muncul dikhalayak, lebih lagi saluran umum macam tu. Jadi berpeganglah pada tu, semoga apa kita buat tidak mendapat murka Allah SWT.

Harapan : 
Pada Teacher Shida, bersabarlah dan carilah ketenangan yang sebenar bukan dengan cara tu, tak lupa juga  semoga bertemu jodoh dengan suami yang soleh Insyaallah... :-)

Cerita asal & lebih lagi maklumat ttg TeacherShida : http://az-arepa.blogspot.com
p/s : banyak video miming ciptaan TeacherShida telah didelete.

25 October 2010

Transformers 3 The Dark of The Moon : Tajuk Rasmi dan Sinopsis

4 komen disini yer..
Salam..
Adakah korang peminat cerita Transformers? selepas kejayaan Transformer 1 dan 2 serta seperti yang kita tahu pembikinan Transformer 3 telah pun lama bermula. Lanun ikuti jugak perkembangan pembikinan filem ni di blog blog peminat yang merakam aksi aksi rakaman di tempat shooting. So dari situ dapat la info sedikit sebanyak.

Lanun nak kongsi yang tajuk rasmi filem sekuel T.3 telah pun di umumkan, dengan tajuk Transformer 3 : The Dark of the Moon. akan disiarkan di pawagam 1 Julai 2011 dalam Real D 3D dan IMAX 3D. Selain itu juga maklumat terbaru mengenai sinopsis bagi sekuel kali ini pun telah muncul di Amazon.com :

The first official plot synopsis of Transformers 3 has been spotted on Amazon:

Plot of Transformers 3 The Dark of The Moon:
"The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009’s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There’s new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime Transformers character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth."

Apa punya sinopsis daa..ni semua orang tahu kan? Tapi apa yang Lanun exciting dalam sekuel terbaru kali ni ialah antara Autobots terbaru 3 ekor bawah ni. Memang ganas dan smart agaknya camna rupa dieorang bila transform?

credits to aeromental.net

credits to aeromental.net

credits to aeromental.net

Nak tahu banyak lagi ? Search "Transformer 3" di Google berdekatan jari anda he3...

24 October 2010

Videoklip Rasmi Lagu Insha Allah Oleh Maher Zain Versi Arab dan Inggeris

4 komen disini yer..
Salam...
Siapa tak kenal Maher Zain? Pastinya semua kenal, suara nya yang merdu Alhamdulillah membuat ia terkenal sebagai artis islam yang terkenal seluruh dunia termasuk Malaysia. Lagu yang membuat Lanun mula kenal dengan beliau adalah Lagu Insha Allah ( Dengan Izin Allah, God Will ). Lagu ni memang best betul tak? Jadi kat bawah ni Lanun sharekan 2 video klip rasmi yang gempak bagi lagu ini dengan dua versi bahasa. Selamat Menonton.

Untuk update terbaru mengenai Maher Zain : Fanpage Maher Zain
Latar Belakang : Maher Zain Wikipedia

Videoklip MTV Insya Allah Versi Bahasa Arab [Download]



Video Klip MTV Insya Allah Versi Bahasa Inggeris [Download]




Nak versi Melayu? kena buat request kat Maher Zain la pasni k he3

22 September 2010

Koleksi 7 iklan best 1 Malaysia dari Proton sempena merdeka 2009 dahulu..Mesti Tonton..

3 komen disini yer..
Salam..
Lama dah iklan ni kalau tak silap masa sambutan kemerdekaan ke 52. Tapi Lanun ni la baru jumpa he3.. ada beberapa siri iklan yang istimewa dengan penampilan Afdlin Shauki, Penyanyi Dato David Aramugam & Ho Yuhang ( kenape tak pecaye??).


Iklan iklan ni memang kelakar..he3.. Antara siri iklan dari Proton tersebut ialah :
  1. Rojak ( afdlin jumpa geng2 dia..)
  2. Konsert pasar 
  3. Kuih muih
  4. Hangus ( Angkasawan Msia ke matahari? lawak2..)
  5. Lok lok
  6. Ciplak
  7. Censored 
Dalam iklan ni sistuasi semuanya di Pasar Malam, banyak benda benda kelakar seperti Afdlin cakap kena basuh telinga pas David arumugam cakap sesuatu dalam bahasa tamil, n Ho Yuhang yang suke guna ayat " Internet maa.." dan banyak lagi. Korang kena tengok semua ni k, kalau belom wajib! he3.

