Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

10 October 2010

11 Maut Kemalangan 2 Bas Ekspress, 1 Van, 3 Kereta di Highway Simpang Ampat Melaka

5 komen disini yer..
Salam..
Ni berita terbaru di laporkan di Berita Harian Online, apabila 11 maut (mungkin lebih lebih ) dan 40 orang cedera dalam kemalangan apabila dua bas ekpress, satu van dan tiga kereta berlanggar di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat Alor Gajah , malam ini.

Sumber berita harian. berita Lanjut akan dilaporkan kemudian..
Alfatihah buat mangsa yang terkorban.

p/s : 10.10.2010 agaknya bas dari mana ke mana tu? 6 kenderaan sekaligus.. MasyaAllah..

video rakaman selepas kemalangan ( credit to eiman23x Youtuve Uploader ) 


Untuk gambar kemalangan bolehlah korang usyar kat sini yer : KLIK SINI ( blog suffer frenzyfm )

10 October 2009

16 Jenama Asam Masin Rosakkan Otak & Sistem Saraf

9 komen disini yer..
Kerajaan hari ini mengharamkan 16 jenama produk buah kering yang diimport dari China, Taiwan dan beberapa negara Asia kerana mengandungi logam plumbum melebihi paras yang dibenarkan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata produk buah kering antaranya plum kering dan prun kering itu mengandungi paras plumbum yang agak tinggi iaitu antara 0.11 dan 30.3 bahagian sejuta (ppm) atau miligram (mg)/kilogram (kg).

Cuba baca lagi..mana tahu ada brand asam korang suka... hu3..





Beliau berkata paras plumbum yang ditetapkan di negara ini ialah dua bahagian sejuta ppm atau mg/kg di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan jika kandungan logam melebihi paras tersebut, tindakan undang-undang akan dikenakan.

"Mana-mana pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2009 di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan US Food and Drug Administration (USFDA) menerusi laman webnya http://www.fda.gov yang bertajuk "Consumers Warned Not to Eat Certain Imported Dried Plums" pada Khamis lepas.

Liow berkata produk berkenaan adalah "The Original Chinese Candy", "Dried Plums with Pickle and Lemon", "Saladitos Con Pepino Y Limon", "Saladitos 6 Count", "Saladitos Salted Prunes", "Saladitos Chinese Candy", "Its Fruit Chinese Style Dried Prune" dan "Salted Plum Suckers".

Produk lain adalah "Salados Salted dried plums", "7 Salted Plums", "Preserved Liquariced Prune", "Preserved Plums:Preserved Salted Prunes", "Preserved Plums:Preserved Red Prunes", "Preserved Fruit Pitted Prunes", "Chan Pui Mui Preserved Plum" dan "Ka Po Preserved Plum".

Liow berkata kementerian terus memantau untuk memastikan produk berkenaan tidak terdapat dalam pasaran tempatan.

Beliau berkata kementerian juga akan meneruskan pemantauan di pintu masuk dengan meletakkan pemeriksaan Tahan Lima (Tahan, Uji dan Lepas) dalam Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) untuk semua produk yang terlibat.

Plumbum adalah bahan cemar dalam makanan yang boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia dalam jangka masa panjang akibat daripada pengumpulan bahan cemar dalam badan.

Beliau berkata kesan yang mungkin berlaku adalah gangguan kepada sistem saraf dan perkembangan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.

"Sehubungan itu, kementerian ingin menasihatkan pengguna supaya tidak membeli produk-produk yang terlibat, manakala penjual dinasihatkan supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ataupun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat sekiranya produk berkenaan terdapat di premis mereka," katanya.

Liow berkata pengimport atau ejen yang mengimport produk terbabit diminta menghentikan pengedaran dan memaklumkan kepada PKD atau JKN berdekatan untuk tindakan seterusnya. BERNAMA

* Back To Halaman Utama *

03 October 2009

Gambar : Gempa Bumi 7.6 Magnitud Di Padang Indonesia...

