Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

06 May 2011

Video Majlis Pernikahan Yang Terbaik Untuk Muslimin & Muslimat

5 komen disini yer..

Salam..
Lanun kongsikan satu video yang Lanun ambil dari facebook [Ambil video dari facebook.. Bagaimana?] yang memaparkan satu majlis akad nikah seorang pasangan muslim dari mana Lanun tak tahu, siapa mereka pun Lanun tak tahu tetapi memaparkan satu suasana yang cukup simple tapi indah & harmoni cukup dengan pemakaian yang menutup aurat, besederhana serta dilengkapi ciri ciri yang dituntut oleh Islam turut diamalkan seperti solat sunat selepas nikah.

Semoga video ini menjadi contoh dan tauladan bakal pengantin dan mak andam yang skrg rajin mengabaikan aurat dalam majlis majlis perkahwinan sebegini. Ditambah pula beberapa adat yang tidak menepati Islam turut banyak dicampuradukkan dalam majlis sehinggakan dipandang serong apabila kita tidak melakukannya.


Terimakasih kepada Pasangan Pengantin dan Pemilik Video Asal

05 May 2011

Kelantan : Sultan Tuanku Muhammad Faris Petra V Berkahwin Tidak Lama Lagi

3 komen disini yer..

Salam..
Rakyat Kelantan bakal mendapat raja perempuan yang baru tidak lama lagi, Dalam sesi temuramah Yayasan  Kelantan Sultan Kelantan @ Tuanku Muhammad Faris Petra @ Sultan Muhammad V [Wikipedia] menjawab soalan wartawan apabila ditanya adakah baginda bakal berkahwin tidak lama lagi.

Baginda menjawab dengan berkata "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul, Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya,". Baginda merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra. Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata. [Berita asal - Mkini]

Sultan ini lah sultan yang paling berhati rakyat jelata pernah Lanun lihat, ia boleh menjadi imam dan mempunyai karakter yang rendah diri. Harapan Lanun semoga raja perempuan yang baru  mempunyai ciri ciri wanita dan Isteri Solehah. InsyaAllah.. Tahniah Tuanku.

10 April 2011

Video Ratu Cantik Pondan Nyah Malaysia di Youtube, Siasat segera!

4 komen disini yer..
Salam..
Lanun dah tonton video ni sebelum [di blog Mazidul Akmal Sidek 999] disiarkan beritanya di Metro Ahad hari ni. Video ini bertajuk Miss Malaysia Pahang 2010 [yang ni dah di private oleh owner] di Youtube. Tetapi di dalam Metro Ahad ia dikatakan dibuat di Pantai Timur? Hmm.. Lanun ingatkan dia buat di Pahang?

Malaysia = Thailand ?
Dalam video ini dipaparkan nyah nyah meragakan pakaian dan membuat pertandingan ratu cantik, dah macam di Thailand. Tak sangka dalam sibuk pihak berwajib membanteras perkara ini, maksiat sebegini masih berleluasa dengan mengadakan majlis agak grand Lanun lihat. Jika kita tidak banteras maksiat ini pastinya kita mengundang murka Allah pada kita, pemimpin kita dan Bala Allah pasti tak kan terhalang untuk menimpa kita.

Channel Youtube Arezeo? Siasat!
Korang semua boleh jugak lihat video maknyah lain [tak taulah kalau owner dia dah delete] ini di Channel Youtube Arezeo yang memaparkan lebih banyak koleksi video yang lebih dahsyat!!! dan memalukan Malaysia yang "dikatakan" negara majoriti penduduk Islam. Lanun harap pejabat agama menyiasat siapakah pemilik Channel Youtube Arezeo ni yang Lanun tengok menyimpan banyak video event golongan ini.

PERHATIAN : VIDEO ASAL DARI AREZEO TELAH DI DELETE / PRIVATE KAN!!! OLEH PEMILIH CHANNEL AREZEO , video di bawah adalah salinan kedua oleh MovieKita TQ n credit pada beliau sebab buat copy.

Macam macam gimik dalam video ini, yang Lanun lihat direka reka? 
entah betul ke tidak wakil dari wakil dari negeri sekian sekian.

28 September 2010

Video Perkahwinan anak pemilik NAZA dah dibuang?

5 komen disini yer..
Salam...
Lanun perasan pagi ini video perkahwinan anak gadis juwatan SM Nasimudin iaitu Nur Nadia telah pun tidak ada lagi. Begitu juga video rasminya perkahwinan itu di facebook video dan Youtube Channel Manggis Production juga telah tidak ada.

versi youtube juga sudah tidak ada...

Kenapa yer? (walaupun dieorang buang ade orang dah buat copy...)

Artikel Lanun sebelum ni : Video Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin anak perempuan pengasas NAZA, Lanun tak kagum pun..