Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

05 November 2011

Maksud Takbir Raya

3 komen disini yer..
Salam...
Lanun di sini ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha. Semoga dengan keberkatan zulhijjah ini Allah menambahkan rahmat ke atas kita semua. Lanun kali ini beraya di Borneo nampaknya. Kerinduan pada isteri dan keluarga di kedah dan Perak sangat sangat tinggi tapi tak dapat nak balik kampung. 

Dibawah ini Lanun kongsikan takbir raya yang dibacakan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Lanun sertakan juga maksud bacaan takbir raya sekali untuk renungan kita. Lanun doakan zaujah tercinta sentiasa di rahmati Allah dan begitu juga mak ayah kedah n perak serta semua adik beradik, sanak saudara, sahabat sahabat dan seluruh umat Islam. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin.







“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.” “Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

21 October 2010

TV3 Didenda RM 50,000 : Siar Iklan Kontroversi Hari Raya TV3 2010

10 komen disini yer..
iklan yang bikin panasss...
Salam...
Ingat lagi tak iklan kontroversi TV3 masa hari raya hari tu? yang macam krismas tu? ada pak haji santa dan unsur unsur yang jelas menghina Islam. Hari ini di Parlimen Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.

Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu. Iklan itu cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya sebagaimana 1Malaysia yang menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan itu.

Harap ia jadi pengajaran pada semua.. [ Baca Berita Penuh Pasal Isu ni KLIK SINI ]


Video Tajaan Ruzmerah

12 September 2010

Hari Raya Ketiga : 8 Tips Keselamatan Jalan Raya

3 komen disini yer..
Salam..

Hari ni dah masuk Hari Raya ke 3, Alhamdulillah. Macam mana hari raya korang? ada yang sakit perut? demam ke? janganlar demam k, raya ni rugi kalau demam. Sebab tu kalau pergi ziarah jagalah pemakanan jugak, lebih lebih minuman berais dan manis. 

Hari ni hari ahad, ni ada sape2 bercadang nak balik ke tempat keje dah hari ni? Atau bercadang memandu untuk ziarah saudara dan kawan kawan? Pastinya ada kan. Lanun nak ingatkan kat sini, waktu perayaan macam ni Jalan sibuk dan ramai orang terkejar kejar. Jadi Lanun berikan 8 petua untuk jaga keselamatan di jalan raya.. anda boleh mengubahnya.. ingatlah orang tersayang.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
sumber : panducermat.org.my


patuhi had laju yer kawan kawan...