07 May 2011

Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 3


Part 1 : Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 1
Part 2 : Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 2

Dibawah ini Lanun kongsikan email yang terbaru selepas Lanun berbalas email dengan si lailafaisal@hotmail.co.uk atau Romance Scammer. Dia mula cuba meminta alamat kita dan nombor telefon Lanun untuk meneruskan penipuannya kononnya untuk suprise gift. Ha3.

Taktik yang sama, mungkin geng yang sama. Harap pihak polis dapat menyiasat dan menangkap kumpulan ini yang mungkin tinggal dalam Malaysia. Semoga dengan pendedahan ini tidak ada yang tertipu dengan gaya penipuan yang sangat murahan ini.

Email 6 : Dalam email ke 5 dia kata nak bagi "suprise gift", jadi Lanun pun buat buatlah teruja untuk terima hadiah tu. Kemudian hari ini si Laila Romance Scammer ni pun reply : 

but you have to promise me something, you have to be honest with me, i need no money from a man,i know my dear, you have such quality i need from a man. please honey don’t allow anything to come between the both of us, try your best to be honest to me, i need this information to send the gift i have for you,

Dear please send me your personnel details,
Your full Name:
Your full House Address:
Your Mobile or Contact Number:
And Email Address:

That i will use .This is my mobile number +447031899562, please my dear try your best to be very honest with me and my family. Have a blissful day. kissssssssss.hope to hear from you soon.

Dalam email terbaru ni dia dah mula minta alamat, Mungkin disinilah sindiket seperti Laila Mohd Faisal ( lailafaisal@hotmail.co.uk) memerangkap mangsa dengan meminta nombor telefon, dan alamat untuk menghantar "package" yang kononnya "hadiah" atas dasar hubungan yang berusia 2,3 hari sahaja. Memang kelakar ha3.

Selepas meminta alamat taktik mereka mungkin seperti berikut :
  1. Mengirim "hadiah" pada mangsa, kemudian mendakwa "hadiah" @ bungkusan tersebut ditahan di kastam. Kemudian geng sindiket ini akan menyamar sebagai pegawai kastam / kourier dan meminta wang kononnya untuk melepaskan bungkusan tersebut. 
  2. Ataupun menggunakan mangsa sebagai keldai dadah dengan memberi bungkusan untuk disampaikan kepada orang tertentu, dan tanpa disedari apa isi didalamnya.
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

Al-Syarqawi said...

saya pun ada dpt jgk email dr laila faisal. dr uk la, kacukan malaysia dan england la. nak dtg malaysia. nak minta tolong bwkan dia di jalan2 kat sini. ada pulak macam tu. lepas tu nak beli rumah kat sini la, nak melabur kat msia la, habih dia minta tolong saya. ingat saya bdk2. speaking dah la ntah ape ape. grammer berteabur. ..jgn tertipu..