Showing posts with label kecoh. Show all posts
Showing posts with label kecoh. Show all posts

04 September 2010

Kontroversi Iklan Hari Raya TV3 Terbaru 2010 : ada unsur agama lain? memesongkan akidah?

11 komen disini yer..
Salam...

Lanun terpanggil buat post ni selepas membaca post di blog cikgu dahlia. Lanun baru tahu, maklumlah Lanun takda TV mana nak tahu apa iklan kat TV sekarang. Dari post terbaru beliau Lanun sungguh terkejut dengan iklan hari raya tahun ini 2010 1431H dari TV3 yang merepek dan merapu. Apa kah motif TV3 buat iklan macam ni?


credit to nurizspace blogspot atas embed video ni

Pada pemerhatian Lanun, terdapat beberapa perkara dan elemen yang jelas songsang :
  1. Ada macam Santa Clause ( atok yang bawa beca tu ) macam krismas.
  2. ( beca terbang ) kendaraan Santa Clause elemen dari agama kristian.
  3. Ada bunga lotus / teratai elemen dari agama Buddha
  4. Pelita di atas bunga elemen dari Hindu perayaan Deepavali.
Antara kesalahan dari pemerhatian Lanun pada video iklan tu :
  1. Nak terap Kongsi raya kah? Kongsi adalah jelas diharamkan.
  2. Nak terap 1 Malaysia? Bukan ini caranya.
  3. Mengaitkan perayaan agama Islam dengan agama lain adalah diharamkan.
  4. Mencampur aduk dan menambah perkara yang bertentang dengan syariat Islam.
  5. Unsur unsur khurafat cuba dimasukkan ke dalam Aidilfitri.
  6. Pendedahan aurat dalam iklan.
  7. Tiada mesej yang disampaikan.
  8. Boleh menimbulkan keraguan pada kanak kanak.
Saranan Lanun pada pihak Media Prima dan TV3 sendiri tarik baliklah iklan ini. Jelas secara jelas iklan ini adalah bertentangan dengan perayaan Aidilfitri itu sendiri, Khurafat!. Kita perlu ingat Perayaan Agama seperti aidilfitri dan Ramadhan bukan seperti Hari kemerdekaan, ia tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara yang bercanggah dengan Islam.

15 April 2010

Medan Perang Pertama : Perjuangan Pertama Tamat.. Lepas 1 Beban....Dua? Bakal Bermula..

4 komen disini yer..
Salam..

Petang semalam tepat 4.45 telah tamat medan perang yang pertama. Kini tentera sedang mara ke medan perang kedua bertembung dengan tentera "China" ha3. Dalam maksudnya tu. Alhamdulillah semalam selesai satu perkara, paper yang pertama, medan perang yang pertama Subjek Automation Manufacturing.

Walaupun ada soalan yang Lanun goreng jer, ada jugak yang salah, tambah pulak dengan yg tak yakin dengan jawapan yang Lanun jawab semalam, tapi Lanun tak fikir dah la pun, fikir 1 jer lega sebab dah lepas 1 beban. Pasni ade lagi 3subjek yang kena kosentret. Paling dekat berdepan dengan "Tentera China" subjek bahasa ketiga Mandarin.

Bawah ada 3 shoot Lanun amik masa nak passing kertas jawapan pada Lecturer En. Sadhiqin. Kecoh la jugak sket semalam ada 2,3 pembetulan pada kertas soalan. Ish3...terbantut konsentrasi.



08 January 2010

Lagi GAMBAR DS Nizar Kemalangan...

0 komen disini yer..
Alhamdulillah, ini gambar DS Nziar di hospital semalam. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Tetapi masih boleh melayan tetamu dan wartawan yang datang ke wad. Teruskan perjuangan untuk menegakkan ISLAM dan kempen membubarkan DUN Perak.

 Sumber : Blog Idham Lim

DS. Nizar ditemani oleh pembantu peribadinya, Sdr. Amran Harun(bersongkok) masih boleh senyum dan melambaikan tangannya semasa sampai di Hospital Tuanku Bainun kelmarin. Beliau selamat dan cuma mengalami luka ringan dalam satu kemalangan pada jam 9.30 pagi kelmarin di Ipoh. [lagi gambar dibawah..]

07 January 2010

GAMBAR Kemalangan MB Perak DS Nizar Jamaluddin..

1 komen disini yer..
Gambar Kemalangan DS Nizar Jamaluddin, beliau Alhamdulillah dalam keadaan stabil serta memuaskan. Hanya cedera ringan bukan sperti dalam SMS palsu yang tersebar. Sebaliknya beliau dilaporkan sibuk melayani tetamu yang yg berkunjung ke wad pesakit luar... Sila ikuti beberapa gambar kemalangan di bawah..
Sumber : Blog Idhamlim


Sila Ikuti GAMBAR lain dibawah....

27 August 2009

Nik Abdul Aziz Nik Mat LAIN Rupanya Yang Meninggal.....

4 komen disini yer..
Salam...

Malam tadi lanun dapat panggilan dari kawan lanun kata Nik Aziz meninggal.. Lanun punyala terkejut habis.. Risau sangat.. Betul ker Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia.. ???

Lanun n kawan2 pun cepat2 buka laman web berita.. Utusan, Idhamlim, Malaysiakini, and berta harian... Tapi takdak papepun... Sehinggalah lanun perhati kat bahagian tajuk2 kecil berita tu terpapar lar..

"Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya 18:05 PM"


kecoh

LINK BERITA tu : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090826180525/Article/index_html

Ya Allah... Betul ker ni.. Lanun klik link tu baca perlahan2.. Rupa2nya Nik Aziz lain yang kemalangan..Namanya sama dengan Tuan Guru kita... Huu...

KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.
Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.
ang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.


Ya Allah peliharalah TGNA...Aaminn
"TGNA masih sihat.. dan gagah dalam memperjuangkan islam... "

Photobucket

LANUN : Bukan TGNA rupanya...alhamdulillah...tak lupa,
Takziah untuk keluarga mangsa
kemalangan tersebut..