Showing posts with label kontroversi. Show all posts
Showing posts with label kontroversi. Show all posts

06 October 2011

Nasihat Iwan Syahman Pada Artis dan Peminat

0 komen disini yer..




Dalam satu program dan persembahan nasyid di Kuala Lumpur baru baru ini penyanyi irama dangdut, Iwan Dangdut , menyeru rakan-rakan artisnya supaya segera berubah bagi mendapatkan keampunan Allah. Menurut beliau, artis-artis yang ingin berubah tidak sepatutnya melengah-lengahkan keinginan itu supaya dengan itu mereka akan menjadi lebih dekat kepada Allah SWT. 

Katanya, perubahan para artis ke arah yang lebih baik merupakan satu perkara yang penting bagi membolehkan mereka bersama-sama umat Islam lain melakukan perubahan ke arah yang lebih baik pula terhadap masyarakat.


18 June 2011

Anak PM Najib Nooryana Najwa Betunang dengan Daniyar Nazarbayev

4 komen disini yer..

Gambar Dari PinkTurtle

Salam..
Tahniah di ucapkan kepada PM DS Najib kita kerana di atas majlis pertunangan anak beliau dengan Daniyar Nazarbayev dari Kazakhtan. Majlis dilangsungkan di Seri Perdana pada Jumaat Malam semalam. Ramai VVIP yang hadir termasuk Paklah, YDPA Malaysia, Bonda Najib, dan VVIP dari luar negara turut hadir.

Sedikit biodata Daniyar, beliau berumur 22 tahun sebaya dengan Nooryana. Nooryana adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar pulak menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Penafian..
Sebelum ini, menjadi kontroversi apabila pihak Wisma Putra, Khairy Jamaludin dan juga Dato' Sharizat Jalil telah menafikan bahawa Anak PM Najib bertunang semasa pemergian PM ke Kazakhtan. Nampaknya ada kebenarannya, rupa rupanya sambil melawat bakal menantu..itu yang betul. Apa komen anda?

Komen Lanun, semoga berbahagia..dan doa Lanun semoga mereka ada jodoh dan berkahwin dan jadi Suami Soleh n Isteri Solehah :-) Aaminn..

Gambar Tunang Anak PM Kita?
Dibawah Lanun sertakan gambar gambar Daniyar Nazarbayev Tunang kepada Nooryana Najwa Najib. Untuk semua yang nak lihat bakal suami anak sulung PM kita sila KLIK LINK ini.

Makanan SEO : Gambar Tunang Anak Najib, Tunang Nooryana Najib, Siapa Tunang Anak PM, Bakal Suami, Bakal Menantu, DS Najib Razak, Gambar Daniyar Kazakhtan.

08 June 2011

Isu Isteri Pelacur Kelas Pertama & Twitter Makcik Hajjah Sitt

2 komen disini yer..

Salam...
Kecoh betul isu "pelacur kelas pertama" sekarang ni, Lanun yakin penggunaan bahasa oleh Dr Rohaya tu agak kurang sesuai menyebabkan ramai yang membidasnya. Pada firasat Lanun, dia sebenar nak maksud kan layanan yang baik kelas pertama pada suami dari seorang isteri. Maafkanlah beliau.

Adakah kita dah lupa pada isu yang lebih kronik? yang lebih kurang ajar? menghina Islam? menghina Nabi dan Allah SWT? Berseronoklah si makcik hajjah sitt alwuzara tu dengan twitter, facebook, blog dan channel youtube nya setiap jam mengeluarkan perkataan maki hamun. Lanun rayu sekali lagi kerajaan sila ambil tindakan pada penghina ini!!

Kenapa takda tindakan???

Ustazah Pilihan Astro Oasis : Sah Ditayangkan 1 Oktober 2011

21 komen disini yer..
Salam..
Sah.. Astro Oasis telah pun selesai buat perasmian rancangan realiti terbaru iaiatu Ustazah Pilihan yang bermatlamatkan pencarian ikon muslimah dan pendakwah dikalangan wanita. Rancangan ni telah pun dirasmikan oleh Ustazah paling popular di Malaysia tak lain dan tak bukan Dr Mashitah Ibrahim.

Konsep nya lebih kurang imam muda, 10 orang peserta, ada matapelajran tertentu cuma ianya melibatkan kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah dan penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja. Tumpuan mereka adalah isu isu wanita masa kini. Penerbit juga menjanjikan ianya berlandaskan syarak.