4 komen disini yer..
Gambar dari Padang, Indonesia.. Pasukan-pasukan penyelamat dari serata dunia berkumpul untuk mencari mangsa yang terperangkap dibawah runtuhan selepas gempa bumi berukuran 7.6 skala ricther berlaku babru-baru ini. Gegaran ini turut dirasai penduduk negara kita.


ADA LAGI....Jom Lihat Gambar-Gambar Di bawah.. Klik "Jom Sambung Baca"


















* Back To Halaman Utama *

01 October 2009

Jom Ramai-Ramai Ke Majlis Konvokesyen UTEM ke 5... 3-4 Oktober

3 komen disini yer..
Salam...

Untuk pengetahuan semua pada 3-4 oktober ini akan diadakan Majlis Konvokesyen bagi pelajar yang telah tamat baru2 ini.

Kepada semua yang berkesempatan, Anda juga di jemput hadir ke Pesta Konvo Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang ke 5. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan diadakan, dari pameran, pertandingan, persembahan, gerai jualan dan tak lupa juga pada makan2..

Selain itu...


Kali ini adalah pertama kali UTEM menggunakan dewan besar nya yang baru sahaja siap dibina, dari jauh, dari fakulti lanun tersergam indah dewan yang benar2 besar tu, ia juga dilengkapi lanskap yang cantik bersebelahan sebuah tasik. Macam satu fusion antara teknikal dan alamsemulajadi. Lanun harap semua nya lancar kerana ini juga pertama kali ia dibuat di kampus induk durian tunggal. Tahniah UTEM.

Selain itu pada hari Jumaat ini pada pukul 3 petang akan diadakan majlis rumah terbuka aidilfitri bagi pelajar Luar yang diadakan oleh Jawatankuasa Pelajar Luar, yang diketua oleh En khairuddin. Semua pelajar luar dijemput hadir untuk memeriahkan program. Jamuan disediakan, Jamuan akan bbertempat di bahagian belakang Perpustakaan Besar UTEM.


Perkara ke 3 adalah Sukan Antara Fakulti SAF yang turut akan mula berlangsung pada hujung minggu ini juga. Mana-mana yang berminat boleh bersama-sama memeriahkan acara sukan ini. Terdapat pelbagai acara, dari sukan air, darat dan sbgnya..

Tahniah kepada semua Graduan...


* Back To Halaman Utama *

30 September 2009

Kecoh Malam Ni Pasal Gempa Bumi....

8 komen disini yer..
Salam...

Lanun taip artikel ni sambil dengar radio ERA FM . Topik malam ni kat konti radio tu adalah "Pengalaman anda mengenai gegaran yang anda rasa petang tadi." memang ramai yang talipon kongsi pengalaman.


Gegaran di KL berpunca dari Gempa Bumi yang berukuran 7.9 di Sumatera, Indonesia petang tadi,(6.15 pm) memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi. Gegaran itu turut dirasai penduduk di johor lembah klang dan Kuala Lumpur.

Dari satu panggilan ke satu panggilan.....

Dari satu panggilan ke satu panggilan radio Era terima. Macam kisah ada. Ada yang rasa pening lah, ada yang rasa gegar masa basuh baju, ada yang rasa gegar masa ngah baring atas katil, ada yang tengahberborak tibe2 pintu gegar lah. Samapikan ader yang citer tengah main bola bleh tibe2 jatuh disebabkan gegaran kuat. Paling terasa adalah orang yang duduk di banguan tinggi. Di lembah klang penduduk yang terasa gegaran telah lari ke temapat lapang kerana risau berlaku runtuhan.

