30 May 2010

Tips Simple Rehatkan Mata Buat Orang Yang Sayang Mata...

Salam..
Terkebil kebil mata Lanun merenung skrin, macam mata katak bila kene simbah air. Mengadap skrin komputer ni lama lama memang bahaya, semua orang tahu. Tapi Lanun degil hmm.. pernah dari pagi sampai malam dok depan notebook jar, kes nak jadi blogger tegar :-p korang ade gtu? Kalau belum kene try.

Mintak jauh lah kan sakit mata, rabun ke, ape ke kan. Alhamdulillah hari ni masih cerah lagi dan pergi cek kat kedai spec pun doktor kata takyah pakai spec heheh... ok la tu kan? syukur banyak banyak.


Pada yang mata ok lagi tu jaga lar, tahu la blogger tegar tapi kasi rehat sket mata k (cakap kat diri sendiri). menghadap lama skrin sebenarnya beri stress yang tinggi kat ainun kita ni. Ahaa..jadi bawah ni Lanun nak share sedikit info macam mana nak rehatkan mata untuk mata mata blogger dan mata mata facebook,  yang tugasnya mencangok didepan skrin. sumber dari Klinik Ummi  edited by  Lanun :
  1. Gerakkan biji mata anda dalam bulatan-bulatan besar dalam kedua-dua arah
  2. Lihat untuk kedua belah seboleh-bolehnya dan kemudian pergi dari atas ke bawah.
  3. Imbas sebuah teks khayal di dinding dari kiri ke kanan.
  4. Tengok kawasan yang luas, pokok, atau langit
  5. Pandang luar tingkap pandang sejauh mungkin kemudian patah balik ke titik/objek paling dekat (macam zoom out zoom in) buat beberapa kali.
  6. Urut urut sket sekeliling mata guna jari, tekan dan pusing pusingkan secara slow.
  7. Pejam mata tidurlah sekejap.
Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

Lepat Pisang said...

Wow!hebat dan mantap tips dari hang,lanun!lepaih ni lepat kena praktiklah ni..he..e..

Ery Farieha said...

nice info~
tp rabun da pun. huhuhuh

LaNuNsepet said...

dah rabun pun kena jaga jugak kan..
:-)

hBz said...

atok hang. haha..

niesz said...

thanx for sharing..ehe..mmg bergune..mata niesz selalu penat..