Showing posts with label tips and trick. Show all posts
Showing posts with label tips and trick. Show all posts

09 October 2011

Tutorial Convert Youtube ke Mp3 Paling Mudah

7 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan salah satu daripada pelbagai cara untuk convert / tukar video youtube kepada format mp3. Sebelum ni Lanun ada cuba software, dengan download video kemudian convert ke mp3 guna software lain pulak. Leceh dan kadang kadang tak boleh nak convert. Tapi, kaedah ini merupakan yang paling mudah setakat yang Lanun tahu. Iaitu menggunakan laman web www.youtube-mp3.org. Jadi sapa yang nak ambil lagu dan tukarnya ke mp3 bolehlah cuba.

Cara caranya ialah :
1. Copy URL video dari Youtube
2. Paste kan di Laman web Youtube to Mp3 Converter
3. Tekan Convert Video
4. Klik Download

Penerangan bergambar dibawah.


14 July 2011

Tutorial Letak Alert Popup Mesej Bila Buka Blog

8 komen disini yer..
Salam..
Lanun dapat request dari seorang sahabat Blogger Shahsa untuk buat satu Tutorial Alert Popup Message. Jadi Lanun dah sediakan cara cara membuat alert mesej tu dalam post ni. Alert Popup Message tu akan akan muncul  bila pelawat membuka blog, untuk menutup tetingkap mesej tu boleh klik "pangkah" atau tekan "OK". 

Isi dalam Alert Mesej tu boleh di ubahsuai di dalam kod html nya mengikut citarasa dan ayat anda sendiri. Boleh buh ayat suspent, boleh letak pujuk rayu, tak pun harapan and bla bla bla, sangat mudah!. Tapi bila dah pasang popup ni sila alert lah k, mana tahu ramai visitor yang tak suka. Kalau majoriti tak suka boleh di skrip tu balik dan blog akan kembali seperti asal.



Kaedah Letak Alert Popup Message dengan Butang OK pada 

  1. Buka Blogger > Design > Add a Gadget > HTML/Javascript > Copy n Paste kan Kod HTML  DIBAWAH didalamnya > Biar ruang tajuk kosong > Tekan SAVE.
  2. Anda boleh drag gadget HTML tu ke bawah supaya nampak kemas.
  3. Gantikan tulisan berwarna merah dengan ayat anda, gunakan kekreatifan anda! 
  4. Sesetengah user disable javascript, jadi ayat berwarna biru akan muncul jika internet browsernya block javascript.
Cops n Paste kod ini:
<script type="text/javascript">
alert('Taip mesej / lawak / amaran / pujukan / rayuan anda disini yer..')
</script>

<noscript>Enable javascript in your browser to view an important message.</noscript>

Kepada sahabat sahabat yang dah try skrip ni, tapi tak jadi silalah komen di ruang komen. Rujukan Lanun adalah pada satu blog omputih di DO it 2 us credits to him.

04 July 2011

Tutorial Buka Link Pada New Tab

5 komen disini yer..
Salam..
Lanun nak sharekan bagaimana nak buka pautan blog link, atau gambar yang anda klik dibuka pada tab yang baru / "new tab" TANPA mengganggu page asal. Lama dah Lanun aplikasikan skrip ini dalam berblogging kerana Lanun sedar ada banyak kelebihan yang kita boleh dapat daripadanya. 


Tak paham apa Lanun maksudkan ??
++ Klik "Link ini" anda akan faham ( ia akan dibuka pada tab baru di Browser anda)
++ Atau klik gambar kecik atas ni ( ia akan dibuka saiz yang besar pada tab baru)

Antaranya kelebihan skrip ini ialah :
++ Blog akan lebih mesra pelawat
++ Page asal tidak terganggu.
++ Pelawat akan lebih lama di blog kita
++ Pelawat tak perlu tekan back sekiranya masih tak habis baca post kita
++ Pelawat dapat fokus pada beberapa laman web @ blog dalam 1 masa.
++ Boleh digunakan untuk link gambar, link pdf, apa sahaja link.

Bagaimana caranya?
  1. Selepas buat satu link
  2. Klik "Edit HTML" kemudian cari link anda buat tadi.
  3. Tambah target="_blank" selepas URL anda seperti contoh dibawah 
Link korang secara standard nya begini :
<a href="http://lanunsepet.blogspot.com/">Nama Link Blog Lanunsepet</a>

Jadi tambahkan code berwarna merah tu di belakang URL selepas tanda "
<a href="http://lanunsepet.blogspot.com/" target="_blank" >Nama Link Blog Lanunsepet</a>

22 June 2011

Aku Seorang Blogger

13 komen disini yer..


