Showing posts with label Muhammad Nizar Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Nizar Jamaluddin. Show all posts

08 January 2010

Lagi GAMBAR DS Nizar Kemalangan...

0 komen disini yer..
Alhamdulillah, ini gambar DS Nziar di hospital semalam. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Tetapi masih boleh melayan tetamu dan wartawan yang datang ke wad. Teruskan perjuangan untuk menegakkan ISLAM dan kempen membubarkan DUN Perak.

 Sumber : Blog Idham Lim

DS. Nizar ditemani oleh pembantu peribadinya, Sdr. Amran Harun(bersongkok) masih boleh senyum dan melambaikan tangannya semasa sampai di Hospital Tuanku Bainun kelmarin. Beliau selamat dan cuma mengalami luka ringan dalam satu kemalangan pada jam 9.30 pagi kelmarin di Ipoh. [lagi gambar dibawah..]

07 January 2010

GAMBAR Kemalangan MB Perak DS Nizar Jamaluddin..

1 komen disini yer..
Gambar Kemalangan DS Nizar Jamaluddin, beliau Alhamdulillah dalam keadaan stabil serta memuaskan. Hanya cedera ringan bukan sperti dalam SMS palsu yang tersebar. Sebaliknya beliau dilaporkan sibuk melayani tetamu yang yg berkunjung ke wad pesakit luar... Sila ikuti beberapa gambar kemalangan di bawah..
Sumber : Blog Idhamlim


Sila Ikuti GAMBAR lain dibawah....

Terkini : Ds. Nizar kemalangan, mengalami cedera ringan

1 komen disini yer..
Sumber : Blog idhamlim 
IPOH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini (7/1/2010) Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini. Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki. Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.

Menurut setiausahanya Ustaz Misbahul Munir, belau cuba mengelak sebuah kenderaan dan terbabas di pembahagi jalan. Alhamdulillah, beliau berjaya merangkak keluar dan dibantu oleh seseorang yang lalu disitu dan terus dihantar ke Hospital Permaisuri Raja Bainun sebagai pesakit luar. Dia di tahan di wat selama 1 malam kerana tekanan darah yang tinggi.


Lanun : Doakan semoga beliau cepat sembuh..