13 May 2010

13 Mei... Dan Al-Arqam, Ashaari Muhammad...

1. 13 Mei, Sayangkan perpaduan..

Salam...
Hari ni 13Mei rupenyer, ia macam hari biasa sepeti hari lain, tak terfikir pun pasal tragedi tu dah. Generasi muda mmg tak perlu lagi rasa emosi bila lagi 13 Mei, ini masa untuk kita orang muda memacu negara kite sayang ni kearah yang lebih jelas dan sejahtera. Lanun petik satu pendapat seorang lelaki tua yang melalui hari gelap 13 Mei.

Sekarang jika isu ini dipolitikan hanya orang yang tidak berpengetahuan sahaja yang akan terpedaya."Saya berasa menyesal kerana peristiwa ini telah membawa kepada keganasan dan pembunuhan. Cuba kita lupakan tentang peristiwa 13 Mei untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran dalam hidup.

Yang baik jadikan teladan.. Yang buruk jadikan sempadan.. Lanun sayangkan perpaduan semua kaum di Malaysia...

2. Ashaari Muhammad meninggal dunia, Al fatihah..

Satu lagi updates Lanun nak sampaikan, Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang hari ini kerana jangkitan paru-paru. Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh. Al fatihah...
Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: