26 May 2010

Ada Ape Dengan Judi?

Salam..
Lagi pasal judi bola sepak sempena FIFA 2010 Afrika ni. Korang tau kan sekarang kecoh pasal kerajaan dah luluskan "lesen" pada Berjaya Corporation untuk handle judi bola sepak melalui cawangan TOTO (Tolong Orang Tipu Orang).

Dulu memang ada satu cadangan suruh Malaysia gabungkan perjudian sket dalam Bola Sepak kat negara kita ni. Baru la boleh naik sebab kita tau dari judi memang boleh banyak dapat untung sebab berlambak lambak orang beli nombor. Dari lah ke non muslim hinggalah ke melayu beli nombor. Tapi alhamdulillah usaha tu tak berjaya.

Kenapa kita kena halang judi ni? kenapa kita tak bagi? walaupun hanya untuk orang non muslim sahaja tetap tak bagi? Ni Lanun senaraikan sket sebab apa judi ni haram, actually Lanun geram sebab orang tak ambik endah pun hal ni. Judi akan hasilkan tahi judi yer anak anak, tahi judi yang :
  1. Judi akan hasilkan orang yang syirik. Sebab ape? percaya pada nasib, bila nak tikam nombor mula lah ke bomoh, kubur, tilik nasib, buat penyembahan, ni syirik. Syirik = neraka selama lamanya.
  2. Ketagih, bila dah main, tak menang, tengok orang lain main menang. Mula lah nak beli lagi. Lama kelamaan duit habis kat judi beli nombor. Padahal boleh guna untuk lain kan?
  3. Dari ketagih boleh datang geram dan sifat dengki jugak amarah. Bila dah emosi anak bini? kat mana? tali pinggang? penampar? kat penyepak? Banyak kes der.. Rumah tangga jadi  tunggang langgang.
  4. Jadi pemalas, judi akan buat korng jadi malas. Dok berharap nombor kena jar. Tikam dan tikam lagi, impikan nombor kena. Padahal penuh orang beli, nak kena ingat senang ke? tu bila dah malas tanggungjawab mula la terabai.
  5. Kalau kena, hidup takkan berkat. seronok ke kalau kena duit nombor? silap silap jadi target perompak. ada yangkena pukau, jadi bahan hasad dengki dan aniaya orang.
  6. Duit yang korang guna "wang panas" takkan berkat, beli ape akan mudah rosak, accident, tak tahan lama dan paling takut makan tuan nyer sendiri.
  7. Kalau korang bagi anak bini makan guna "wang panas" siap sedialah. Anak anak akan jadi buas, dan jangan la salahkan isteri, cikgu kalau anak tak menjadi. Cuba cek ape yang bagi makan anak tu.
  8. Judi ni lebih kepada penipuan sebenarnya. Wang yang penganjur dapat berlipat ganda dari hasil yang kita beli nombor tu. Penipuan ni taknaklah jadi budaya dalam negara and masyarakat kita.
Sekian... Lanun membantah pemberian lesen judi..korang??
Blog Widget by LinkWithin

10 komen disini yer..:

zaryl said...

yup. sokong 110%!

sarah shafie said...

aku bntaha jgk..sgt x stuju..

LaNuNsepet said...

he3.. yeah..
gud job geng..

sud@is said...
This comment has been removed by the author.
sud@is said...

Men. di JPM tu awat senyap je....

LaNuNsepet said...

pernah ustaz ceramah dulu..
dia kata ulama yang betul.
dia akan cerita dua2..
khabar gembira - buat yg taat
khabar buruk - buat yg engkar..

kalau dier duk citer benda buat ni dpt ni, dpt pahala, ganjaran,itu ini, mahligai, syurga, tapi..

tak cerita neraka.. kalau buat pekara tu kena balas, kena balasan tu balasan ini, tu bukan ulama. dia cuba sembunyikan khabar buruk buat yg ingkar.

Lucy S. said...

my dad ckp, eventhough utk non muslim je, kita ni duduk kat negara islam, so non muslim ni kena ikut cara kita. kalau dah haram tu, haram la jgk =.="

niesz said...

kalau da name nye judi..mmg haram!haram!haram!

LaNuNsepet said...

yer judi ni dari dulu lagi dah kata haram..

tp tu lar kan, ramai dah bangkang keputusan kerajaan tu, harap dieorg tarik balik.

LaNuNsepet said...

tq to alynotnot n niesz sebab sokong usaha ni. :-)