Showing posts with label pengacara. Show all posts
Showing posts with label pengacara. Show all posts

25 October 2010

TV-Al Hijrah : Stesen TV baru di Malaysia Bercorak Islamik 1 Disember Ini

4 komen disini yer..

Stesen channel televisyen baru bercorak Islam di Malaysia , TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember ini.

Laman Web Rasmi : TV Alhijrah Media Corporation

Sebelum itu, televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di sini akan memulakan siaran ujian pada 1 November ini dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Jamil Khir berkata, pada peringkat awal, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi tujuan operasi televisyen itu.

Lanunsepet : Lanun puji sangat sangat usaha ini, dan memang Lanun tunggu channel baru bercorak Islam, ia merupakan satu sinar harapan bagi pencinta Islam dalam dunia penuh dengan cubaan ini. Tapi...bagaimana dengan negeri lain? Lanun tak berapa paham kenapa siar di negeri tu ja?

[ Berita Penuh - KLIK SINI ]

26 May 2010

Akademi Al Quran Musim Ke 4 Dah Bermula.... Apa Elemen Baru Dalam AQ 4?

3 komen disini yer..

Salam...
Dalam kita tenggelam dengan macam macam rancangan realiti yang berkonsepkan hiburan masa kini, Lanun kat sini nak bagitahu yang rancangan realiti alternatif Akademi Alquran musim terbaru iaitu musim yang ke 4. Program tv ni dah pun start pada 21 mei hari tu.

Untuk kali ni pengacara bagi AQ4 adalah Ustaz yang cukup terkenal dengan rancangan Mari Mengaji iaitu Ustaz Zamri Mantop. Bersama ustaz, ada 2 orang pengacara wanita yang menjadi pembantu. Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman, n Khairul Noormaaidah Azali (Aida) pulak sebagai pengacara pembantu di lokasi.

Nak tahu elemen baru di Akademi Al Quran 4 ? [KLIKSINI]

Akademi Alquran 4 bersiaran :
  • TV 9
  • Hari Jumaat
  • Start 9 Malam
Finalist 12 AQ4 (10 lelaki 2 perempuan) :
  • Siti Aishah binti Baain, 13 tahun, Pahang
  • Amirul Shahida binti Md Noor, 22 tahun, Pahang
  • Mohd bin Ahmad Zahid, 15 tahun, Kuala Lumpur
  • Mohd Nazif bin Zuhairi, 17 tahun, Kedah
  • Mohd Ramadan bin Haji Razali, 22 tahun, Perak
  • Rusli bin Abd Latif, 22 tahun, Kelantan
  • Yahya bin Haji Ali, 23 tahun, Terengganu
  • Mohd Kamarulzaman bin Daud, 24 tahun, Terengganu
  • Nor Aslam Faiz bin Othman, 24 tahun, Perak
  • Ahmad Tirmizi bin Haji Ali, 25 tahun, Terengganu
  • Mohd Hassan Adli bin Yahya @ Yahuza, 25 tahun, Perak
  • Husni bin Ali Hassan, 25 tahun, Melaka
Terlepas episod pertama haritu? Nak tengok ? leh tengok secara online kat www.tv9.com.my dan pastikan korang register dulu sebelum boleh view semua video tu k. Untuk register sila klik kat sini. Pas register sila ke "all shows" dan pilih "akademi alquran 4".