Sesi temuduga sudah pun disusun dan akal dijalankan di seluruh negara pada Julai nanti. 9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah 15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu 23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. 30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Dengan syarat berumur 18-27 tahun serta sihat tubuh badan. Yang berminat juga kena bawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

Siapa peserta peserta Ustazah Pilihan? Adakah ia benar benar menetapi syarak? Kita saksikan nanti.. Jika ia tidak, kita tentang habis habisan. Cuma Peringatan Lanun tetap seperti dalam artikel sebelum ni : KLIK SINI

p/s : adakah Wahida, Wardina n X wife Ustaz Akil Hayy akan masuk?

07 June 2011

Bahasa SMS Rosakkan Karangan Bahasa Melayu Di Sekolah?

3 komen disini yer..
Salam..
Lanun tertarik dengan berita yang dilaporkan bharian hari ini bertajuk Bahasa Terlarang yang menyentuh isu karangan bahasa melayu adik adik kita di sekolah kita di cemari bahasa bahasa ringkas SMS @ shortform. Menurut cikgu berkenaan kes ni semakin serius bila markah pelajar terpaksa di tolak kerana kekerapan penggunaan ayat ayat ringkas dan pendek tu. Ini berpunca dari kuat SMS, chatting dan ber facebook katanya.

Memang setuju.. kalau dah selalu sangat memang macam tu lah. Contohnya dalam blogging ni. Kadang kadang terbawa bawa juga guna ayat short form. Tapi ia nya tak bahaya kerana Blog ni tak libatkan exam dan markah kan. [seo tips : guna ayat penuh..jangan shortform!]

Dengan isu ni, Nampaknya tambah lah kerja guru untuk memberi kesedaran dan teguran pada murid murid. Selain tu, kempen kempen penggunaan bahasa dan ayat yang betul juga satu idea yang baik untuk atasi masalah ni. Lanun harap adik adik lebih berhati hati dalam bab bab akademik.

20 May 2011

Pemilik Kopi Gelatin Babi Didakwa..

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun pernah menyiarkan artikel berkaitan Kopi Kluang Rail station yang mengandungi gelatin Babi [Kedai Kopi Ada Gelatin Babi, Kedai Mana 1?]seperti yang didedahkan oleh jabatan kimia. Terbaru, pemilik Kopi Kluang iaitu 3 orang pengarahnya telah pun didakwa semalam. 

Tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Ikuti Jawapan @ respon Pemilik Kopi Kluang : KLIK SINI

Hmm.. isu makanan ni memang isu yang cukup payah, tapi wajib kita jaga. Dengan keadaan pasaran dan dunia yang dikuasai oleh Non Muslim, 1 cabaran buat kita ni nak cari makanan yang Halal dan bersih. Lanun menyeru semua usahawan Muslim yang berkemampuan supaya berusaha menjadi pengeuar produk asas @ root level. Masalah yang timbul ni kerana kita banyak bertumpu di end product.

07 May 2011

Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 3

1 komen disini yer..

Part 1 : Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 1
Part 2 : Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 2

Dibawah ini Lanun kongsikan email yang terbaru selepas Lanun berbalas email dengan si lailafaisal@hotmail.co.uk atau Romance Scammer. Dia mula cuba meminta alamat kita dan nombor telefon Lanun untuk meneruskan penipuannya kononnya untuk suprise gift. Ha3.

Taktik yang sama, mungkin geng yang sama. Harap pihak polis dapat menyiasat dan menangkap kumpulan ini yang mungkin tinggal dalam Malaysia. Semoga dengan pendedahan ini tidak ada yang tertipu dengan gaya penipuan yang sangat murahan ini.

Email 6 : Dalam email ke 5 dia kata nak bagi "suprise gift", jadi Lanun pun buat buatlah teruja untuk terima hadiah tu. Kemudian hari ini si Laila Romance Scammer ni pun reply : 

but you have to promise me something, you have to be honest with me, i need no money from a man,i know my dear, you have such quality i need from a man. please honey don’t allow anything to come between the both of us, try your best to be honest to me, i need this information to send the gift i have for you,

Dear please send me your personnel details,
Your full Name:
Your full House Address:
Your Mobile or Contact Number:
And Email Address:

That i will use .This is my mobile number +447031899562, please my dear try your best to be very honest with me and my family. Have a blissful day. kissssssssss.hope to hear from you soon.

