Showing posts with label utem. Show all posts
Showing posts with label utem. Show all posts

19 June 2010

05 June 2010

EAC Engineering Accreditation Council Malaysia : Siapa Dia EAC? Aku Kecewa Dengan EAC..

4 komen disini yer..
Lanun p/s : EAC yang mengubah perjalanan kerjaya aku dan kawan kawan.. Pada EAC aku kecewa dengan organisasi korang. Ada sapa-sapa sini yang ada bekerja dengan EAC? Saudara mara? Adik Beradik?

The EAC comprises 5 stakeholders (BEM, IEM, MQA, JPA and Industry Employers from practicing professionals) from industry and academia. The EAC’s primary responsibilities are to set policy and conduct approval and accreditation evaluations.

The EAC has provided leadership and quality assurance in engineering higher education since 2000. The EAC accredits 190 programmes at 26 institutions of higher learning (IHL) nationwide.

Other functions are as follows:
  1. Maintain a list of accredited engineering programmes.
  2. Oversee the development and operation of accreditation and mutual recognition of programmes with other countries.
  3. Keep the Board informed of the activities of EAC. Where necessary make recommendations to the Board.
  4. Foster the dissemination of developments and best practices in engineering education.
  5. Advice the Board on public statements or representations that should be made in relation to engineering education.
Badan Lembaga Kejuruteraan Berkaitan : 

27 May 2010

Time Gni Lar Yang Tak Tahan, Air Tak Ada Weyh... Rungsing Nyar Aku....

16 komen disini yer..
Salam...
tu keluhan Lanun ngan member member dari maghrib tadi. Mana taknya air kat hostel tiba tiba tak ada.. ada la sket nak amik air semayang tu tapi macam meleleh gitu jar. Nasib baik,  Lanun bertindak bijak mandi awal petang tadi bila pasan air kecik heheh kikiki.. suka3..  

Rungsingkan bila air takda ni? Letrik and internet tak ada boleh tahan lagi. Camna pulak kalu air takda, letrik takda, internet down camna? habislar blogger tutup kedai. Tapi series, air ni memang takleh ar.. Air ni nadi kehidupan, tak ada memang susah.. dari mandi membasuh bersuci wuduk n bla3... air dan air tau.

teringat pada sungai kat kampung Lanun.. meh la bercuti sini best.. 
Gopeng Resort!!! search kat google..

Bayangkan bila air takda:

  • baju melambak tak boleh basuh bila air takda
  • badan akan bau macam kambing
  • nak solat susah... ( tayammum reti tak?? KLIK SINI kalau tak tahu..
  • nak berinstinjak? takleh bayangkan wooo... 
  • perfume akan laku, jualan perfume meningkat ha3.
  • tekanan perasaan jiwa dan raga.
  • Nak pergi gali telaga jap g kat depan ofis hostel Lanun...

16 May 2010

Ontheway Balik Karnival K3G : Kemalangan Pakcik Tua...Di Highway KL-Melaka,

2 komen disini yer..
Salam...
Hari ni 15 Mei, kami budak BENE & BENC (3 bas), buat satu trip ke karnival kerjaya dan keusahawanan anjuran MOHE (k3g) kat PWTC. Selesai di karnival kami pun bergerak lah balik semula ke Melaka. Masa kami ontheway balik ke melaka kami selisih dengan satu accident,baru jer accident tu jadi. Ape yang Lanun nampak seorang pakcik tua accident, tak silap Lanun pakcik tu orang cina.

Nampak 2 motor, 1 dah terbaring. Sah lah accident antara motor dan motor. Pakcik tu ngan motor dier dah terlantar, mata terpejam, tp masih tercungap2 bernafas lagi, kepala dier berdarah hu3. Simpati sangat masa tu. Alhamdulillah ada orang datang berhenti and tolong buat panggilan kecemasan. Driver bus kiteorg pun bertindak buat emergency call untuk hantar ambulan kat pakcik tu hu3..tu jer mampu tolong.

Selang depan 2 meter, ade sorang lelaki, rasanya budak muda. Pakcik tua tu accident dengan budak tu la kalau tak silap, sebab dia ngah terbaring tersandar kat divider jalan, sambil mesej, ngah luruskan kaki nampak macam dier ngah dalam kesakitan. Lepas buat panggilan kiteorg terpaksa terus gerak untuk balik ke hostel.

Semoga pakcik and lelaki sorang lagi tu selamat..aaminn..ni rakaman masa accident tu.


video ihsan member : rakaman masa dalam bas.. simpati sangat kat pakcik tu..

