Showing posts with label peserta. Show all posts
Showing posts with label peserta. Show all posts

22 June 2011

Aku Seorang Blogger

13 komen disini yer..


Salam..
Siapa Lanunsepet? ramai rasanya tak kenal Lanun, ya..perkenalkan aku seorang blogger. Ni Lanun kongsikan bebelan Lanun yang panjang lebar dibawah.. so sebelum kita mulakan pelayaran ni..ni nak bagitahu, post kali ini adalah sempena dengan contest SEO yang di jalankan oleh 2dayblogger.com dengan tema keyword pilihan Aku Seorang Blogger.

Aku bukan seorang blogger yang tegar tapi nak masuk jugak hehe Lagipun ilmu blogger pun masih banyak Lanun tak reti, dan aktiviti Blogger satu pun Lanun tak pernah lagi berkesempatan nak join..Jadi dengan rasa rendah diri Lanun join contest Aku Seorang Blogger ni.

Sejarah sket yer.. Lanun dah hampir dua tahun jadi seorang blogger. Bermula dengan post pertama pada 24julai2009 lanun perlahan perlahan memahami selok belok profession seorang blogger. Ingatkan susah, padahal punyalah kacang senang menjadi blogger ni. Terimakasih pada Blogspot yang memudahkan perjalanan blogger.

Sambung pembacaan anda.. (AWAS, bahan mudah bosan dibawah.. he3)

08 June 2011

Ustazah Pilihan Astro Oasis : Sah Ditayangkan 1 Oktober 2011

21 komen disini yer..
Salam..
Sah.. Astro Oasis telah pun selesai buat perasmian rancangan realiti terbaru iaiatu Ustazah Pilihan yang bermatlamatkan pencarian ikon muslimah dan pendakwah dikalangan wanita. Rancangan ni telah pun dirasmikan oleh Ustazah paling popular di Malaysia tak lain dan tak bukan Dr Mashitah Ibrahim.

Konsep nya lebih kurang imam muda, 10 orang peserta, ada matapelajran tertentu cuma ianya melibatkan kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah dan penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja. Tumpuan mereka adalah isu isu wanita masa kini. Penerbit juga menjanjikan ianya berlandaskan syarak.

Sesi temuduga sudah pun disusun dan akal dijalankan di seluruh negara pada Julai nanti. 9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah 15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu 23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. 30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Dengan syarat berumur 18-27 tahun serta sihat tubuh badan. Yang berminat juga kena bawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

Siapa peserta peserta Ustazah Pilihan? Adakah ia benar benar menetapi syarak? Kita saksikan nanti.. Jika ia tidak, kita tentang habis habisan. Cuma Peringatan Lanun tetap seperti dalam artikel sebelum ni : KLIK SINI

p/s : adakah Wahida, Wardina n X wife Ustaz Akil Hayy akan masuk?

26 May 2010

Akademi Al Quran Musim Ke 4 Dah Bermula.... Apa Elemen Baru Dalam AQ 4?

3 komen disini yer..

Salam...
Dalam kita tenggelam dengan macam macam rancangan realiti yang berkonsepkan hiburan masa kini, Lanun kat sini nak bagitahu yang rancangan realiti alternatif Akademi Alquran musim terbaru iaitu musim yang ke 4. Program tv ni dah pun start pada 21 mei hari tu.

Untuk kali ni pengacara bagi AQ4 adalah Ustaz yang cukup terkenal dengan rancangan Mari Mengaji iaitu Ustaz Zamri Mantop. Bersama ustaz, ada 2 orang pengacara wanita yang menjadi pembantu. Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman, n Khairul Noormaaidah Azali (Aida) pulak sebagai pengacara pembantu di lokasi.

Nak tahu elemen baru di Akademi Al Quran 4 ? [KLIKSINI]

Akademi Alquran 4 bersiaran :
  • TV 9
  • Hari Jumaat
  • Start 9 Malam
Finalist 12 AQ4 (10 lelaki 2 perempuan) :
  • Siti Aishah binti Baain, 13 tahun, Pahang
  • Amirul Shahida binti Md Noor, 22 tahun, Pahang
  • Mohd bin Ahmad Zahid, 15 tahun, Kuala Lumpur
  • Mohd Nazif bin Zuhairi, 17 tahun, Kedah
  • Mohd Ramadan bin Haji Razali, 22 tahun, Perak
  • Rusli bin Abd Latif, 22 tahun, Kelantan
  • Yahya bin Haji Ali, 23 tahun, Terengganu
  • Mohd Kamarulzaman bin Daud, 24 tahun, Terengganu
  • Nor Aslam Faiz bin Othman, 24 tahun, Perak
  • Ahmad Tirmizi bin Haji Ali, 25 tahun, Terengganu
  • Mohd Hassan Adli bin Yahya @ Yahuza, 25 tahun, Perak
  • Husni bin Ali Hassan, 25 tahun, Melaka
Terlepas episod pertama haritu? Nak tengok ? leh tengok secara online kat www.tv9.com.my dan pastikan korang register dulu sebelum boleh view semua video tu k. Untuk register sila klik kat sini. Pas register sila ke "all shows" dan pilih "akademi alquran 4".