Dalam email terbaru ni dia dah mula minta alamat, Mungkin disinilah sindiket seperti Laila Mohd Faisal ( lailafaisal@hotmail.co.uk) memerangkap mangsa dengan meminta nombor telefon, dan alamat untuk menghantar "package" yang kononnya "hadiah" atas dasar hubungan yang berusia 2,3 hari sahaja. Memang kelakar ha3.

Selepas meminta alamat taktik mereka mungkin seperti berikut :
  1. Mengirim "hadiah" pada mangsa, kemudian mendakwa "hadiah" @ bungkusan tersebut ditahan di kastam. Kemudian geng sindiket ini akan menyamar sebagai pegawai kastam / kourier dan meminta wang kononnya untuk melepaskan bungkusan tersebut. 
  2. Ataupun menggunakan mangsa sebagai keldai dadah dengan memberi bungkusan untuk disampaikan kepada orang tertentu, dan tanpa disedari apa isi didalamnya.

06 May 2011

Kebaikan Kilang Nadir @ Rare Earth Di Malaysia?

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun baru jar selesai membaca respon CEO Lynas [ sila baca di sini ]apabila ditanya kenapa memilih Malaysia sebagai lokasi kilang nadir. Nicholas Curtis menjawab "Malaysia adalah tempat terbaik di dunia dan dia menambah Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan “paling utama adalah rakyatnya”.

Hmmm.. Satu jar soalan Lanun, Apakah kebaikan kilang sisa beradiasi ini di Malaysia??
  1. Tambah peluang pekerjaan? Lanun : banyak lagi pelabur lain nak masuk Msia.
  2. Bebas gempa bumi? Lanun : Tak mustahil akan datang? skrg pun dah ada sikit2.
  3. Tingkat pelaburan? Lanun : Baik cari yang lain.
  4. Teknologi tinggi? Lanun : Jepun yg canggih pun give up dgn letupan loji nya.
  5. Ada siapa tahu kebaikan kilang lynas di bina di Malaysia ? Kalau ada kongsilah..

Lanun menyeru semua supaya membantah projek ini habis habisan. Pada pandangan Lanun tiada apa baiknya projek ini pada rakyat dan negara kita. Kita mempertaruhkan masa depan kita dan generasi akan datang lebih lebih lagi penduduk di Pahang.

Video Majlis Pernikahan Yang Terbaik Untuk Muslimin & Muslimat

5 komen disini yer..

Salam..
Lanun kongsikan satu video yang Lanun ambil dari facebook [Ambil video dari facebook.. Bagaimana?] yang memaparkan satu majlis akad nikah seorang pasangan muslim dari mana Lanun tak tahu, siapa mereka pun Lanun tak tahu tetapi memaparkan satu suasana yang cukup simple tapi indah & harmoni cukup dengan pemakaian yang menutup aurat, besederhana serta dilengkapi ciri ciri yang dituntut oleh Islam turut diamalkan seperti solat sunat selepas nikah.

Semoga video ini menjadi contoh dan tauladan bakal pengantin dan mak andam yang skrg rajin mengabaikan aurat dalam majlis majlis perkahwinan sebegini. Ditambah pula beberapa adat yang tidak menepati Islam turut banyak dicampuradukkan dalam majlis sehinggakan dipandang serong apabila kita tidak melakukannya.


Terimakasih kepada Pasangan Pengantin dan Pemilik Video Asal

Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 2

5 komen disini yer..

Lanun sambung lagi kisah perangkap email dari Laila Faisal yang banyak digunakan di Internet untuk memerangkap mangsa demi mencapai objektif penjenayah. Antara objektif mereka penyeludupan dadah, perdagangan wanita dan penipuan wang. Banyak kes yang kita telah dengar bagaimana mereka menipu mangsa sehingga menyebabkan orang tak bersalah merengkok dalam penjara.

Hari ini Lanun terima lagi reply dari si Laila Mohd Faisal ni, Dalam email tersebut dia mengatakan yang dia dah jatuh cintalah, sayang lah, dan bla bla yang sah sah memang ayat copy and paste. dalam email tu juga dia mengatakan akan menghantar sesuatu pada Lanun, suprise gift katanya. Adakah ini taktik yang biasa kita dengar tu?

