Salam...
Lanun terpanggil buat post ni selepas membaca post di blog cikgu dahlia. Lanun baru tahu, maklumlah Lanun takda TV mana nak tahu apa iklan kat TV sekarang. Dari post terbaru beliau Lanun sungguh terkejut dengan iklan hari raya tahun ini 2010 1431H dari TV3 yang merepek dan merapu. Apa kah motif TV3 buat iklan macam ni?
Pada pemerhatian Lanun, terdapat beberapa perkara dan elemen yang jelas songsang :
- Ada macam Santa Clause ( atok yang bawa beca tu ) macam krismas.
- ( beca terbang ) kendaraan Santa Clause elemen dari agama kristian.
- Ada bunga lotus / teratai elemen dari agama Buddha
- Pelita di atas bunga elemen dari Hindu perayaan Deepavali.
Antara kesalahan dari pemerhatian Lanun pada video iklan tu :
- Nak terap Kongsi raya kah? Kongsi adalah jelas diharamkan.
- Nak terap 1 Malaysia? Bukan ini caranya.
- Mengaitkan perayaan agama Islam dengan agama lain adalah diharamkan.
- Mencampur aduk dan menambah perkara yang bertentang dengan syariat Islam.
- Unsur unsur khurafat cuba dimasukkan ke dalam Aidilfitri.
- Pendedahan aurat dalam iklan.
- Tiada mesej yang disampaikan.
- Boleh menimbulkan keraguan pada kanak kanak.
Saranan Lanun pada pihak Media Prima dan TV3 sendiri tarik baliklah iklan ini. Jelas secara jelas iklan ini adalah bertentangan dengan perayaan Aidilfitri itu sendiri, Khurafat!. Kita perlu ingat Perayaan Agama seperti aidilfitri dan Ramadhan bukan seperti Hari kemerdekaan, ia tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara yang bercanggah dengan Islam.
11 komen disini yer..:
w'salam Lanun..betul tue.. saya setuju dengan Lanun...
hish..orang Tv3 pandang remeh je ke hal ini? aduhai
iye lah lanun.. memang mcm krismas.. macamne ni? kita patut wat ape?
entah ape-ape ntah la iklan tahun nie...aku rindukan sentuhan dari allahyarham Yasmin Ahmad
Gerrard setuju tv3 tukarkan iklan mereka, mcm perayaan orang lain =P
betol2..tukar iklan..tu yg terbaek..hehe
lanun, iklan ni dah ditarik dari akaun FB Tv3, rasanya akan ditarik balik selepas ini
lanun, iklan ni dah ditarik dari akaun FB Tv3, rasanya akan ditarik balik selepas ini
bagus la kalu gtu..
patutlar takda kat fb..
mcm sambot krismas plak . =.="
kenapa petronas dah tak buat iklan raya yang syahdu macam dulu :(
It is a very useful post....i really like your blog…
Post a Comment