Untuk pengetahuan semua sekiranya kecemasan di Lebuhraya :
  • Telefon talian kecemasan 999, bagitahu kedudukan anda, dan minta nasihat apa perlu dibuat untuk bantu keadaan.
  • Bantuan PLUSRonda telefon PLUSLine bebas tol di 1800 88 000 atau
  • Gunakan telefon kecemasan yang disediakan pada setiap 2 kilometer di sepanjang jalan ekspres PLUS


Lanunsepet : Update pasal k3g esok yer... dekat 26 resume Lanun dropkan kat sana, harap harap ade yang mengena InsyaAllah..

22 April 2010

Study & Study.... Nota Dah Salin... Hafal nya Bila Lanun??

13 komen disini yer..
Salam..

Semua bebaik hari ni ke? Banyak dah blogwalking? Komen k artikel ni he3. Hmm..Kira kira tinggal satu hari lebih kurang je untuk Lanun menelaah subjek Technopreneurship ni. Hari ni alhamdulillah banyak sket study dari semalam, nota pun banyak dah salin, cuma hafalnya belum hu3, esoklah kot hafal kan and study kira kira pulak.

Sebut pasal hafal hafal nota ni. Cara korang hafal nota ni macam mana? Lanun selalunya lebih prefer buat soal jawab dengan kawan kawan, cara tu lagi cepat n mudah kita nak hafal. Bawah ni Lanun nyatakan beberapa cara nak hafal yang Lanun tahu :
  1. Tulis banyak banyak kali sampai hafal (kalau korang banyak masa ler).
  2. Buat bacaan tu berulang kali sampai hafal. (baca, hayati dan fahami)
  3. Buat singkatan and guna keyword yang kelakar atau yang mudah nak ingat (jangan guna yang merepek k) contoh : Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia = RIMBA.
  4. Soal jawab dengan kawan kawan korang, seronok and mudah paham. (jangan sembang benda lagho..)
  5. Ajar kawan kawan apa yang korang tahu, yang baru korang baru baca sebab mengajar orang buat kita akan lebih faham.
  6. Selain tu, ada yang wat irama, bergambar, peta minda, macam macamalah ikutlah suka hati korang k.
my study style... he3

20 April 2010

Technopreneurship.... Why Go Global ?? Malas nyar nak study...

10 komen disini yer..
Salam..

Jumaat ni paper final exam Technopreneurship. Em..masih tak study lagi,dalam malas tu ada lar sket2 he3. Nota ada jar sebelah ni tapi mood nak start study takda lagi nampak kelibatnya. Jadi Lanun amik keputusan update blog lah. Nak citer pasal subjek yang Lanun amik Technopreneurship ni. Korang tau tak aper technopreneur ni? entrepreneurship is the practice of consistently converting good ideas into profitable commercial. ventures. jadi technopreneurship adalah menggunakan teknologi sebagai satu asas dan kaedah untuk membuat sesuatu yang bernilai komersil.

Ok lar.. takleh jadi ni.. yang lain semua study.. kang jauh lak Lanun tertinggal.

Why "Blogging" he3

15 April 2010

Medan Perang Ke 2 : "Wo Hen Mang" Bahasa Ketiga Mandarin...

6 komen disini yer..
Salam..

Harini pas rehat sakan malam tadi akibat serangan migrain, Lanun start balik persiapan untuk paper seterunya. Next Paper on Saturday Bahasa Ketiga: Mandarin. Subjek ni lagi la mencabar Lanun rase, bukan boleh paham, kena hafal. Subjek yang lain bila kita paham konsep mudahlah, tapi bahasa ni more than "the more u practice the more u get lar" .

Lanun akan cuba dulu, yang penting adalah usaha. Ukuran kejayaan adalah usaha!!! Untuk study subjek ni Lanun akan gunakan 2 senjata heheh :
  1. Modul Elementary Mandarin Course Vol 1
  2. www.nciku.com (online tools for learning chinese)

12 April 2010

Gambar Curi : Aksi Aksi Candid Yang Dirakam Lensa Lanun...

4 komen disini yer..
Salam...

Tadi Lanun selongkar balik folder gambar yang Lanun transfer dari Hp Sony Ericson W890i. Macam macam gambar ada dalam folder tu. Nak delete pun sayang tau, gambar-gambar dari situasi, event dan aksi yang tak boleh nak ulang semula, hanya lensa kamera saja mampu merakamnya.. chewah.

