16 May 2010

Ontheway Balik Karnival K3G : Kemalangan Pakcik Tua...Di Highway KL-Melaka,

Salam...
Hari ni 15 Mei, kami budak BENE & BENC (3 bas), buat satu trip ke karnival kerjaya dan keusahawanan anjuran MOHE (k3g) kat PWTC. Selesai di karnival kami pun bergerak lah balik semula ke Melaka. Masa kami ontheway balik ke melaka kami selisih dengan satu accident,baru jer accident tu jadi. Ape yang Lanun nampak seorang pakcik tua accident, tak silap Lanun pakcik tu orang cina.

Nampak 2 motor, 1 dah terbaring. Sah lah accident antara motor dan motor. Pakcik tu ngan motor dier dah terlantar, mata terpejam, tp masih tercungap2 bernafas lagi, kepala dier berdarah hu3. Simpati sangat masa tu. Alhamdulillah ada orang datang berhenti and tolong buat panggilan kecemasan. Driver bus kiteorg pun bertindak buat emergency call untuk hantar ambulan kat pakcik tu hu3..tu jer mampu tolong.

Selang depan 2 meter, ade sorang lelaki, rasanya budak muda. Pakcik tua tu accident dengan budak tu la kalau tak silap, sebab dia ngah terbaring tersandar kat divider jalan, sambil mesej, ngah luruskan kaki nampak macam dier ngah dalam kesakitan. Lepas buat panggilan kiteorg terpaksa terus gerak untuk balik ke hostel.

Semoga pakcik and lelaki sorang lagi tu selamat..aaminn..ni rakaman masa accident tu.


video ihsan member : rakaman masa dalam bas.. simpati sangat kat pakcik tu..

Untuk pengetahuan semua sekiranya kecemasan di Lebuhraya :
  • Telefon talian kecemasan 999, bagitahu kedudukan anda, dan minta nasihat apa perlu dibuat untuk bantu keadaan.
  • Bantuan PLUSRonda telefon PLUSLine bebas tol di 1800 88 000 atau
  • Gunakan telefon kecemasan yang disediakan pada setiap 2 kilometer di sepanjang jalan ekspres PLUS


Lanunsepet : Update pasal k3g esok yer... dekat 26 resume Lanun dropkan kat sana, harap harap ade yang mengena InsyaAllah..
Blog Widget by LinkWithin

2 komen disini yer..:

sarah shafie said...

sian pk cik tu...hope dia slamat..

LaNuNsepet said...

hu3.. tu ar.. lanun nampak jelas dier tercungap2 lg..