Showing posts with label cuti hari pekerja. Show all posts
Showing posts with label cuti hari pekerja. Show all posts

16 May 2011

Selamat Hari Guru 2011 Buat Cikgu Cikgu Seluruh Malaysia

2 komen disini yer..
Salam...
Selamat Hari Guru Lanun ucapkan pada semua cikgu cikgu seluruh Malaysia, tak lupa juga pada bakal isteri Lanun yang juga seorang Guru di Johor. Jutaan Terimakasih buat cikgu cikgu yang memang tegas dan gigih  memberi tunjuk ajar, kalau tak kerana kenal ABC, Mengeja dan Membaca maka tidaklah Lanun berjaya sebegini. Alhamdulillah...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
-Allahyarham Usman Awang-

Lanun harap kalian akan terus berjaya dalam karier dan dalam apa juga yang kalian involved. Kalian semua adalah insan terpilih memegang amanah ini, jadi lunaskan dan tunaikanlah amanah itu dengan penuh tanggungjawab. Apa yang kita tanggung itulah yang pasti kita kena jawab.

Selamat Hari Guru :-) Terima Kasih Cikgu.

06 April 2011

Senarai Calon Pilihan Raya DUN Sarawak 2011

0 komen disini yer..

Salam...
Hari ini adalah Hari Penamaan calon PR DUN Sarawak, jadi Lanun kongsikan DIBAWAH ni senarai calon calon yang bertanding dalam pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak bagi tahun 2011 ini. Terdapat 71 Dun kesemuanya yang menyaksikan kesemua tempat berlaku pertandingan tanpa menang tanpa bertanding. 

Sebelum ini pilihanraya adalah pada 20mei 2011 dan kali ini ia akan berlansung pada 16 April dengan tempoh masa 10 hari berkempen. Pada para pengundi di Sarawak pilihlah dengan bijak. Lanun tak boleh lah mengundi walaupun dok disini he3.
Sumber : Malaysiakini 

01 May 2010

4 Kategori Ragam Pekerja : Agak Agaknya Anda Pekerja Di Kategori Mana?

5 komen disini yer..
Salam...
Selamat hari Pekerja Lanun ucapkan pada semua yang bergelar Buruh or Pekerja. Sesungguhnya apa yang kita buat sekarang masing masing menyumbang pada pembangunan negara tercinta kita nih. Jika kita tepati syarat nya kerja kita akan mendapat pahala bila ia capai tahap ibadah. Hmm..Ni kali ke berapa agaknya korang sambut hari pekerja sejak makan gaji? Mungkin ada yang dah berpuluh tahun mungkin, tak pun ni baru first time sambut hari pekerja.

Lanun nak citer sini pasal kategori pekerja yang Lanun dapat spesifikasikan mengikut cara dan gaya bekerja. Dari sini korang boleh tengok di kategori mana kah korang? Pekerja jenis macam mana aku nih.

1. Pekerja Kategori "Career"

Kategori ni korang sangat sangat addicted dengan kerja korang. Korang sanggup balik lewat untuk siapkan kerja. Demi kenaikan pangkat sebab tahu pangkat yg tinggi janjikan gaji yang lagi tinggi. Boss memang bangga dengan korang sebab ada pekerja macm ko, kalu ada 10 lagi kan bagus katenyer. Tapi kerana addicted dengan career korang tak selalu sangat spend masa dengan family sebab lebih pentingkan career, tapi niat still baik untuk family.

2. Pekerja Kategori "Family"

Jenis ni korang bekerja dengan niat untuk bantu dan tingkatkan ekonomi family. memang suci murni niat korang not more than that, n tak dalah fikir sangat jawatan tinggi ni or kekayaan, bagi korang apa gunanya jawatan n gaji tinggi tapi masa dengan family kurang. Prestasi korang dalam company still ok tapi tak la bersungguh sungguh sampai asyik balik lewat jar.

3. Pekerja Kategori "Ala Kadar"

Pekerja kategori ni lain sket, nak kata sederhana pun macam tak sesuai pulak. Dalam kategori ni korang jenis yang relaks, kalu boss tak suruh korang pun tak buat. Bila boss suruh buat projek, korang pun siapkan janji capai target, takda pun nak bagi gempak gempak untuk impress kan majikan korang. Sebab bagi korang buat apa buat hebat hebat, buat penat jar janji gaji cukup nak sara hidup korang. Jenis ni korang memang tak padang pun jawatan and tak kisah pun kawan sekerja naik pangkat. Ade aku kisah?

4. Pekerja Kategori "Badan tanpa jiwa"

Jenis ni special sket jiwa takda sekali dengan badan., sebab hanya badan jar yang bekerja. Jiwa korang tak tahu lah melayang kemana. Dalam kategori ni korang seorang pekerja yang buat kerja biase biase jer. Kalu buat hebat pun jarang sekali sebab macam memenuhi tanggungjawab jer, feel pade keje tu macam takda pun. Ni jadik mungkin sebab kerja yang korang sedang lalui tu bukan cita cita korang, tak suka ngan kerja tu rase nak tukar kalu boleh, tapi terpaksa la jugak kerja demi duit and no choice.