Semester ni nak habis dah, pasni semua akan jadi kenangan, kenangan zaman stadi. Hari ni Lanun akan sharekan beberapa gambar candid yg Lanun amik secara curi-curi masa semester lepas. Buh sket dulu yang lain hari lain he3. Ok jom layan sama sama.

Gambar ni Lanun amik masa nak kena saman ngan safety guard utem, kes amik jalan shortcut lawan arus.. he3.. Nasib baik just kena warning jer. Nak cepat punya pasal.
Bawah ade lagi...

08 April 2010

Lanun Kini Di Makmal Elektronik 1 FKEKK UTeM Untuk Seminar PSM 2...

9 komen disini yer..
Lanun skrg ngah kat makmal elektronik 1 Fkekk Utem untuk buat presentation seminar PSM 2. Ada 8 orang student yang akan present hari ni termasuk Lanun pada giliran yang terakhir hu3. Hopefully semua end before afternoon break. Sekarang student semua ngah setup projek masing2, n just present kat meja masing2 saja. Panel hari ni Puan Muzdalifah dan Puan Zaiton yang nampak sporting.
Lanun tak setup per lg..he3 xpe,lambat lg giliran gua..

Apai - presenter pertama dgn projek remote control door

04 April 2010

Lanunsepet In Inotek 2010 (Innovation & Technology Competition Fkekk UTEM)

13 komen disini yer..
Salam...

Jom ikuti photoshoot yang Lanun amik masa INNOVATION & TECHNOLOGY COMPETITION INOTEK 2010 Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer 2010 baru baru ni. Gambar ni Lanun tangkap masa kat dalam Lab ECADD and sekitar foyer. Actually Inotek berlansung di beberapa kawasan fakulti, tapi tak sempat nak pusing semua sebab sibuk tunggu projek sendiri.

Jom tengok gambar-gambar aksi pada inotek 2010 dibawah.... [..]

24 March 2010

Peluang Kerja : Infineon nak guna fresh graduate...

0 komen disini yer..
Salam...
emm.. tak pernah update pasal kerja kosong, so hari ni first timelah Lanun sharekan info pasal kerja kosong ni. Lanun pun macam korang jugak mencari kerja, almaklumlah starting 1st may nanti Lanun dah tamat dalam ilmu perguruan ijazah silat jurutera jurus langit ke 8 ha3.. merepek jer kan.

Actually nak share , satu peluang kerja untuk graduan elektronik ( sewaktu dengan nya ). Infineon Melaka yang terletak batu berendam nak rekrut engineer/jurutera baru untuk kilang dieorang. Infineon memang terkenal dengan gaji yang tinggi. So jangan lepaskan peluang ni. pada yang berminat leh apply online di website Infineon takpun hantar resume pada HR dieorg..

Jawatan yang ditawarkan :
1) Equipment Engineers
2) Planners/ Industrial Engineers
3) Development Engineers
4) Manufacturing Engineers

Klik sini untuk apply, maklumat lanjut, syarat syarat minimum : INFINEON JOB

18 March 2010

Lanun In My3S... Malaysian Soft Skills Scale (My3S).. Ape itu My3S?

3 komen disini yer..
Semalam Lanun attend satu sesi survey oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program tu start dalam kul 9 pagi tadi, Lanun leh lak bangun lewat, nasib bek ade orang kejut he3. Sampai dalam kul 9.20 macam tu kat Dewan Besar UTeM... Kalu nak tahu kisah selanjutnya, jom baca sampai habis.. Gambar pun ade..  


03 October 2009

LaNuN ke Pesta Konvo UTEM ke 5....

8 komen disini yer..
Salam....

Malam tadi lanun sempat ke pesta konvo utem untuk usyar2 ape yang menarik kat sana. Seperti pesta konvo universiti lain, pesta konvo utem menawarkan pelbagai pameran, tawaran isitimewa, kesesakan, makanan, bunga-bunga konvo,anak2 patung,souvenier, n macam2 lagi.. Memang kecoh dan menurut kawan lanun siang tadi lagi meriah dengan berlansung sukan antara fakulti SAF 2009 yang menyaksikan pertandingan lumba basikal.


Pesta kali ini ada kekurangannya dan masih banyak perlu ditingkatkan lagi, Walaupun begitu Lanun boleh terima sebab utem baru masuk tahun ke 5 dan ini kali pertama diadakan di kampus induk Durian Tunggal. Lanun kagum dengan keluasan dewan besar utem yg cukup gah dari jauh. InsyaAllah tahun hadapan lanun pulak akan grad.