Lanun masa belajar kat UTM kat KL dulu turut ada pengalaman merasai gegaran semasa tsunami di acheh dulu. masa tu lanun tengah buat air. Tibe2 rase cam pening jer, terhuyung hayang..ingatkan pening.. rupa2nya gempa dari indonesia sampai ke KL menyebabkan gegaran pada bangunan kolej lanun. Lanun masa tu duduk kat tingkat 6..katil memang bergoyang dan loker bebrbunyik sebab bergoyang2.

Lanun harap penduduk di indonesia terutama di padang akan selamat.. semoga mereka dilindungi dari sebarang malapetaka..



* Back To Halaman Utama *

Gempa bumi kuat gegarkan Sumatera, musnahkan bangunan besar

2 komen disini yer..
Sumber : http://mstar.com.my/

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi, memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi.

Klik Sambung Baca....


"Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono.

Bagaimanapun katanya, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi AFP melaporkan, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii bagaimanapun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, namun ia dibatalkan selepas itu.

"Sehingga sekarang, kita belum boleh menghubungi Padang, komunikasi telah terputus," kata Triyono.

Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat.

Saluran berita tempatan, Metro TV melaporkan, kebakaran berlaku di tengah serpihan bangunan di Padang yang didiami kira-kira 900,000 penduduk. Para penduduk bertempiaran lari ke jalan-jalan apabila gempa tersebut melanda.

Tidak ada sebarang laporan segera berhubung kematian atau kecederaan.

Gempa bumi itu turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 940 km dari Padang.

Sementara itu, Bernama melaporkan gempa bumi tersebut turut menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

* Back To Halaman Utama *

Isu kartika : SIS Celupar Lagi.....

0 komen disini yer..
Salam...

Sekali lagi SIS telah "bersuara sumbang" apabila mahkamah syariah Kuantan akan menjalankan hukuman sebat secara islam terhadap kartika. SIS sekali lagi telah mengeluarkan hujah yang berlandaskan logik akal mereka tanpa memperdulikan hukuman Islam yang telah ditetapkan didalam Alquran Alhadis...


Apa yang SIS kata :
PETALING JAYA: The decision to whip Kartika Sari Dewi Shukarno for drinking beer undermines the Government’s efforts to portray Malaysia as a moderate Islamic country, says Sisters in Islam (SIS).
SIS board member Zainah Anwar said while the Prime Minister and Foreign Minister have always been trying to project Malaysia as a model Islamic country, such a punishment was unacceptable and could be seen as too severe.
She said Malaysia had attracted international attention because of the Kuantan Syariah High Court’s recent decision to whip the 32-year-old, along with other issues such as the fatwa (religious decree) on yoga and tomboys.
“Foreigners are interested to come to our country because of the moderate image we portray but when they come here, they are shocked to find the level of conservatism being practised.
“So where is this model Muslim country we have been trying to promote?” Zainah told a press conference at the SIS office here on Wednesday.
SIS executive director Dr Hamidah Marican, who was also present, said there should be a total repeal of laws which allow for whipping to be meted out as punishment, regardless of whether it was civil or Syariah regulations.
“It is torture and a breach of human rights. We teach our children not to hit each other but then what are we, as adults and role models, showing the little ones if we condone such an act?” she said.

Sememangnya terbukti SIS bukanlah badan yang memperjuangkan Islam kerana ketua nya yang telah bersuara berkaitan isu kartika ini telah membangkitkan soal " apa kata negara lain pada kita" , beliau hanya risau presepsi negara lain mengenai malaysia tanpa melihat kes ini dari sudut agama yang dianutinya.

Selain itu :
  • SIS kata "such a punishment was unacceptable and could be seen as too severe." . SIS mmg kena belajar balik hukum2 islam.. Hukum Sebat bagi peminum arak telah ditetapkan.. sejak zaman Rasulullah lagi.. ia tidak severe/berat.. ia hanya mendidik.
  • SIS turut tak paham bagaimana sebatan dalam islam..apa hikmahnya...
  • SIS juga telah membangkitkan islam moderate, aik? hadhari lar, moderate lar, sederhana lar, ekstremis lar, pendapat ni boleh menyebabkan orang salah paham ttg islam ni ader jenis2 plak.
  • SIS juga perjuangkan hak asasi manusia, katanya hukuman itu langgar hak asasi manusia, tapi islam mereka tak perjuangkan pulak? padahal islam lah yang meangkat darjat manusia.

