18 May 2011

Makak & Mengancau Di Mukah

Salam...
Lanun sempat join kawan kawan yang tinggal di Mukah untuk buat aktiviti bersama orang orang kampung. Antara aktiviti penduduk di sini adalah Makak dan Mengancau. Apa itu Makak? Makak ni aktiviti menangguk udang halus @ bubuk menggunakan pakak. Mengancau pula adalah menarik pukat @ ancau nama yang digunakan di Mukah.

Udang Bubuk yang halus ni banyak gunanya, dan memang sedap. Boleh buat keropok, cucur, belacan dan boleh makan macam tu saja. Mengancau pulak hasilnya ikan ikan pelbagai spesies, 300 meter dari pantai 1 kali tarik pukat boleh dapat 1 baldi penuh ikan dan udang @ paya (panggilan di mukah) sepanjang 4 inci.

Ini lah aktiviti penduduk Mukah, jadi Lanun n kawan kawan pun joinlah sama untuk rapatkan silaturrahim, akhir program kami buat gotong royong sket daan bersurai dengan suasana ukhuwwah yang cukup harmoni. Pada siapa yang baru posting Mukah tu, jangan lupa cuba aktiviti ni dan jangan terkejut ada yang dah lama di Mukah tapi tak pernah cuba Makak dan Mengancau.

p/s : Nak cuba try? risik risik lah dengan Lanun mana tahu ada nak turun ke laut hujung minggu.. Istimewanya Mukah kaya dengan hasil laut. Subhanallah.

Penerangan menggunakan Pakak untuk aktiviti Makak oleh Abg Kasi

mencuba skill dan rezeki masing masing..


Sahabat Lanun mencuba Makak..
udang bubuk yang di tangkap..

Mengancau @ Menarik Pukat

Ikan hasil tangkapan..terus BBQ.



Blog Widget by LinkWithin