Masa kat pesta konvo tadi lanun sempat makan meesup yang buat mata dan hidung ber air..hu3.. Dan jugak singgah kat kedai persatuan BADAR untuk membeli Kopi Radix. Kat Gerai Badar juga menjual Tshirt muslimah, Barangan HPA, minyak wangi tanpa alkohol dan ice blended yang special. Gerai BADAR dijaga oleh Chekzu dan rakan2 nya. Jadi jangan la lupa singgah.. Banyak tawaran menarik kata Chekzu.

Malam tadi jugak diadakan Forum Perdana hal Ehwal Islam yang disertai oleh pelajar-pelajar UTEM. Suara dari forum tu berkumandang di setiap ceruk gerai, supaya yang ngah niaga pun boleh dengar orang berforum.. Lanun sempat jugak tolong kawan mengemas gerai member yang turut meniaga pada pesta konvo kali ini, n dieorg hadiah kan sedikit buah tangan.. terimakasih la ek..

Oklah itu saja Lanun kongsikan.. Selamat Dan Tahniah kepada semua Graduasi pada hari ini dan besok. Selamat Maju Jaya.. jangan lupa pada semua pelajar meriahkan hari esok yang bakal menyajikan lagi pelbagai aktiviti menarik.

















* Back To Halaman Utama *

05 September 2009

MEMO : Cuti Hari Raya & StudyWeek 2009/2010

3 komen disini yer..
Salam...

Salinan MEMO RASMI dari HEP berkaitan cuti hari raya budak2 UTEM, Dan juga Tempoh stadi week yang telah dipinda.. Pada sesiapa yang belum lihat MEMO (saiz gergasi..he3) terbabit sila Klik "Jom sambung Baca"

Cuti Hari Raya : 16-27 September (11 Hari)
(16sept Rabu ; 27sept Ahad)
Study Week : 29 Oktober 1 November(4hari shj)
(29okt Khamis ; 1nov Ahad)




* Back To Halaman Utama *

09 August 2009

Planetarium Melaka KINI DIBUKA FREE!!

7 komen disini yer..
Salam...

Berita baik untuk semua yang suka jalan2..and terutama sekali student UTEM.. Minggu ini planetarium dibuka secara PERCUMA kepada semua..

Korang leh g usyar2 apa yang ada kat sana...
Bagi aku.. Bese jer.. Tak sehebat Planetarium Negara..tapi boleh jar isi masa lapang tgk2 n rehatkan minda yang berserabut.. ok hv fun...

Bawah ni ada BANYAK gambar2 korang tengok... KLIK BACA SEPENUHNYA..















H1N1: 27 Kematian

0 komen disini yer..
JOHOR BAHRU: Seorang wanita hamil meninggal dunia akibat H1N1 di sebuah hospital pakar swasta di sini awal pagi tadi, iaitu kes kematian ketujuh di negeri itu dan ke-27 negara.




08 August 2009

50 Kelebihan Wanita Dari Lelaki.... (Bertuahnya Dirimu....Saudariku...)

6 komen disini yer..
Salam... Semua saudari2 di luar sana... Ketahuilah korang adallah insan yang istimewa dalam dunia ni... Setiap ape yang Allah takdirkan keatas kamu mempunyai ganjaran yang amat besar sekali... Janganlah bersedih... La Tahzan... Sesungguhnya ape yang Allah Janjikan pasti akan datang dan tertunai.. :-)

Betapa bertuahnya dirimu.... Bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai seorang wanita...

Senyumlah saudariku... Dirimu begitu istimewa...

Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.”



1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah
dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa
pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib
sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,
maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000
tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang
tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu
syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan
mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung
ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah
ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya
sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah
kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat
itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan
malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat
isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta
sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga
suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka
diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang
buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu
kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda
Baginda, “Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala
bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya
pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan
berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta
di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah
akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya
kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

50. Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi
minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul
maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-
taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita

LANUN : Jadialh Wanita Yang Solehah..... :-)


HIROSHIMA 64 Tahun Kemudian.....

0 komen disini yer..


THE AFTER PICTURES ARE VISUALLY EXTRAORDINARY

HIROSHIMA 64 YRS LATER...

Hiroshima, Nagasaki 1945



We all know that Hiroshima and Nagasaki
were destroyed in August 1945 after explosion
of atomic bombs.
However we know little about the progress
made by the people of that land during the
past 62 years.

Here are some photos...

THE COLORFUL CITY

Now









Hard to believe isn't it???