16 May 2011

Selamat Hari Guru 2011 Buat Cikgu Cikgu Seluruh Malaysia

Salam...
Selamat Hari Guru Lanun ucapkan pada semua cikgu cikgu seluruh Malaysia, tak lupa juga pada bakal isteri Lanun yang juga seorang Guru di Johor. Jutaan Terimakasih buat cikgu cikgu yang memang tegas dan gigih  memberi tunjuk ajar, kalau tak kerana kenal ABC, Mengeja dan Membaca maka tidaklah Lanun berjaya sebegini. Alhamdulillah...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
-Allahyarham Usman Awang-

Lanun harap kalian akan terus berjaya dalam karier dan dalam apa juga yang kalian involved. Kalian semua adalah insan terpilih memegang amanah ini, jadi lunaskan dan tunaikanlah amanah itu dengan penuh tanggungjawab. Apa yang kita tanggung itulah yang pasti kita kena jawab.

Selamat Hari Guru :-) Terima Kasih Cikgu.
Blog Widget by LinkWithin

2 komen disini yer..:

paiz said...

slamat hari guru dude

fynahere said...

smlm fyna n fmly dpt tempahan masak untuk 500 orang semperna hari guru ni.. =.= hehe selamat hari guru untuk semua cikgu2