23 September 2010

Jenayah Ganas : Sekat Filem & Drama papar keganasan melampau..


Presiden Malaysia Hindu Sangam, RS Mohan Shan, berkata sesetengah filem Tamil menunjukkan belia cara untuk terlibat dalam jenayah, dengan ada antara kaedah yang digunakan sebenarnya tidak berlaku dalam dunia nyata.

"Semua itu sebenarnya hanya untuk hiburan...tetapi memandangkan belia India kita sangat terpengaruh dengan filem, mereka ingin meniru aksi itu," katanya hari ini.

Salam..
Ada  betulnya apa yang dikatakan dalam laporan kat atas ni, seperti yang kita tahu filem, drama, media massa terutama TV dan internet memang jadi influence / pengaruh terbesar zaman sekarang ni. Jangan salahkan individu tak pandai menilai, tapi ia dihidangkan dengan semua ni setiap hari sejak kecil.

Sebagai tambahan, Lanun nak juga pesan kat sini, adakah filem Tamil je ganas? Bagaimana dengan filem lain? Mungkin mereka buat laopran ni berdasarkan kes Jutawan Sosilawati mati dipukul dan dibakar. 

Filem Melayu dan juga Indonesia apa kurangnya? filem dan drama sekarang banyak memaparkan elemen hasad dengki, pembunuhan dan hasad dengki yang berakhir dengan :
  • Sihir n Santau ( banyak filem sihir skrg.. )
  • Pukul
  • Ugut
  • Rogol (filem melayu ada ja ni..)
  • Sumbang Mahram
Pada kerajaan Malaysia dan juga penggiat seni harap memikirkan semua aspek ni. Tapi Lanun yakin ramai bertopengkan penggiat seni padahal mereka adalah PENCARI WANG yang gunakan alasan seni dan berkarya, sebab tu hasilnya tak bawa faedah tetapi keburukan.
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

ummi iman said...

kadang2 ngarut2 je kan flem zaman skarang ni..ummi suka filem yang boleh gelak2 je...

eiela said...

yup saya sokong. sebenarnya diorang buat filem berasaskan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita dari situlah idea tuh muncul. Buat filem sudah tentu utk menyampaikan info di samping buat duit tapi impak yang lahir drpd filem tuh sendiri yang menakutkan terutamanya yang melibatkan keganasan dan sensitiviti kaum.

Azman Roslan said...

diorang buat filem macam tu sebab nak untung saja..