Salam..
Siapa Lanunsepet? ramai rasanya tak kenal Lanun, ya..perkenalkan aku seorang blogger. Ni Lanun kongsikan bebelan Lanun yang panjang lebar dibawah.. so sebelum kita mulakan pelayaran ni..ni nak bagitahu, post kali ini adalah sempena dengan contest SEO yang di jalankan oleh 2dayblogger.com dengan tema keyword pilihan Aku Seorang Blogger.

Aku bukan seorang blogger yang tegar tapi nak masuk jugak hehe Lagipun ilmu blogger pun masih banyak Lanun tak reti, dan aktiviti Blogger satu pun Lanun tak pernah lagi berkesempatan nak join..Jadi dengan rasa rendah diri Lanun join contest Aku Seorang Blogger ni.

Sejarah sket yer.. Lanun dah hampir dua tahun jadi seorang blogger. Bermula dengan post pertama pada 24julai2009 lanun perlahan perlahan memahami selok belok profession seorang blogger. Ingatkan susah, padahal punyalah kacang senang menjadi blogger ni. Terimakasih pada Blogspot yang memudahkan perjalanan blogger.

Sambung pembacaan anda.. (AWAS, bahan mudah bosan dibawah.. he3)

20 June 2011

Jom Guna StatCounter

2 komen disini yer..

Stat Lanun seminggu By StatCounter

Salam..
Lanun nak kongsikan satu aplikasi percuma @ gadget statistik bagi blog dan website. Servis ini daripada laman sesawang StatCounter dimana servis statistiknya juga digunakan oleh Redmummy [kenal ke x? Sapa tak kenal kan blogger terkenal tu.]

Lanun dah guna seminggu gadget ni di Blog Lanunsepet, jadi Lanun memang puas hati dengan servis dan paparannya, bukan sahaja mudah ditambah pulak kita boleh banyak belajar dengan observe behaviour pelawat yang masuk ke blog.

Korang pun patut pasang juga. Lebih lebih lagi yang gila pantau trafik.. Prit prit..

Ok antara kelebihan yang anda akan dapat ?
++ Graf pelawat yang lebih detail (view, unik, return visit)
++ Keyword analysis yang lebih banyak dan mendalam
++ Boleh bagi pelawat biasa tengok trafik kita tanpa sebarang log in
++ dan macam macam lagi.

Guane Nak Register?
++ www.statcounter.com
++ Sign Up

Leh try kalau nak cuba.. Sign Up percuma jer.

14 June 2011

Tutorial Back To Top & Move To Bottom

3 komen disini yer..
Salam..
Satu lagi siri tutorial dari Lanunsepet, kali ni dengan bagaimana memasang fungsi butang Back To Top dan Move to Bottom pada Blog korang. Mudah mudah memang mudah.. So rasanya tak payah nak terang panjang panjang rasanya ramai yang tahu bagaimana kod html dia berfungsi. 

Cuma nak bagitahu fungsi ni amat penting bagi memudahkan visitor untuk navigasi dalam blog kita, lebih lebih melibatkan artikel post yang cukup panjang.. Nak tenyeh tenyeh skroll penat, Nak klik klik malas, jadi ini penyelesaiannya. 

Langkah 1 
Login > Design > Add a gaddget > HTML/Javascript > Paste kod html dibawah.
** Title tidak perlu @ anda boleh selitkan kod ni dimana mana gadget.

<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:260px;right:5px;" href="#" rel="nofollow" title="Back to Top"><img style="border:0;" src="http://i31.tinypic.com/2vtqqt3.png"/></a>
<br/>
<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:225px;right:5px;" href="#GoDown" title="Move to Bottom" > <img style="border:0;" src="http://i32.tinypic.com/16lle91.png"/></a>

Langkah 2
Design > Edit HTML > Expand Widget Template > Cari </body> > Pastekan kod <a name='GoDown'/> di atas @ sebelum </body>  > Save template > View Blog

<a name='GoDown'/>

Ok siiiiap!, timekasih n credit pade www.cooltricksntips.com

11 June 2011

Tutorial Pasang Read More Pada Blog Post

11 komen disini yer..
Salam..
Kadang kadang ada post yang panjang dan bila nak view kesemua menyebabkan blog nampak tidak kemas. Jadi untuk itu Lanun kongsikan satu tutorial bagaimana nak letak @ buat fungsi read more pada blog korang. Selain itu, read more ni boleh dijadikan gimik bagi saspen pada pembaca untuk ketahui apa sambungan cerita korang tu.