Benarlah apa yang di utarakan PAS Shah Alam, sekiranya ia masih mahu mengeluarkan kenyataan yang sentiasa bertentangan dengan Islam, tukarlah nama NGO anda kepada nama lain, bukan Sister In Islam, tukar ke Sister In Malaysia ker, Sister In Sosial ker.. tapi Kalau lanun sekiranya ia benar-benar menentang apa yang islam perjuangkan sejak dulu lagi maka ia dah tergolong dalam golongan yang sesat.. Wajib dibetulkan dan NGO ini patut diharamkan jika terus begini. Supaya tidak ada lagi orang yang terikut pengaruh NGO ini.

Lanun tahu SIS dianggotai golongan elit..sebab tu terlepas dari tindakan undang2.. Tapi ingat Islam bukan untuk diubah atau diambil sedikit2..


VIDEO RAKAMAN TEMUBUAL SIS..






* Back To Halaman Utama *

(Gambar) Gempar !! Tsunami Melanda Samoa....

1 komen disini yer..
PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 34 dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa.

Gambar Boleh Anda Lihat Di Bawah :


Sementara itu, sejumlah pekerja turut dilaporkan hilang selepas kemudahan Perkhidmatan Taman Negara di sini musnah dalam kejadian bencana itu.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.

Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP

Setakat Ini Hanya ini photo yang sampai ke jabatan berita
kerana banyak kawasan terputus hubungan.
















* Back To Halaman Utama *

29 September 2009

Filem Lelaki Gay "Bruno" Diharamkan di Malaysia...

5 komen disini yer..

Salam...

Lanun ucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak bijak dengan mengharamkan filem Bruno arahan Sacha Baron Cohen yang kini menjadi filem paling laris di Amerika Syarikat, kerana ia bertemakan gay dan mengandungi adegan lucah, kata bual lucah dan turut mengetengahkan paparan shot penggunaan peralatan seks.


Filem ini pastinya memberi impak negatif kepada masyarakat. Sekiranya malaysia membenarkan filem sebegini masuk ke negara kita pastinya akan memberi satu pengiktirafan pada golongan gay yang tak dinafikan ada di negara kita. Selain itu ia juga akan mempengaruhi gaya hidup masyarakat yang seterusnya akan merosakkan peradaban dan budaya manusia dan paling kita takuti ia akan merosakkan akhlak remaja islam kita.

Tahniah sekali lagi, dan lanun harap pihak penapisan malaysia memantau semua filem tak kira luar dan dalam negeri kerana terlampau banyak pengaruh negatif yang datang dari filem dan drama.

Klik "Jom Sambung Baca" untuk lihat TRAILER BRUNO yang DIHARAMKAN...





Hukum homoseksual haram dalam Islam. Kerana ia melanggar fitrah semulajadi manusia yang dijadikan berpasang-pasangan. Pengharaman tersebut ada disebut dalam kisah yang berlaku di zaman Nabi Luth yang akhirnya mengundang kepada kehancuran kaum tersebut. Ini terkandung dalam surah Hud ayat 77 hingga ayat 83.

Dari Utusan Oline

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Malaysia mengharamkan filem 'Bruno' arahan Sacha Baron Cohen yang kini menjadi filem paling laris di Amerika Syarikat, kerana ia berkisar tentang kehidupan gay dan mempunyai adegan seks hubungan sejenis.

'Bruno' mengetengahkan pengalaman kehidupan wartawan fesyen gay dari Australia.

