01 May 2010

4 Kategori Ragam Pekerja : Agak Agaknya Anda Pekerja Di Kategori Mana?

Salam...
Selamat hari Pekerja Lanun ucapkan pada semua yang bergelar Buruh or Pekerja. Sesungguhnya apa yang kita buat sekarang masing masing menyumbang pada pembangunan negara tercinta kita nih. Jika kita tepati syarat nya kerja kita akan mendapat pahala bila ia capai tahap ibadah. Hmm..Ni kali ke berapa agaknya korang sambut hari pekerja sejak makan gaji? Mungkin ada yang dah berpuluh tahun mungkin, tak pun ni baru first time sambut hari pekerja.

Lanun nak citer sini pasal kategori pekerja yang Lanun dapat spesifikasikan mengikut cara dan gaya bekerja. Dari sini korang boleh tengok di kategori mana kah korang? Pekerja jenis macam mana aku nih.

1. Pekerja Kategori "Career"

Kategori ni korang sangat sangat addicted dengan kerja korang. Korang sanggup balik lewat untuk siapkan kerja. Demi kenaikan pangkat sebab tahu pangkat yg tinggi janjikan gaji yang lagi tinggi. Boss memang bangga dengan korang sebab ada pekerja macm ko, kalu ada 10 lagi kan bagus katenyer. Tapi kerana addicted dengan career korang tak selalu sangat spend masa dengan family sebab lebih pentingkan career, tapi niat still baik untuk family.

2. Pekerja Kategori "Family"

Jenis ni korang bekerja dengan niat untuk bantu dan tingkatkan ekonomi family. memang suci murni niat korang not more than that, n tak dalah fikir sangat jawatan tinggi ni or kekayaan, bagi korang apa gunanya jawatan n gaji tinggi tapi masa dengan family kurang. Prestasi korang dalam company still ok tapi tak la bersungguh sungguh sampai asyik balik lewat jar.

3. Pekerja Kategori "Ala Kadar"

Pekerja kategori ni lain sket, nak kata sederhana pun macam tak sesuai pulak. Dalam kategori ni korang jenis yang relaks, kalu boss tak suruh korang pun tak buat. Bila boss suruh buat projek, korang pun siapkan janji capai target, takda pun nak bagi gempak gempak untuk impress kan majikan korang. Sebab bagi korang buat apa buat hebat hebat, buat penat jar janji gaji cukup nak sara hidup korang. Jenis ni korang memang tak padang pun jawatan and tak kisah pun kawan sekerja naik pangkat. Ade aku kisah?

4. Pekerja Kategori "Badan tanpa jiwa"

Jenis ni special sket jiwa takda sekali dengan badan., sebab hanya badan jar yang bekerja. Jiwa korang tak tahu lah melayang kemana. Dalam kategori ni korang seorang pekerja yang buat kerja biase biase jer. Kalu buat hebat pun jarang sekali sebab macam memenuhi tanggungjawab jer, feel pade keje tu macam takda pun. Ni jadik mungkin sebab kerja yang korang sedang lalui tu bukan cita cita korang, tak suka ngan kerja tu rase nak tukar kalu boleh, tapi terpaksa la jugak kerja demi duit and no choice.
Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

aida said...

baru nak cube bekerja... harap22 dalam kategori ke 2~

rizal jabai said...

yg ke2 tu berkat idop sepjg hayat...bekerja kerana family..hee

sarah shafie said...

aku tk keje lg..hehhe..

B L O G D E T said...

im just a blogger..
not worker yet..
btw, entry yang menarik utk di baca..paling best kategori family tuu-hoho ;D

Nashays said...

semua kategori di atas..bergantung kepada mood nyer..lalala..