Email 5 : Dia suruh Lanun contact dia tapi Lanun tak call, jadi dia cuba taktik ni.

Honey and only sweetheart , how are you doing today love? baby....it was so wonderful to read your email knowing that you care so much about me....I LOVE YOU SO MUCH honey ....thank you so much for coming into my life......i have never been this happy before.....you are such a wonderful caring lover that i want to be with....Baby...mmmm. .I want to surprise you my

love.....I want to send you a very nice gift as an appreciation for our relationship...to show you how much I love you and how happy you make me.....you are about to receive a wonderful package from me.. dear. .i felt like flying down to Malaysia because every time I read your email....lovely tears stroll down my eyes..........I LOVE YOU SO MUCH BABY

Penipuan Asmara di internet seluruh Dunia (tq pada blog Mazidul) : KLIK SINI [romancescam]

05 May 2011

Kelantan : Sultan Tuanku Muhammad Faris Petra V Berkahwin Tidak Lama Lagi

3 komen disini yer..

Salam..
Rakyat Kelantan bakal mendapat raja perempuan yang baru tidak lama lagi, Dalam sesi temuramah Yayasan  Kelantan Sultan Kelantan @ Tuanku Muhammad Faris Petra @ Sultan Muhammad V [Wikipedia] menjawab soalan wartawan apabila ditanya adakah baginda bakal berkahwin tidak lama lagi.

Baginda menjawab dengan berkata "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul, Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya,". Baginda merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra. Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata. [Berita asal - Mkini]

Sultan ini lah sultan yang paling berhati rakyat jelata pernah Lanun lihat, ia boleh menjadi imam dan mempunyai karakter yang rendah diri. Harapan Lanun semoga raja perempuan yang baru  mempunyai ciri ciri wanita dan Isteri Solehah. InsyaAllah.. Tahniah Tuanku.

Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email

21 komen disini yer..

Salam..
Semua sihat? Lanun nak share lah sikit berkaitan dengan penipuan yang sentiasa berlaku di dalam Email yang telah menyebabkan ramai yang terperangkap sehingga melibatkan penipuan wang dan penyeludupan dadah. Terbaru di 999 kita lihat lelaki lekai kulit hitam nigeria dan afrika mempunyai jenayah terancang dengan menipu daya di internet. Target mereka gadis gadis yang kesepian.

Lanun baru baru ini menerima email dari seorang bernama Laila mohd faisal (orang lain dia guna nama lain kot) yang berlakon sebagai anak kacukan Sabah dan UK. Hmm.. ni bukan kali pertama lanun dapat email macam ni. Entahlah mana la geng penipu ni dapat email kita. Lanun juga yakin orang lain pun mesti pernah terima email macam ini.

Berkaitan email dari Laila ni Lanun saja kali ni nak layan jar dia punya penipuan. Nak tengok sejauh mana dia nak ayat kita. Dia kata nak datang Malaysia, jadi nak cari orang yang boleh tunjuk jalan kat sini ha3.. yelah sangat tu memang tipu!!

Terbaru dalam email kedua si Laila ni pada Lanun dia kata dia anak orang kaya, bapak dia pemegang saham lah itulah. Takper..layan jar.. wat wat percaya. Dia siap attach lagi banyak keping gambar lagi yang ntah iya ntah tidak gambar dia. hati hatilah dengan sindiket penipuan ini.

Email 1 : Ramai terima email ini cuma kadang ayat depan lain.
Salam,my name is laila mohd faisal,i am presently in Uk, My father is from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me ,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is lailafaisal@hotmail.co.uk


Email 2 : Selepas Lanun reply
Am so happy to hear back from you. I want to get to know you better and also for you to get to know me better...My full name are laila modh faisal, I am mixed Malaysian ,my father is Malaysia and my mother is from england...I speak very very little Malay...lol i was born here and lived in London all my life...loll...i am so looking forward to visit Malaysia very soon ..omg.. I have never been there...i feel so happy am coming to my father's land...haaaa...i want to know me better....am single...28 years old....I live in regent street. I am a professional system analyst...that I studied in college....but you see....my parents are so rich...they are company shareholders here...living in old Trafford....they bought so many bank shares for me that pays me now so much


