Showing posts with label media prima. Show all posts
Showing posts with label media prima. Show all posts

21 October 2010

TV3 Didenda RM 50,000 : Siar Iklan Kontroversi Hari Raya TV3 2010

10 komen disini yer..
iklan yang bikin panasss...
Salam...
Ingat lagi tak iklan kontroversi TV3 masa hari raya hari tu? yang macam krismas tu? ada pak haji santa dan unsur unsur yang jelas menghina Islam. Hari ini di Parlimen Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.

Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu. Iklan itu cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya sebagaimana 1Malaysia yang menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan itu.

Harap ia jadi pengajaran pada semua.. [ Baca Berita Penuh Pasal Isu ni KLIK SINI ]


Video Tajaan Ruzmerah

04 September 2010

Iklan Hari Raya TV3 2010 Macam Krismas : Sesat dan Terpesong, Ini Langkah Kita Boleh Buat..

9 komen disini yer..

credit to nurizspace blogspot atas embed video ni

Salam...
Lanun terfikir apakan tindakan yang sesuai untuk kita memohon supaya Tv3 menarik balik video iklan hari aidilfitri tahun ini yang jelas memesongkan akidah. Ia secara jelas mencampur adukkan elemen agama lain ke dalam perayaan agama Islam. Ini adalah salah dan haram.

Langkah yang boleh anda lakukan :
  1. Log in ke Facebook TV3 dan hantarkan komen pada "wall" desak Tv3 tarik balik
  2. Laman Facebook TV3 : http://www.facebook.com/TV3MALAYSIA
  3. Juga boleh dibuat di Twitter bagi yang ada Twitter : http://twitter.com/tv3malaysia
  4. Hantar email pada TV3 : feedback@tv3.com.my
  5. Buat Post di blog anda desak TV3 dan Media Prima
Pada pemerhatian Lanun, terdapat beberapa perkara dan elemen yang jelas songsang :
  1. Ada macam Santa Clause ( atok yang bawa beca tu ) macam krismas.
  2. ( beca terbang ) kendaraan Santa Clause elemen dari agama kristian.
  3. Ada bunga lotus / teratai elemen dari agama Buddha
  4. Pelita di atas bunga elemen dari Hindu perayaan Deepavali.
Antara kesalahan dari pemerhatian Lanun pada video iklan tu :
  1. Nak terap Kongsi raya kah? Kongsi adalah jelas diharamkan.
  2. Nak terap 1 Malaysia? Bukan ini caranya.
  3. Mengaitkan perayaan agama Islam dengan agama lain adalah diharamkan.
  4. Mencampur aduk dan menambah perkara yang bertentang dengan syariat Islam.
  5. Unsur unsur khurafat cuba dimasukkan ke dalam Aidilfitri.
  6. Pendedahan aurat dalam iklan.
  7. Tiada mesej yang disampaikan.
  8. Boleh menimbulkan keraguan pada kanak kanak.
Saranan Lanun pada pihak Media Prima dan TV3 sendiri tarik baliklah iklan ini. Jelas secara jelas iklan ini adalah bertentangan dengan perayaan Aidilfitri itu sendiri, Khurafat!. Kita perlu ingat Perayaan Agama seperti aidilfitri dan Ramadhan bukan seperti Hari kemerdekaan, ia tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara yang bercanggah dengan Islam.