Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts

09 February 2010

Keputusan Mahkamah : Siapa Menteri Besar Perak ??

0 komen disini yer..
Sekadar perkongsian dari Lanun walaupun semua dah tahu mungkin, Tengahari tadi di umumkan bahawa menteri besar Perak ialah Datuk Seri Zambry Kader [BN]. Keputusan sebulat suara itu (5-0) dibacakan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria.

Ikuti Berita Penuh di Bharian Online. [KLIK]
Ikuti Berita Dari Sudut Lain CinaIslam [KLIK]

Lanunsepet : DS Ir Nizar :-) tetap senyum...

07 January 2010

Terkini : Ds. Nizar kemalangan, mengalami cedera ringan

1 komen disini yer..
Sumber : Blog idhamlim 
IPOH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini (7/1/2010) Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini. Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki. Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.

Menurut setiausahanya Ustaz Misbahul Munir, belau cuba mengelak sebuah kenderaan dan terbabas di pembahagi jalan. Alhamdulillah, beliau berjaya merangkak keluar dan dibantu oleh seseorang yang lalu disitu dan terus dihantar ke Hospital Permaisuri Raja Bainun sebagai pesakit luar. Dia di tahan di wat selama 1 malam kerana tekanan darah yang tinggi.


Lanun : Doakan semoga beliau cepat sembuh..