Seorang pegawai Penapisan Filem Malaysia berkata, filem tersebut tidak layak ditayangkan kerana bercanggah dari segi aliran cerita, gaya bahasa dan jenakanya.

"Ia diharamkan kerana ceritanya berkisar kehidupan gay... Terdapat banyak adegan seks di dalamnya," katanya. "Ia bercanggah dengan budaya kita."

Selain Malaysia, Ukraine juga turut mengharamkan filem tersebut manakala beberapa pegawai Austria juga mengkritiknya tetapi tidak tindakan diambil.

AP


* Back To Halaman Utama *

27 September 2009

Ni lagi Bahaya dari H1N1....

0 komen disini yer..
Salam...

Lanun terpanggil untuk menulis posting ni sebab risau tengok statistik kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan ni. Menurut laporan Ops sikap ke20 sebanyak 16 kematian telah dilaporkan pada ke 14 ia dijalankan sempena musim perayaan..dan ini menjadikan jumlah korban sebyk 238 orang.

Berita harian :

Sebanyak 16 lagi kematian dicatatkan pada hari ke-14 Ops Sikap semalam menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya terus meningkat kepada 238 orang sejak operasi itu dimulakan dua minggu lalu.

Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman hari ini, kemalangan maut melibatkan pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai dengan 11 kematian dan diikuti lima pengguna kereta.

Daripada 1,021 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 423 kes, diikuti jalan persekutuan (295), jalan negeri (184), lebuh raya (69) dan jalan-jalan lain (50 kes).

Dalam isu virus H1N1 yg semakin tenang tanpa mangsa korban, kita pula dikejutkan dengan kemalangan setiap hari di kaca televisyen. Jika kita berhati2 dlm isu H1N1, maka dalam isu ni jugak kiter wajib berhati2.. Jangan campak diri anda dalam kebinasaan kerana ingin cepat sampai ke destinasi.

nasihat Lanun pada kengkawan yang akan balik dari kampung berhati-hatilah.. Punca utama kemalangan adalah kelalaian dan sikap kita tergopoh gapah..

Biar lambat asalkan selamat... Selamat Hari Raya..

Klik baca sepenuhnya untuk TIPS elak kemalangan...

Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa KEMALANGAN serta menjadi pemandu berhemah:

1. BIASAKAN DIRI dengan membuat pemeriksaan kepada keadaan keselamatan kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan khasnya periksa semua lampu berfungsi atau tidak, keadaan corak bunga tayar masih elok dan tekanan angin yang mencukupi, periksa semua minyak-minyak dibahagian enjin kenderaan mencukupi atau tidak dan brek kenderaan berfungsi dengan baik.

2. SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu termasuk penumpangnya sekali.

3. JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

4. SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika cuaca buruk maka kekalkan jarak yang lebih antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

5. SEMASA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.

6. JANGAN pandang secara tepat ke arah lampu kenderaan dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan jalanraya dan jadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

7. SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan secara tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar dijalanraya atau mengelakkan daripada halangan lain.

8. MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat amatlah sukar dan merbahaya, pasangkan lampu kereta supaya kenderaan di hadapan dan di belakang dapat lihat dan pandulah dengan kelajuan yang sesuai dengan keadaan cuaca buruk tersebut.

9. KETIKA memandu di jalanraya hendaklah sentiasa berwaspada/berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

10. JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia boleh menyebabkan berlaku keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalanraya.

11. ELAKKAN daripada memandu jika dalam keletihan. Jika penat, berhenti kenderaan dikawasan dibenarkan dan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan semula.

12. PERHATIKAN kereta dihadapan selama 15-20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah di luar jangkaan berlaku dan anda peluang mengelakkannya dengan segera.

13. JIKA anda ingin mengubah lorong, berikan lampu isyarat dan sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan serta keyakinan berbuat demikian.