Dalam Iklan ni beberapa perkara Lanun nak katakan :
  1. Bagi Lanun tak berapa setuju dengan Imej n Gaya Afdlin tak nampak macam Melayu sebenar..
  2. Censored "bunyi tuutttt" mencarut kah? macam tak baik ja guna modal tu..
  3. Better buat iklan yang lebih kepada saling tolong menolong n membantu..\
  4. Tapi its ok :-) kelakar..cuma sket2 tu la Lanun tak setuju..
p/s : 1 Malaysia? benarkah 1 Malaysia? jangan hanya di dalam iklan saja...Jangan bersatu kerana bangsa, bersatu lah ke arah keadilan dan kebajikan.










Nak Download semua siri Iklan ni? KLIK SINI untuk download

19 September 2010

Sayu Dengar Lagu Salam Aidilfirti Dendangan Allahyarham Ustaz Asri Rabbani... Ya Allah Tempatkan Dia Bersama Org2 Beriman...

2 komen disini yer..
Salam..
Mungkin agak lewat untuk putarkan lagu ni.. tapi tadi petang Lanun punya winamp memutarkan lagu ni , lagu Salam Aidilfitri yang dinyanyikan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani.. Memang sayu... Mari kita doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan tabiin..aaminn...

Pada keluarga Ustaz Asri, Lanun ucapkan selamat hari raya..tabahkan hati.. dan teruskan kehidupan tanpa putus asa, Allah sayangkan orang yang sabar. Pada anak anak ustaz Asri, jadilah anak yang baik dan soleh. Alfatihah untuk Ustaz..

Pada yang tak pernah dengar sila dengar kemerduan suara Ustaz asri dalam lagu dibawah.. Subhanallah....sayu..


LamanWeb Rasmi Rabbani : Rabbani.com.my
Laman Rasmi Facebook : Facebook Rabbani

Allahyarham ustaz asri dan anak anaknya...

Untuk yang tak tahu.. lama dah berita ni.. Dalam kotak merah adalah penganti vokalis,
 iaitu Zulkifli, ia dah lama dalam Rabbani cuma banyak buat kerja sebalik tabir.

16 September 2010

Kes Sosilawati : Jenayah Malaysia Makin Ganas

4 komen disini yer..
Salam...

Hu3.. menakutkan bila membaca perkembangan kes jutawan kosmetik yang dibunuh bersama sama 3 orang yang lain. Semata mata kerana urus niaga tanah. Nampak nya makin maju sesuatu negara tu makin majulah jugak keganasan dalam diri sesorang tu. betul tak? dia akan fikir dan fikir macam mana cara paling licik supaya polis tak dapat jejak dieorang.

bakar? bom? c4? santau? skandal seks? ugut?

Apa punca semua ni? Politik dan perniagaan dah mula bercampur dengan jenayah kerana WANG & KUASA.

02 September 2010

Ketua Polis Negara baru : Tan Sri Ismail Omar New KPN

5 komen disini yer..

PUTRAJAYA: Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuatkuasa 13 September ini.

RINGKASAN BERITA


Tarikh berkuat kuasa : 13 september 2010
Tarikh Musa Hassan tamat kontrak : 12 September 2010 ( 41tahun bersama PDRM)
Ketua Polis Baru IGP :  Tan Sri Ismail Omar, 57 tahun
Timbalan Ketua Polis Negara Baru : Datuk Hussin Ismail, 57 tahun
Cadangan kerajaan untuk Musa Hassan : Ketua Akademi Latihan di Langkawi International Shooting Range (LISRAM) selepas ini.

Nak tahu biodata dan latar belakang KPN Musa Hassan ?? : KLIK SINI

Pelantikan itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini. Beliau berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi mengenai kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.

"Jawatan KPN dan timbalannya adalah Jawatan Khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata Hishammudin ketika mengumumkan perkara itu di sini.

sumber bharian.com.my

01 September 2010

Heret segera Namewee ke mahkamah ??? Pengetua Yang Rasis tu Tak Nak Heret Sekali?

