Selamat Sejatera...
Petang tadi Lanun buka laman web MalaysiaKini, berita hari ni tunjuk SUPP cuba gunakan isu Negara Islam untuk lawan DAP. Seperti kita tahu satu pilihanraya akan diadakan di Sibu. Pertembungan antara DAP dan SUPP.
SUPP telah gunakan satu poster bendera PAS di tengah tengah lambang bulan diletakkan satu hidangan Mee Kampua hidangan popular masyarakat Foochow di Sibu. Mee kampua ni mee yang mengandungi bahan dari babi. Jadi SUPP cuba nak kata kat sini bahawa dengan undi DAP, akan membawa malaysia sabah n sarawak kepada negara Islam dan mereka takkan dapat makan lagi mee kampua ni sebab Islam haramkan babi. SUPP cuba kaitkan dengan pakatan PAS dan DAP dalam pakatan rakyat serta hasrat PAS untuk menegakkan negara kebajikan berdasarkan Islam. Dakwaan SUPP ini adalah tidak benar.
Lanun seru kepada semua kawan kawanku Kaum Cina, India, Non Muslim Di Malaysia Sabah Sarawak terutama di Sibu harap jangan tertipu dengan dakyah ni. Mereka cuba mengongkong informasi kita sehingga kita paham sesuatu itu dengan cara yang salah. Lanun nak katakan kat sini :
- Babi itu haram hanya pada orang Islam.
- Islam tak larang orang non muslim makan babi atau makanan yang diharamkan oleh Islam.
- Mee Kampua atau hidangan lain yang sepertinya tidak akan di hapuskan.
- Islam tidak paksa orang non muslim memeluk agama Islam.
- Islam adalah cara untuk mencapai keamanan dan kesaksamaan yang tulin.
- Islam mengajak ke arah kebaikan.
- Jangan terpengaruh dengan berita sebelum mendapat penjelasan, ini satu tindakan yang buat kita seperti budak budak.
Lanun sayangkan kesatuan kita, sudah berpuluh tahun kita hidup bersama... India Cina Melayu pasti boleh bersatu menolak penindasan. Pada pengundi Sibu, undi lah calon yang bersih.
2 komen disini yer..:
Memang benar. Apa-apa propaganda SUPP memang misleading! Biar kita vote untuk DAP dan sama sama kita tengok nanti kalau mee kampua hilang dari masyarakat Sibu. Ho Leng sendiri pun peminat mee kampua, haha!
Kotor betul permainan politik mereka.
Post a Comment