14. TEMPAT paling selamat bagi kanak-kanak ialah di bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

* Back To Halaman Utama *

05 September 2009

MEMO : Cuti Hari Raya & StudyWeek 2009/2010

3 komen disini yer..
Salam...

Salinan MEMO RASMI dari HEP berkaitan cuti hari raya budak2 UTEM, Dan juga Tempoh stadi week yang telah dipinda.. Pada sesiapa yang belum lihat MEMO (saiz gergasi..he3) terbabit sila Klik "Jom sambung Baca"

Cuti Hari Raya : 16-27 September (11 Hari)
(16sept Rabu ; 27sept Ahad)
Study Week : 29 Oktober 1 November(4hari shj)
(29okt Khamis ; 1nov Ahad)




* Back To Halaman Utama *

18 jam sebelum Ustaz Asri Pergi Tak Kembali

2 komen disini yer..
Salam...

Hari ni lanun bangun dengan rase tenang...Maklumlar.. Lega sket selepas hari2 lepas yang cukup memigrainkan otak ni dah berlalu... Assignment,Test, sumer ader..bertubi2... Ramai orang mengeluh minggu lepas...Sabar kawan2.. Kalu tak bangun2 jar dah terpiker macam2 kejer kene buat.. Tapi hari ni lain,Benar.. Kelapangan ni memang satu nikmat... Alhamdulillah.. :-)


Bangun2 tekan butang laptop dulu... Selepas mandi.. Surfing jap..buke email..update blog.. Ni sumer rutin harian yang takleh lepas..

Pagi ni lanun baca satu artikel mengenai Ustaz Asri Rabbani.. Catatan ni berkaitan satu perbualan kawan rapat Ustaz Asri Rabbani bersama beliau 18jam sebelum pemergian insan berbakat istimewa itu..
Bila teringat balik..sedih rasanyar... Baca artikel ni lagi sedih... Lanun dapat gambarkan kemesraan seorang insan bergelar Asri tu.. MasyaAllah..

"YaAllah tempatkan ia bersama para solihin..
Ampuni dosa2nya..Terima Amal2nyar...aaminn..."


Ikuti Perbualan dua sahabat ini....

Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI: Assalammualaikum! Man, anta kat mane?

AKU: Kat syurga… hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI: Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)

AKU:
Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat! (masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)

ASRI:
Dah! Dah! Jadi tak jumpe?

AKU
: Jadi. Kenape?

ASRI:
Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani. Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…

AKU: Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI:
O.k! Insya’ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU: Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI:
Album mane ni?

AKU:
Kan kita ade dua album yang belum release lagi. Satu, yang amalan orang-orang melayu. Satu lagi yang Ratib Hadad tu.

ASRI: Abis anta kuar mane dulu?

AKU: kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI: mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu. Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.

AKU:
Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU: Amalan Perisai Ghaib!

ASRI: Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU:
mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI: Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI:
Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU:
Cubalah…….hehehe

ASRI: Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ… AKU: Hah!? Nak pi mana pulak tu???

ASRI: Tandas lah! Ni ghaiblah ni. Ghaib dari mata anta…(tersengih)

AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali. Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI: Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?

AKU:
cantikkkk! Apa dia?

ASRI:
Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?

AKU: Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe

Tawa kami berderai lagi….. Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.


ASRI:
Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta. Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat. Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…

AKU: Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI:
man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan? Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta. Meh! Sini kita tangkap gambar jap… AKU: hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah. Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni.


ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya! Ya ALLAH…aku rindu.



Aku semakin rindu. Rindu sangat.
“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya. Ya ALLAH benar kah semua ini? Mimpikanlah ini semua!!!!!”


Sumber : dari Blog : SilakanTerpesona (
http://silakanterpesona.blogspot.com/)

* Back To Halaman Utama *

04 September 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

0 komen disini yer..

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).



* Back To Halaman Utama *

03 September 2009

Video & Kontroversi : Kapal Selam Pertama Negara "Scorpene" Sudah Tiba...

2 komen disini yer..
Salam....

