Showing posts with label accident. Show all posts
Showing posts with label accident. Show all posts

18 October 2011

Video Kemalangan Ngeri Melibatkan 15 Kereta Lumba

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun sharekan video kemalangan paling ngeri dalam sejarah perlumbaan kereta yang sedang menjadi top view di Youtube. Ia mengungguli 3 tangga teratas paling banyak di tonton di Youtube. Ia adalah video di perlumbaan IndyCar World Championships di Las Vegas yang melibatkan 15 kereta sekaligus. Seorang pelumba yang dikenali Dan Wheldon telah terkorban dalam nahas ngeri ini.

12 April 2011

Malang Tak Berbau Tapi Bergolek..

4 komen disini yer..
Malang tak berbau.. dan bukan sahaja rezeki datang bergolek tetapi malang juga boleh datang bergolek. Jom saksikan video ni, Lanun memang simpati betul dengan lelaki ni sebab dia bukan ditimpa malang tetapi di golek malang, oh dia memang tak salah langsung. Manusia mana ada side mirror jadi apa kan daya.

10 October 2010

11 Maut Kemalangan 2 Bas Ekspress, 1 Van, 3 Kereta di Highway Simpang Ampat Melaka

5 komen disini yer..
Salam..
Ni berita terbaru di laporkan di Berita Harian Online, apabila 11 maut (mungkin lebih lebih ) dan 40 orang cedera dalam kemalangan apabila dua bas ekpress, satu van dan tiga kereta berlanggar di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat Alor Gajah , malam ini.

Sumber berita harian. berita Lanjut akan dilaporkan kemudian..
Alfatihah buat mangsa yang terkorban.

p/s : 10.10.2010 agaknya bas dari mana ke mana tu? 6 kenderaan sekaligus.. MasyaAllah..

video rakaman selepas kemalangan ( credit to eiman23x Youtuve Uploader ) 


Untuk gambar kemalangan bolehlah korang usyar kat sini yer : KLIK SINI ( blog suffer frenzyfm )

16 May 2010

Ontheway Balik Karnival K3G : Kemalangan Pakcik Tua...Di Highway KL-Melaka,

2 komen disini yer..
Salam...
Hari ni 15 Mei, kami budak BENE & BENC (3 bas), buat satu trip ke karnival kerjaya dan keusahawanan anjuran MOHE (k3g) kat PWTC. Selesai di karnival kami pun bergerak lah balik semula ke Melaka. Masa kami ontheway balik ke melaka kami selisih dengan satu accident,baru jer accident tu jadi. Ape yang Lanun nampak seorang pakcik tua accident, tak silap Lanun pakcik tu orang cina.

Nampak 2 motor, 1 dah terbaring. Sah lah accident antara motor dan motor. Pakcik tu ngan motor dier dah terlantar, mata terpejam, tp masih tercungap2 bernafas lagi, kepala dier berdarah hu3. Simpati sangat masa tu. Alhamdulillah ada orang datang berhenti and tolong buat panggilan kecemasan. Driver bus kiteorg pun bertindak buat emergency call untuk hantar ambulan kat pakcik tu hu3..tu jer mampu tolong.

Selang depan 2 meter, ade sorang lelaki, rasanya budak muda. Pakcik tua tu accident dengan budak tu la kalau tak silap, sebab dia ngah terbaring tersandar kat divider jalan, sambil mesej, ngah luruskan kaki nampak macam dier ngah dalam kesakitan. Lepas buat panggilan kiteorg terpaksa terus gerak untuk balik ke hostel.

Semoga pakcik and lelaki sorang lagi tu selamat..aaminn..ni rakaman masa accident tu.


video ihsan member : rakaman masa dalam bas.. simpati sangat kat pakcik tu..

Untuk pengetahuan semua sekiranya kecemasan di Lebuhraya :
  • Telefon talian kecemasan 999, bagitahu kedudukan anda, dan minta nasihat apa perlu dibuat untuk bantu keadaan.
  • Bantuan PLUSRonda telefon PLUSLine bebas tol di 1800 88 000 atau
  • Gunakan telefon kecemasan yang disediakan pada setiap 2 kilometer di sepanjang jalan ekspres PLUS


Lanunsepet : Update pasal k3g esok yer... dekat 26 resume Lanun dropkan kat sana, harap harap ade yang mengena InsyaAllah..

08 January 2010

Lagi GAMBAR DS Nizar Kemalangan...

0 komen disini yer..
Alhamdulillah, ini gambar DS Nziar di hospital semalam. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Tetapi masih boleh melayan tetamu dan wartawan yang datang ke wad. Teruskan perjuangan untuk menegakkan ISLAM dan kempen membubarkan DUN Perak.

 Sumber : Blog Idham Lim

DS. Nizar ditemani oleh pembantu peribadinya, Sdr. Amran Harun(bersongkok) masih boleh senyum dan melambaikan tangannya semasa sampai di Hospital Tuanku Bainun kelmarin. Beliau selamat dan cuma mengalami luka ringan dalam satu kemalangan pada jam 9.30 pagi kelmarin di Ipoh. [lagi gambar dibawah..]

07 January 2010

GAMBAR Kemalangan MB Perak DS Nizar Jamaluddin..

1 komen disini yer..
Gambar Kemalangan DS Nizar Jamaluddin, beliau Alhamdulillah dalam keadaan stabil serta memuaskan. Hanya cedera ringan bukan sperti dalam SMS palsu yang tersebar. Sebaliknya beliau dilaporkan sibuk melayani tetamu yang yg berkunjung ke wad pesakit luar... Sila ikuti beberapa gambar kemalangan di bawah..
Sumber : Blog Idhamlim


Sila Ikuti GAMBAR lain dibawah....

Terkini : Ds. Nizar kemalangan, mengalami cedera ringan

1 komen disini yer..
Sumber : Blog idhamlim 
IPOH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini (7/1/2010) Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini. Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki. Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.

Menurut setiausahanya Ustaz Misbahul Munir, belau cuba mengelak sebuah kenderaan dan terbabas di pembahagi jalan. Alhamdulillah, beliau berjaya merangkak keluar dan dibantu oleh seseorang yang lalu disitu dan terus dihantar ke Hospital Permaisuri Raja Bainun sebagai pesakit luar. Dia di tahan di wat selama 1 malam kerana tekanan darah yang tinggi.


Lanun : Doakan semoga beliau cepat sembuh..