6 komen disini yer..
Salam...
Lanun baca berita pasal desakan sesetengah pihak untuk heret namewee atau nama betulnya Wee Meng Chee ke mahkamah kerana telah menyemarakkan api perkauman. Pihak ni juga telah mendesak supaya si Namewee di heret secepat mungkin ke sana. terdapat juga pelbagai cadangan untuk menghukum Namewee.

Lanun tak mahu masuk campur pasal hukuman hukuman ini, tapi Lanun terfikir. Kenapa Namewee bertindak sedimikian? Kenapa? Ini adalah kerana ada individu yang bertindak racist / rasis pada rakyat Malaysia. betul tak? Kalau orang kata Namewee tak patriotik? dan Rasis? apa pula status pengetua yang kecoh hari tu? dia juga rasis dan kenyataan juga tak patriotik? Dia tak diheret?

Bagaimana pula dengan Ibrahim Ali? Datuk Datuk Ahmad Ismail? Datuk Nasir safar? ingat lagi kan kisah kisah dan kenyataan panas mereka? mereka juga menyemarakkan api perkauman dan boleh juga dikatakan tidak patriotik. Ada double standard kah? mereka ada pangkat kot. Taknak heret sekali? jangan hanya nampak seorang pesalah!


Sebenarnya inilah yang diperhatikan oleh bangsa lain wahai rakyat Malaysia.. Jangan ada ketidak adilan, jangan salah langkah dalam memberi hukuman. 

Lanun bukan kata Namewee tak salah, dia tetap salah kerana menggunakan kata kata lucah yang teruk dan menambah teruk keadaan. Semua tu adalah sangat menyalahi undang undang negara. Lanun pun benci dengan video tu dan tentang habis habisan penggunaan ayat ayat dan gambar dalam video nah fuck racism tersebut.

Tapi cuba kita cari akar puncanya..dan point point itulah yang kita kena fikir fikirkan..
Sekian.. sekadar pendapat Lanun. 

29 August 2010

Video Namewee Terbaru : Buat Kecoh Lagi dengan Video Nah!! F**k Racism yang penuh carut marut..

21 komen disini yer..
Salam...
Berikutan isu pengetua racism baru baru ni, seorang orang muda yang dulu menjadi "terkenal" dengan klip video lagu "Negara Kuku " telah buat lagi satu video yang sarat dengan perkataan dan isyarat bermaksud lucah, menghina, dan mencarut. Siapa lagi kalau bukan Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee. 

Lanun yakin Namewee ni marah dan terasa dengan apa yang telah berlaku dalam kes pengetua tu. Sebagai salah seorang bangsa Cina, memang sesiapa pun akan terasa. Even kalau kita dipihaknya pun akan terasa. Tapi adakah tindakan buat video semacam rupa ni rasional? professional? jalan yang bijak ke? pada Lanun ia seakan mencurah minyak pada api.

Dalam klip video tu telah mengeluarkan kata kata mencarut pada pengetua Siti Inshah ( SMK bukit selambau di Sungai Petani Kedah) dan juga menghina Kementerian Pelajaran Malaysia KPM. Juga dalam video tu, Namewee mengatakan anti racism, tapi jelas ia telah ditunjukkan dengan cara yang salah dan tidak bermoral.

Saksikan video Namewee tersebut kat bawah ni, penuh dengan isyarat F**k saje...



p/s : Namewee ko ni kreatif tapi masalah ngan ko adalah terlalu emosional.. Aku tak mahu juga benda ni jadi.. tapi harap kita semua sentiasa rasioanl dalam bertindak jangan jadi seperti geng Bendera di Indonesia. Tak da akhlak.

02 April 2010

Alfatihah : Din Beramboi Kembali Ke Rahmatullah....

1 komen disini yer..
Din Beramboi yang sebelum ini dilaporkan menghidap koma kerana Denggi Berdarah telah pun meninggal dunia pada jam 12.30am tadi . Laporan yang mengatakan beliau dijangkiti virus kencing tikus adalah tidak benar. tapi sebaliknye dier kene Denggi Berdarah. Berita pemergian Din, Lanun dapat dari facebook fan Afdlin Shauki. Alfatihah...