23 September 2010

Di Malaysia Ada Hospital Tambah Penyakit..?

Salam...
Laa... Ni kes memang kasi imej hospital dan negara rosak.. Kat hospital sepatutnya jadi tempat yang selamat untuk para pesakit terima rawatan dan pekerja serta pelawat untuk tinggal dan melaksanakan urusan masing masing. Tapi baru baru ni di Pulau Pinang ada satu hospital ni mempunyai tempat pembiakan nyamuk. Ni tambah penyakit ke apa?

Penemuan kawasan pembiakan nyamuk di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini adalah satu kesalahan yang amat serius, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Walaupun ia bukannya daripada jenis nyamuk Aedes tetapi kita tetap pandang serius kerana sepatutnya hospital menjadi contoh terbaik dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementeriannya, di sini hari ini. Berita Penuh : Hospital biak nyamuk satu kesalahan serius

p/s : nasib baik bukan nyamuk aedes.. kalau tak... tambah penyakit


gerammm.. rasa nak tepukk jar.

Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

ZR said...

hospital pun yg selenggarakan ye pun manusia..tu terlepas pandang ler tu