Showing posts with label judi bahaya. Show all posts
Showing posts with label judi bahaya. Show all posts

16 May 2011

Top 3 Blogger Of Year WWWOW Awards

0 komen disini yer..
Salam..
Semua pernah dengar Digi WWWOW Awards? Award untuk blog ataupun lamanweb paling popular 1 Malaysia yang sedang hangat di pertandingkan sekarang. Ramai yang dah masuk, termasukklah otai otai blogger yang cukup terkenal seperti ben ashaari, dan just khai.

Macam2 kategori dipertandingkan pertama kali ni, antaranya top makan, top kaypoh, fave tech head, must follow personality, top LOL dan yang paling hangatt Blogger Of The Year!. Untuk kategori Blogger Of The Year peserta sudah mencecah 1154Pemenang setiap kategori akan menerima RM5000. Setakat hari ni ek ranking Top 3 dari 1154 Blogger of the year sekarang ni dipegang oleh 3 orang iaitu :

++ Rank Pertama : Inianwarhadi.com
++ Rank Kedua : Benashaari.com
++ Rank Ketiga : Mialiana.com

p/s : kedudukan ini masih boleh berubah sebab masa contest masih panjang..

Contest ni akan tamat pada 20 June dan Pemenang akan di umum 3 Julai nanti. All the best buat yang bertanding. Dan jangan lupa pada belum daftar Pertandingan anugerah blog paling popular di Blog Coretan Anuar bolehlah register di link ini, siapa tahu anda berpeluang bawa balik hadiah menarik : Coretan Anuar : Daftar Masuk Pertandingan!

26 May 2010

Ada Ape Dengan Judi?

10 komen disini yer..
Salam..
Lagi pasal judi bola sepak sempena FIFA 2010 Afrika ni. Korang tau kan sekarang kecoh pasal kerajaan dah luluskan "lesen" pada Berjaya Corporation untuk handle judi bola sepak melalui cawangan TOTO (Tolong Orang Tipu Orang).

Dulu memang ada satu cadangan suruh Malaysia gabungkan perjudian sket dalam Bola Sepak kat negara kita ni. Baru la boleh naik sebab kita tau dari judi memang boleh banyak dapat untung sebab berlambak lambak orang beli nombor. Dari lah ke non muslim hinggalah ke melayu beli nombor. Tapi alhamdulillah usaha tu tak berjaya.

Kenapa kita kena halang judi ni? kenapa kita tak bagi? walaupun hanya untuk orang non muslim sahaja tetap tak bagi? Ni Lanun senaraikan sket sebab apa judi ni haram, actually Lanun geram sebab orang tak ambik endah pun hal ni. Judi akan hasilkan tahi judi yer anak anak, tahi judi yang :
  1. Judi akan hasilkan orang yang syirik. Sebab ape? percaya pada nasib, bila nak tikam nombor mula lah ke bomoh, kubur, tilik nasib, buat penyembahan, ni syirik. Syirik = neraka selama lamanya.
  2. Ketagih, bila dah main, tak menang, tengok orang lain main menang. Mula lah nak beli lagi. Lama kelamaan duit habis kat judi beli nombor. Padahal boleh guna untuk lain kan?
  3. Dari ketagih boleh datang geram dan sifat dengki jugak amarah. Bila dah emosi anak bini? kat mana? tali pinggang? penampar? kat penyepak? Banyak kes der.. Rumah tangga jadi  tunggang langgang.
  4. Jadi pemalas, judi akan buat korng jadi malas. Dok berharap nombor kena jar. Tikam dan tikam lagi, impikan nombor kena. Padahal penuh orang beli, nak kena ingat senang ke? tu bila dah malas tanggungjawab mula la terabai.
  5. Kalau kena, hidup takkan berkat. seronok ke kalau kena duit nombor? silap silap jadi target perompak. ada yangkena pukau, jadi bahan hasad dengki dan aniaya orang.
  6. Duit yang korang guna "wang panas" takkan berkat, beli ape akan mudah rosak, accident, tak tahan lama dan paling takut makan tuan nyer sendiri.
  7. Kalau korang bagi anak bini makan guna "wang panas" siap sedialah. Anak anak akan jadi buas, dan jangan la salahkan isteri, cikgu kalau anak tak menjadi. Cuba cek ape yang bagi makan anak tu.
  8. Judi ni lebih kepada penipuan sebenarnya. Wang yang penganjur dapat berlipat ganda dari hasil yang kita beli nombor tu. Penipuan ni taknaklah jadi budaya dalam negara and masyarakat kita.
Sekian... Lanun membantah pemberian lesen judi..korang??