Showing posts with label ads tv. Show all posts
Showing posts with label ads tv. Show all posts

25 October 2010

TV-Al Hijrah : Stesen TV baru di Malaysia Bercorak Islamik 1 Disember Ini

4 komen disini yer..

Stesen channel televisyen baru bercorak Islam di Malaysia , TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember ini.

Laman Web Rasmi : TV Alhijrah Media Corporation

Sebelum itu, televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di sini akan memulakan siaran ujian pada 1 November ini dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Jamil Khir berkata, pada peringkat awal, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi tujuan operasi televisyen itu.

Lanunsepet : Lanun puji sangat sangat usaha ini, dan memang Lanun tunggu channel baru bercorak Islam, ia merupakan satu sinar harapan bagi pencinta Islam dalam dunia penuh dengan cubaan ini. Tapi...bagaimana dengan negeri lain? Lanun tak berapa paham kenapa siar di negeri tu ja?

[ Berita Penuh - KLIK SINI ]

04 September 2010

Iklan Hari Raya AidilFitri Petronas 2010 1431H Terbaru: Antara Dua Kampung

6 komen disini yer..

Hakcipta Terpelihara Petronas.. Selamat Hari Raya Semua Pembaca Blog Lanunsepet

Salam..
Iklan Hari Raya untuk tahun 2010 ini :-). Kali ini berkisar tentang 2 kampung. Nak raya kampung isteri atau kampung suami ? Tajuk iklan ni Antara 2 Kampung. Ia berasaskan suasana zaman P ramlee dulu dulu dalam cerita antara dua darjat dan Madu Tiga. watak watak dalam ni jugak sebijik macam dalam filem file Allahyarham P. Ramlee.

Untuk iklan  lain korang boleh usyar di : http://www.petronasgreetings.com/2010/

Jangan buat Iklan yang sesat dan terpesong macam ni sudah : Kontroversi Iklan Hari Raya TV3 Terbaru 2010 : ada unsur agama lain? memesongkan akidah?