Malaysia dah ada kapal selam beb..
Akhirnya kapal selam yang 'popular' dari jenis Scorpene ini tiba juga di tanah air walaupun ia sepatutnya telah tiba pada 25 januari lalu.


Ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di Pelabuhan Kelang hari ini disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KAPAL SELAM PERTAMA NEGARA TIBA PAGI TADI



KONTROVERSI KAPAL SELAM SCORPENE






Isu kapal selam - Altantuya - Komisen RM500 juta ini juga digazetkan di Parlimen. Altantuya Sharibuu @ Aminah Abdullah berusaha membawa kapal selam pertama negara hingga mengorbankan nyawa beliau pada Oktober 2006.



* Back To Halaman Utama *

02 September 2009

Michael Jackson akan dikebumikan esok...

0 komen disini yer..
LOS ANGELES: Dua bulan selepas kematiannya, Michael Jackson akan dikebumikan esok, dalam satu majlis persendirian matahari terbenam, yang akan menyaksikan mendiang bersemadi bersama-sama bintang Hollywood lain.Kematian tragik bintang muzik pop itu pada 25 Jun lalu, yang dikatakan mempunyai unsur homisid oleh pegawai bandar itu minggu lalu, akan dikebumikan di makam Taman Peringatan Forest Lawn di luar bandar Glendale.


Majlis terbabit hanya akan dihadiri keluarga terdekat dan sahabat kepada raja pop itu, berbanding acara memperingati awam yang diadakan Julai lalu dan dihadiri 20,000 orang.Beberapa laluan masuk ke tanah perkuburan di Glendale akan ditutup bagi memastikan peminatnya tidak dapat masuk. - AFP

LANUN : Lanun nak tanya beberapa soalan.. Kebumi Cara Islam Ke? Kebumi bersam bintang Hollywood lain?? Bukan Tanah perkuburan Islam?




* Back To Homepage *

01 September 2009

Minyak Sudah Naik... RON95... Ganti ron92...

0 komen disini yer..
KUALA LUMPUR: Mulai hari ini 1/9/09, petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter.
HARGA BARU...

RON 95 = RM 1.80 seliter (yg baru diperkenalkan)
RON 92 = tak ada dah..(merah)
RON 97 = RM 2.05 seliter (hijau)


Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media sebentar tadi.

27 August 2009

Nik Abdul Aziz Nik Mat LAIN Rupanya Yang Meninggal.....

3 komen disini yer..
Salam...

Malam tadi lanun dapat panggilan dari kawan lanun kata Nik Aziz meninggal.. Lanun punyala terkejut habis.. Risau sangat.. Betul ker Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia.. ???

Lanun n kawan2 pun cepat2 buka laman web berita.. Utusan, Idhamlim, Malaysiakini, and berta harian... Tapi takdak papepun... Sehinggalah lanun perhati kat bahagian tajuk2 kecil berita tu terpapar lar..

"Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya 18:05 PM"


kecoh

LINK BERITA tu : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090826180525/Article/index_html

Ya Allah... Betul ker ni.. Lanun klik link tu baca perlahan2.. Rupa2nya Nik Aziz lain yang kemalangan..Namanya sama dengan Tuan Guru kita... Huu...

KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.
Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.
ang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.


Ya Allah peliharalah TGNA...Aaminn
"TGNA masih sihat.. dan gagah dalam memperjuangkan islam... "

Photobucket

LANUN : Bukan TGNA rupanya...alhamdulillah...tak lupa,
Takziah untuk keluarga mangsa
kemalangan tersebut..


26 August 2009

Isu Sebat kartika : Hukuman rotan syariah tidak melukakan....

0 komen disini yer..
Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Isu hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarno iaitu pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.






Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.


Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.


Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.


Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.


Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.


Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.


Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.


Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.


Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.


Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.


Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!   


LANUN : Benar kata Presiden PAS TGHA... hapuskan puncanyar jugak...