05 May 2011

Kelantan : Sultan Tuanku Muhammad Faris Petra V Berkahwin Tidak Lama Lagi


Salam..
Rakyat Kelantan bakal mendapat raja perempuan yang baru tidak lama lagi, Dalam sesi temuramah Yayasan  Kelantan Sultan Kelantan @ Tuanku Muhammad Faris Petra @ Sultan Muhammad V [Wikipedia] menjawab soalan wartawan apabila ditanya adakah baginda bakal berkahwin tidak lama lagi.

Baginda menjawab dengan berkata "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul, Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya,". Baginda merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra. Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata. [Berita asal - Mkini]

Sultan ini lah sultan yang paling berhati rakyat jelata pernah Lanun lihat, ia boleh menjadi imam dan mempunyai karakter yang rendah diri. Harapan Lanun semoga raja perempuan yang baru  mempunyai ciri ciri wanita dan Isteri Solehah. InsyaAllah.. Tahniah Tuanku.
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

J.M.R said...

daulat tuanku..

jaya jr said...

sultan paling steady dan berjiwa rakyat..

jemarioren said...

semoga dipermudahkan urusannya