Showing posts with label senarai. Show all posts
Showing posts with label senarai. Show all posts

14 June 2011

Statistik Permohonan Murtad Di Malaysia

4 komen disini yer..

Salam..
Sekadar berkongsikan berita yang Lanun baca sebentar tadi di MalaysiaKini. Jumlah permohonan untuk murtad yakni meninggalkan Islam yang terbesar sekali adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47. Sejumlah 135 yang memohon untuk meninggalkan agama Islam telah diluluskan.

Sama sama kita fikirkan apekah puncanya? 

Astaghfirullah.. Semoga Allah menetapkan hati hati muslimin dan muslimat. [Baca berita penuh klik sini]

Menteri Jamil Khir menafikan yang sebanyak 135 permohonan diluluskan. Angka yang dimaksudkannya adalah salah faham sebenarnya.. Sila baca lagi disini..

07 November 2010

Semakan Calon Sesi Temuduga Kursus JTM Peringkat Diploma Sesi Kemasukan Januari 2011

0 komen disini yer..
Lamanweb Jabatan Tenaga Manusia : [http://www.jtm.gov.my/]

Senarai calon berjaya kursus peringkat sijil akan diumumkan selewat-lewatnya pada pertengahan Disember 2010. Sila kunjungi laman web JTM dari masa ke semasa untuk semakan status permohonan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-8886 5556.

15 October 2010

Teks Ucapan PM Najib Belanjawan 2011 Bajet Rakyat

2 komen disini yer..
Salam..

Untuk yang ingin study dan membaca secara detail ucapan Datuk Seri Najib dalam pembentangan bajet 2011 (Bajet rakyat) boleh merujuk pada link di bawah.

Belanjawan 2011 : Intisari Bajet Rakyat

5 komen disini yer..
Salam..

Ni adalah intipati pada Bajet yang di bentangkanoleh PM kita apa pandangan korang? Nak baca lebih? Nak download e book intipati (.pdf) bajet rakyat ni? Lanun dah sediakan datu format .pdf yang boleh korang download dan simpan he3. Pada yang nak baca terus boleh select link nombor 2 ok.

Lanun dan ada senarai bajet 2011 Nak baca? atau nak Download :
  1. (.pdf format ) Download E book senarai intipati Belanjawan 2011 Bajet Rakyat
  2. Atau korang nak baca di Lanunsepet ? : Klik sini untuk Senarai belanjawan Tahun depan

24 September 2010

Belanjawan 2011 ( Budget ) : Dengar kata budget lebih tinggi tahun ni...

2 komen disini yer..

Salam..
Ni adalah intipati pada Bajet yang di bentangkanoleh PM kita apa pandangan korang? Nak baca lebih? Nak download e book intipati (.pdf) bajet rakyat ni? 

12 September 2010

Hari Raya Ketiga : 8 Tips Keselamatan Jalan Raya

3 komen disini yer..
Salam..

Hari ni dah masuk Hari Raya ke 3, Alhamdulillah. Macam mana hari raya korang? ada yang sakit perut? demam ke? janganlar demam k, raya ni rugi kalau demam. Sebab tu kalau pergi ziarah jagalah pemakanan jugak, lebih lebih minuman berais dan manis. 

Hari ni hari ahad, ni ada sape2 bercadang nak balik ke tempat keje dah hari ni? Atau bercadang memandu untuk ziarah saudara dan kawan kawan? Pastinya ada kan. Lanun nak ingatkan kat sini, waktu perayaan macam ni Jalan sibuk dan ramai orang terkejar kejar. Jadi Lanun berikan 8 petua untuk jaga keselamatan di jalan raya.. anda boleh mengubahnya.. ingatlah orang tersayang.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
sumber : panducermat.org.my


patuhi had laju yer kawan kawan...

29 August 2010

Iklan Merdeka Telekom Petronas 2010 Kali Ke 53 (Video)

3 komen disini yer..


Salam..
Sempena bulan kemerdekaan pastinya kat TV akan tersiar iklan iklan berunsur patriotik. Setiap syarikat gergasi akan menyiarkan iklan masing masing sebagai tanda bersama sama mengisi bulan kemrdekaan. Tapi tahun ini ntahlar, macam kurang kan? Lanun hanya jumpa 2 iklan sahaja untuk merdeka ke 53 tahun 2010 ni. Adakah tahun ni syarikat syarikat gergasi kurang untung? atau kurang semangat patriotik?

Dibawah ini iklan hari kemerdekaan Malaysia ke 53 2010 dari Petronas dan Telekom Malaysia :

1. Petronas


2. Telekom Malaysia

Maksud Jata Lambang Negara Malaysia : Selamat Hari Kemerdekaan ke 53

12 komen disini yer..
Salam...
Sempena dengan bulan kemerdekaan Lanun membawakan info mengenai Jata Negara atau Lambang Negara Melaysia. Ia merupakan lambang negara kita yang tertera di mana mana, alangkah sedihnya kalau ada yang tak tahu lagi bagaiman rupanya? apa maksudnya? Jadi post kali ni adalah sekdar berkongsi.

Versi Download E book : [ klik untuk download ]

Sumber Wikipedia :

Jata Negara yang baru.

Jata Negara yang asal..
  • Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, 
  • Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
  • Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. 
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. 
  • Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. 
  • Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. 
  • Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
  • Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

23 August 2010

Merdeka : Tema Hari Kebangsaan Malaysia 1970 - 2010

6 komen disini yer..
Salam..
Seperti yang kita semua tahu kita sekarang dalam bulan kemerdekaan. 31 Ogos 1957 dimana negara Malaysia kita telah dibebaskan dari pemerintahan Ma. Bermula dari itu pemerintahan telah diserahkan kepada orang Malaysia sendiri untuk memandu negara ke arah kemajuan dan belenggu kemiskinan. 

Sempena dengan bulan kemerdekaan ini Lanun bawakan senarai tema hari merdeka atau hari kebangsaan Malaysia sejak dari 1970 hingga 2010 kini. untuk sebelum 1970 Lanun pun tak pasti kerana apa tak ada tema, mungkin masa tu tak terfikir lagi untuk mengadakan tema atau sebagainya.

Ok, jom kita teliti tema kemerdekaan Malaysia dulu dan sekarang :

TAHUN
TEMA
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010
1Malaysia Menjana Tranformasi

07 March 2010

E-borang : Permohonan Kemasukan Pelajar Sepenuh Masa Program Sijil Kolej Komuniti Sesi Julai 2010

4 komen disini yer..
Salam..

Satu lagi update yang Lanun dapat, iaitu mulai hari ini Permohonan Kemasukan Pelajar Sepenuh Masa Program Sijil Kolej Komuniti Sesi Julai 2010 telah pun dibuka. Jika berminat untuk menyambung pengajian dan mempelajari kemahiran baru di Kolej Komuniti boleh mula memohon melalui online.

Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti. ] *** Gunakan Internet Explorer 

1. Permohonan Pin Percuma
2. Masukkan IC Number kemudian akan dapat No PIN (sila simpan!!!)
3. Boleh mula apply dan isi maklumat berkaitan.

Laman Web Rasmi : http://www.bpkk.edu.my/ (untuk semakan permohonan)
Info Senarai Kursus Sijil : [KLIK SINI]