Showing posts with label intisari. Show all posts
Showing posts with label intisari. Show all posts

26 October 2010

Lanun terkejut dengan Program Transformasi Ekonomi oleh Kerajaan yang bakal meletakkan kita dalam Murka Allah

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun terkejut dan merasa takut bila membaca antara program program yang terkandung dalam ETP Economy Transformation Program atau dalam bahasa Program Transformasi Ekonomi bagi Malaysia menjelang 2020. Kerajaan cadang tambah tempat hiburan, kelab malam, dan longgarkan syarat konsert artis luar, nak tahu lebih lanjut baca perincian nya yang pasti buat korang marah. Tak tahu la pulak ada yang setuju???

Lanun tak dapat nak copy n paste kat sini sebab panjang..


Jika benar lah, Jika benarlah begini... Kita sedang mengundang bala besar pada Malaysia. Maaf cakaplah, Lanun bantah bantah seKERAS KERASNYA dan BENCI perancangan tersebut !!!. Duit punya pasal ! Maju punya pasal ! ini kah jalan yang dipilih ?? 

Lanunsepet : Lanun harap korang baca dan teliti nya, adakah korang setuju? Harap kerajaan Malaysia batalknya..

25 October 2010

TV-Al Hijrah : Stesen TV baru di Malaysia Bercorak Islamik 1 Disember Ini

4 komen disini yer..

Stesen channel televisyen baru bercorak Islam di Malaysia , TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember ini.

Laman Web Rasmi : TV Alhijrah Media Corporation

Sebelum itu, televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di sini akan memulakan siaran ujian pada 1 November ini dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Jamil Khir berkata, pada peringkat awal, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi tujuan operasi televisyen itu.

Lanunsepet : Lanun puji sangat sangat usaha ini, dan memang Lanun tunggu channel baru bercorak Islam, ia merupakan satu sinar harapan bagi pencinta Islam dalam dunia penuh dengan cubaan ini. Tapi...bagaimana dengan negeri lain? Lanun tak berapa paham kenapa siar di negeri tu ja?

[ Berita Penuh - KLIK SINI ]

24 September 2010

Belanjawan 2011 ( Budget ) : Dengar kata budget lebih tinggi tahun ni...

2 komen disini yer..

Salam..
Ni adalah intipati pada Bajet yang di bentangkanoleh PM kita apa pandangan korang? Nak baca lebih? Nak download e book intipati (.pdf) bajet rakyat ni?