Email 3 : Panggil baby! nak muntah pun ada..ntah ntah lelaki negro!
hello baby ..actually i live and work in the UK and my father is from Sabah a state in Malaysia but since i was born i have never been there that is why i have chosen to come over and see how Malaysia looks like, and i don’t no anybody in Malaysia because i have never been there, and i went through your profile and chose a man of your kind that i will be with when’ ever am there ,because i don’t no anybody in Malaysia you are the only one that i no ,and you have to show me around when am there because i will be coming by next month i will stay for 2months i hope you will have a enough time for me .i will give you a call so that you will come and pick me at the airport ok...i will be waiting to read from you thanks hummm kissssssssssssss here is my mobile number +447031899562 you can call me anytime

Email 4 : Lanun reply kata Lanun ada rumah sewa dan kereta boleh bagi pinjam.
baby you are so sweet..........am finally so happy that i meet a nice man....u capture my every thought.....i want to have your pictures on my laptop ....if you don't mind to send me more pictures of you to my email.....i will be more than happy to look at them everyday and night .....you are so sweet man...and its rare....i would like to invest in a lucrative place, and it depends on what i will invest on that is why i need your help to tell me what exactly i can invest on, maybe both of us can invest together. then about the house i also need you to tell me which state is very cool for me to buy the house a very conducive environment.

check my various pictures i sent to you,,. ..I hope you like them dear.....haaaaa....one thing you should know more about me is that I am a very honest and modest lady...hope you like that..i speak very little Malay too...

i will be on my computer waiting to read again from you...your sweet words and assuring too....thank you so much...am so glad i meet you...
take care now... my number +447031899562 please call me

Siap bagi gambar lagi..dan ada facebook bernama Laila Mohd Faisal. Jangan percaya, ayat dia pun copy paste jar, sama jar reply dia pada orang lain. Tak percaya? search nama nya di google.

Lanun akan terus berlakon layan, tengok apa reply dari dia pasni.

Lanun nasihatkan berhati hati lah dengan perkenalan di internet lebih lebih lagi melalui email yang kita tak tahu siapa disebaliknya. Ramai yang tertipu lebih lebih lagi wanita. Ayat manis yang beracun yang akan hancurkan hidup anda waspadalah. Penipuan Laila ini dah tersebar luas, sekiranya ada lagi sindiket penipuan lain sama samalah kita bongkar demi kebaikan bersama.

p/s : Kenapa ada lagi yang tertipu dengan Lelaki Negro dan Lombok WALAUPUN ramai dah tahu, internet pun penuh dengan cerita pasal tu, surat khabar dan TV pun tiap tiap cerita. Kenapa masih terjadi?

NEGRO & SINDIKET : Nigeria tabur perangkap ayat manis di internet di berkas Polis

08 April 2011

Awas! Cara Mengenal Telur Tiruan?

3 komen disini yer..

Salam...
Lanun kongsikan satu berita yang sangat penting buat seluruh rakyat Malaysia. Telur Tiruan, yang ngah hangat diperkatakan sekarang. Kita sebagai pengguna pasti menggunakan telur untuk pelbagai kegunaan dalam memasak seharian. Telur Tiruan ini biasa di China, ia tidak berbau seperti telur biasa, tak tiada rasa seperti telur.. TAPI ada maklumat dari laman web lain mengatakan rasanya lebih sedap dari telur biasa yang berpunca dari kandungan bahannya yang berbahaya.

Ikuti : Cara Kaedah Menghasilkan Telur Tiruan China 

Lanun berharap kerajaan mengambil tindakan tegas dalam hal ini, dahulu kecoh ikan bilis tiruan, sekarang ini telur pula telah masuk ke Malaysia. Ini pasti akan rosakkan kesihatan dan rohani rakyat kita yang memang tersepit dengan barang mahal dan ingin yang murah dan akhirnya terjebak membeli barangan tipu begini.

Jom kita kenali bagaimana kenali telur tiruan ini :

06 April 2011

Senarai Calon Pilihan Raya DUN Sarawak 2011

0 komen disini yer..

Salam...
Hari ini adalah Hari Penamaan calon PR DUN Sarawak, jadi Lanun kongsikan DIBAWAH ni senarai calon calon yang bertanding dalam pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak bagi tahun 2011 ini. Terdapat 71 Dun kesemuanya yang menyaksikan kesemua tempat berlaku pertandingan tanpa menang tanpa bertanding. 

