Showing posts with label video tudung. Show all posts
Showing posts with label video tudung. Show all posts

06 May 2011

Video Majlis Pernikahan Yang Terbaik Untuk Muslimin & Muslimat

5 komen disini yer..

Salam..
Lanun kongsikan satu video yang Lanun ambil dari facebook [Ambil video dari facebook.. Bagaimana?] yang memaparkan satu majlis akad nikah seorang pasangan muslim dari mana Lanun tak tahu, siapa mereka pun Lanun tak tahu tetapi memaparkan satu suasana yang cukup simple tapi indah & harmoni cukup dengan pemakaian yang menutup aurat, besederhana serta dilengkapi ciri ciri yang dituntut oleh Islam turut diamalkan seperti solat sunat selepas nikah.

Semoga video ini menjadi contoh dan tauladan bakal pengantin dan mak andam yang skrg rajin mengabaikan aurat dalam majlis majlis perkahwinan sebegini. Ditambah pula beberapa adat yang tidak menepati Islam turut banyak dicampuradukkan dalam majlis sehinggakan dipandang serong apabila kita tidak melakukannya.


Terimakasih kepada Pasangan Pengantin dan Pemilik Video Asal

17 April 2010

Medan Perang Ke 2 Bermula Pukul 9 Pagi Ini....

6 komen disini yer..
Salam...

Kejap Lagi Lanun akan bertolak ke kampus untuk attend Final Exam Paper yang kedua untuk semester ni. Hari tu 14hb yang pertama dah pun selesai meninggalkan ketidak yakinan ala ala penyesalan pada jawapannyer he3 hmm... forget it lor. Guys and Girl... Korang semua doakan Lanun k, semoga Lanun mudah menjawab, mudah paham, dan InsyaAllah dapat keputusan yang cemerlang sem ni. Tak dapat naik pointer , maintain pun jadilah kan. Sem last ni naik takkan naik banyak pun kalu ikutkan.

Ok, Lanun nak wat preparation terakhir..persiapan menuju medan kedua ha3. Hopefully, ape yang Lanun hafal and baca malam tadi keluar jap g.. Kalau tak nangis tak berlagu la jap g dalam dewan tu. Adios.. Salam...

22 January 2010

Cara Awak Tutup Aurat Tu Salah.... :-)

19 komen disini yer..
Salam..
Terdetik di hati Lanun untuk menyampaikan sedikit pesanan atau peringatan bagi kaum hawa yang bergelar muslimah berkenaan dengan aurat ni. Lanun cuba cari isi yang lengkap berkaitan masalah aurat ni, dan  alhamdulillah, Lanun dapat banyak info dr satu forum Portal Komuniti Muslimah Hanan,  Penulis ini telah merujuk pada website Ustaz Zaharuddin.

Antara penjelasan yang diberikan oleh ustaz, penulis paparkan di bawah. Sama-sama lah kita renungkan dan ambil iktibar serta perbaiki amalan diri kita.