04 September 2010

Iklan Hari Raya TV3 2010 Macam Krismas : Sesat dan Terpesong, Ini Langkah Kita Boleh Buat..


credit to nurizspace blogspot atas embed video ni

Salam...
Lanun terfikir apakan tindakan yang sesuai untuk kita memohon supaya Tv3 menarik balik video iklan hari aidilfitri tahun ini yang jelas memesongkan akidah. Ia secara jelas mencampur adukkan elemen agama lain ke dalam perayaan agama Islam. Ini adalah salah dan haram.

Langkah yang boleh anda lakukan :
  1. Log in ke Facebook TV3 dan hantarkan komen pada "wall" desak Tv3 tarik balik
  2. Laman Facebook TV3 : http://www.facebook.com/TV3MALAYSIA
  3. Juga boleh dibuat di Twitter bagi yang ada Twitter : http://twitter.com/tv3malaysia
  4. Hantar email pada TV3 : feedback@tv3.com.my
  5. Buat Post di blog anda desak TV3 dan Media Prima
Pada pemerhatian Lanun, terdapat beberapa perkara dan elemen yang jelas songsang :
  1. Ada macam Santa Clause ( atok yang bawa beca tu ) macam krismas.
  2. ( beca terbang ) kendaraan Santa Clause elemen dari agama kristian.
  3. Ada bunga lotus / teratai elemen dari agama Buddha
  4. Pelita di atas bunga elemen dari Hindu perayaan Deepavali.
Antara kesalahan dari pemerhatian Lanun pada video iklan tu :
  1. Nak terap Kongsi raya kah? Kongsi adalah jelas diharamkan.
  2. Nak terap 1 Malaysia? Bukan ini caranya.
  3. Mengaitkan perayaan agama Islam dengan agama lain adalah diharamkan.
  4. Mencampur aduk dan menambah perkara yang bertentang dengan syariat Islam.
  5. Unsur unsur khurafat cuba dimasukkan ke dalam Aidilfitri.
  6. Pendedahan aurat dalam iklan.
  7. Tiada mesej yang disampaikan.
  8. Boleh menimbulkan keraguan pada kanak kanak.
Saranan Lanun pada pihak Media Prima dan TV3 sendiri tarik baliklah iklan ini. Jelas secara jelas iklan ini adalah bertentangan dengan perayaan Aidilfitri itu sendiri, Khurafat!. Kita perlu ingat Perayaan Agama seperti aidilfitri dan Ramadhan bukan seperti Hari kemerdekaan, ia tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara yang bercanggah dengan Islam.
Blog Widget by LinkWithin

9 komen disini yer..:

dunspeak♥ said...

aku pon tak paham pe moral of value iklan nieh..hiskk!

Aizat Shafiq said...

a'a..
betul la...
aku baru je tengok iklan nie...
apa pengajaran disebalik iklan ni ye?

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

perasan gak.. haihh
takyah nak terbang2..naik beca pon cukup nostalgia..

~ ( LayDee_N ) ~ said...

hmm.. kalau yer pun nak masukkan ciri2 1 malaysia.. hmmmm.. rasanya, iklan ni tetap salah. tapi nak cakap halal haram.. saya no komen. susah nak dihuraikan... too religious. BAHAYA!

'AQILAH said...

bukan ke maksud dia, perayaan ni boleh di kongsi bersama, tak kira agama, dan bangsa apa..

Anonymous said...

This is the person in-charge of TV# commercial and marketing:
http://mymsa.ipnhub.com/mma2010/shereen_ooi.htm

Anonymous said...

ingatkan aku sorang je yg pikir cam 2.kolot tol

BleedingMaskara said...

saya sngat prasan tntang iklan ini..
sebab saya suda kaji tentang iklan ary raya ini ia bnyak mmbawa unsur agama kristian dan laen2x.. so korank ndak percaya iklan ne terpulank la dri korank.. cuba korank kaji dulu iklan ini btul2x.. cam mna dea pnya maksud d seblik nya..

Anonymous said...

Mcm mn huraian halal ke haram gmbr awk x 2tup aurat 2??too religious also...?