Sebelum ini pilihanraya adalah pada 20mei 2011 dan kali ini ia akan berlansung pada 16 April dengan tempoh masa 10 hari berkempen. Pada para pengundi di Sarawak pilihlah dengan bijak. Lanun tak boleh lah mengundi walaupun dok disini he3.
Sumber : Malaysiakini 

31 March 2011

VideoKlip Lagu Terbaru Maher Zain - Freedom

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu lagu terbaru dari artis popular Maher Zain, lagu yang di ilhamkan dari revolusi rakyat di Tunisia, Mesir, Libya dan di seluruh negara Arab. Lagu ini pertama kali di dendangkan semasa konsert di stadium Shah Alahm 26 februari Malaysia.

Jom Layan.. semoga revolusi rakyat membawa kepada bangkitnya Islam...aaminn..

06 November 2010

Gambar Keretapi Baru Bukit Bendera Pulau Pinang

11 komen disini yer..

Salam...
Teringat lagi kes tahun tahun lalu dimana ada yang terkandas di atas bukit bendera oleh sebab beberapa masalah teknikal keretapi yang sangat uzur. Bayangkanlah motor cabuk membawa muatan tinggi menaiki bukit? tak ke jam? he3. 87 tahun usia keretapi lama tu tau.

Tapi hari ini, Pra pelancaran projek naik taraf sistem baru kereta api telah pun dirasmi oleh Menteri Pelancongan Ng Yen Yen. Projek ni pastinya membaik pulih imej pelancongan disana dan tidak lansung kat Malaysia ni seluruhnya. Tak nafi, Malaysia banyak tempat menarik yang boleh tarik pelancong,tapi TEGAS! tak perlu buka pub atau kelab malam untuk tarik dieorang!! betul tak? 

Semoga pasni tak ada lagi rungutan dari pelancong baik dalam atau luar negara di Bukit Bendera.

Fakta Sistem Keretapi Baru Bukit Bendera :
Dijangka Siap: Hujung tahun 2010
Modal : 63 Juta Ringgit Malaysia
Buatan : Swiss
Muatan : 50 orang dan ada  Aircond
Berat n Panjang : 16 Tan berat & 16 Meter panjang
Kelebihan : 1 Jam boleh 1000 penumpang berbanding 250 sahaja sblm ni, ada sensor kesan pokok tumbang dan tanah runtuh, backup generator dan banyak lagi.

Lanunsepet : Tak pernah lagi pergi sana hu3... [ Berita penuh TheStar ]

Bawah ni gambar keretapi baru untuk Bukit bendera kita : 

Keretapi lama oldskool 87 tahun beb... credits : www.blogsempoi.com

credits : thestar photo [ nak juga ada 1 Malaysia tu...]

credits : thestar photo 

credits : thestar photo

08 October 2010

Konsert Adam Lambert Gay di Malaysia, Lanun bantah sekerasnya..

6 komen disini yer..
Salam...
Lanun disini ingin mengajak anda semua bersama membantah konsert Adam Lambert yang dijangka diadakan di Malaysia pada 14 Oktober nanti. Adam Lambert di kecam di Amerika tahun lalu apabila melakukan adegan lucah, berunsur seks, luar tabii dan budaya gay yang amat teruk di atas pentas di Anugerah Award Amerika. Beliau telah mencium seorang lelaki pemain keyboard dalam persembahannya.

Konsert si Adam Lambert..14.10 2010 ni... (www.ticketpro.com)

Membenarkan Adam Lambert membuat persembahan di Malaysia seakan akan mengiktiraf artis ini yang terang dan sah tidak bermoral. Lanun memohon kerajaan Malaysia membatalkan persembahan beliau di Malaysia yang pastinya akan bawa kesan buruk secara lansung dan tak lansung.

Bawah ni rakaman Adam Lambert dengan aksi lucahnya :
p/s : mahukan kita bawa artis macam ni masuk Malaysia? Artis Malaysia kalau tak bermoral pun kita benci.

27 September 2010

Selamat Hari Lahir ke 12 Google.. Google Darjah 6

1 komen disini yer..


Salam...
Blog Lanunsepet mengucapkan selamat hari lahir kepada Google Inc. Ia merupakan birthday Google yang ke 12 tahun ini. lanun terlewat ke? Google di diwujudkan pada September 27 1998. Nak tahu lebih lanjut pasal Google? keuntungan bersih Google? Siapa pengasanya? Apa sejarahnya? klik sini yer adik adik.

25 September 2010

Video Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin anak perempuan pengasas NAZA, Lanun tak kagum pun..

13 komen disini yer..
Salam...
Lanun tengok video ni mula mula di facebook, video ni berkisar tentang perkahwinan anak perempuan Allahyarham SM Nasimudin pengasas pada kilang kereta NAZA di Malaysia. Empayar NAZA siapa yang tidak kenal kan? NAZA mempunyai kerjasama bersama Ferrari juga untuk pengetahuan korang.

Dalam video rakaman ni, dengan tajuk Wedding of fairy tale, memang nampak gah sesetengah mata. Ramai gila yang kata kagum lah, hebat lah, teringin lah, tapi ada yang Lanun tak suka dalam video perkahwinan anak gadis pemilik NAZA tu. Apa dia?
  1. Campur campur? ada macam gaya barat, adat melayu, n ikut Islam pun ada.
  2. Kejap pakai tutup kepala kejap tak... pakai tudung tapi ada lelaki tak berbaju dan bercawat di belakang. (0:41)
  3. Lelaki hensem tough pengusung Nur nadia tu buka aurat? hanya cawat dan tak berbaju? x setuju!!. (0:40)
  4. Macam gaya greek stail barat. (0:40)
Lanunsepet : Maaf kalu korang tak suka dengan pendapat Lanun... bab gempak n meriah takpa sebab dia mampu. Tapi yang follow stail yang salah tu jar Lanun tak setuju. 



Versi video facebook dan di Youtube perkahwinan ini telah di delete kenapa ya?? 
Nak tahu bagaiman Lanun ambik video ni dari facebook letak di blog ? KLIK SINI

04 September 2010

Iklan Hari Raya TV3 2010 Macam Krismas : Sesat dan Terpesong, Ini Langkah Kita Boleh Buat..

9 komen disini yer..

credit to nurizspace blogspot atas embed video ni

Salam...
Lanun terfikir apakan tindakan yang sesuai untuk kita memohon supaya Tv3 menarik balik video iklan hari aidilfitri tahun ini yang jelas memesongkan akidah. Ia secara jelas mencampur adukkan elemen agama lain ke dalam perayaan agama Islam. Ini adalah salah dan haram.

Langkah yang boleh anda lakukan :
  1. Log in ke Facebook TV3 dan hantarkan komen pada "wall" desak Tv3 tarik balik
  2. Laman Facebook TV3 : http://www.facebook.com/TV3MALAYSIA
  3. Juga boleh dibuat di Twitter bagi yang ada Twitter : http://twitter.com/tv3malaysia
  4. Hantar email pada TV3 : feedback@tv3.com.my
  5. Buat Post di blog anda desak TV3 dan Media Prima
Pada pemerhatian Lanun, terdapat beberapa perkara dan elemen yang jelas songsang :
  1. Ada macam Santa Clause ( atok yang bawa beca tu ) macam krismas.
  2. ( beca terbang ) kendaraan Santa Clause elemen dari agama kristian.
  3. Ada bunga lotus / teratai elemen dari agama Buddha
  4. Pelita di atas bunga elemen dari Hindu perayaan Deepavali.
Antara kesalahan dari pemerhatian Lanun pada video iklan tu :
  1. Nak terap Kongsi raya kah? Kongsi adalah jelas diharamkan.
  2. Nak terap 1 Malaysia? Bukan ini caranya.
  3. Mengaitkan perayaan agama Islam dengan agama lain adalah diharamkan.
  4. Mencampur aduk dan menambah perkara yang bertentang dengan syariat Islam.
  5. Unsur unsur khurafat cuba dimasukkan ke dalam Aidilfitri.
  6. Pendedahan aurat dalam iklan.
  7. Tiada mesej yang disampaikan.
  8. Boleh menimbulkan keraguan pada kanak kanak.
Saranan Lanun pada pihak Media Prima dan TV3 sendiri tarik baliklah iklan ini. Jelas secara jelas iklan ini adalah bertentangan dengan perayaan Aidilfitri itu sendiri, Khurafat!. Kita perlu ingat Perayaan Agama seperti aidilfitri dan Ramadhan bukan seperti Hari kemerdekaan, ia tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara yang bercanggah dengan Islam.