Tanpa buang masa, cara paling kacang buat Read More adalah menggunakan "Jump Break" paling mudah! paling cepat! tanpa memerlukan kode html atau skrip ke hape. Dulu2 Lanun kena bersusah payah geledah skrip tu untuk buat fungsi readmore tapi dengan tools Insert Jump Break boleh lupakan dah kesengsaraan edit HTML tu.

klik untuk lebih besauuu..

Kat mana butang Insert JumpBreak ni?
Di bahadian Compose, Ada terletak sebelah kanan button fungsi Insert Video (simbol kertas koyak dua)

Macam mana cara nak guna Jump Break? Mudah....
Semasa buat blog post terbaru atu edit yang lama, Just klik ikon Insert Jump Break tu dimana-mana bahagian teks / gambar dalam post anda. Selepas klik akan muncul satu garisan. Garisan itu menandakan sempadan Read More :
++ Semua yang diatas garisan akan muncul di awal awal
++ Dan yang dibawah garisan akan muncul selepas klik Read More. Mudah kan!.

Kenapa saya takda butang fungsi Jump Break ni?
Mungkin korang gunakan Post Editor yang lama. Just tukar kepada Post Editor yang baru dengan pergi ke Blogger > Setting > Basic > Skrol ke bawah sekali > Global Setting > Select Updated Editor.

ni yang lama.. tidak ada Jump break

tukar pada baru!!... klik untuk lebih besauu..

Ada lagi korang boleh capai..
Readmore dalam blogger ni boleh di customized @ di iedit lagi. Korang boleh tukar perkataan read more tu kepada ayat anda sendiri contohnya " Baca selanjutnya " atau "Nak tahu sambungnya?". Nak tukar tu boleh pergi ke Design > Page Element > Kotak Blog Post > Tekan Edit > Edit bahagian "Post page link text". Done!

09 June 2011

Blogger Umumkan Fungsi Baru, Tukar Favicon Blog Dengan Mudah

15 komen disini yer..

Salam...
Semalam di rasmikan 1 features / 1 lagi fungsi terbaru di Blogger In Draft (Tak keluar secara rasmi di Blogger biasa lagi yer) iaitu menukar favicon (tukar ikon B Blogger yang boooosann) dengan hanya 2 langkah sahaja. Bagaimana tu Incik Lanun? Mudah jer, tak perlu main koding atau kod html dah .. korang hanya perlu :


Step 1. Log In ke Blogger
Step 2. Pergi bahagian Design
Step 3. Lihat bahagian atas n kiri anda di "NavBar" ada butang "Favicon Edit"
Step 4. Klik "Edit"
Step 5. New popup akan keluar..dan pilih apa sahaja ikon



Step 6. Tekan Save n Save design.. Boleh view dulu kalau nak.

Peringatan :
Ianya hanya support fail dalam format .ico yakni format ikon. Jadi korang leh lah search di google icon yang korang nak atau geledah jer My computer korang cari file icon (.ico). Pergi bahagian search my computer taip jer di ruang carian ".ico". Selamat mencuba.

Pertanyaan?
1. File .jpg, .gif, .bmp, .png boleh support tak? masih boleh TAPI..kena convert ke .ico dulu.
2. Apa software yang leh guna nak convert ikon?  IconConverter.com
3. Kenapa saya tak da features ni pun? sila log in ke Blogger In Draft
4. Apa Blogger in Draft nih? ia adalah tempat pengujian / eksperimen designer Blogspot.
5. Boleh tanya di ruang komen k.
6. Seronoknya bila blogger makin maju!.

11 April 2011

Bagaimana Seluar Jeans Di Hasilkan.. Lusuh dan Nampak Season..

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun terjumpa satu video dokumentari "How Jeans are made' Bagaimana seluar jeans dibuat di kilang, jadi Lanun kongsikan video ini pada kawan kawan pembaca semua. Video dokumentari ini menunjukkan bagaimana Denim memproses dari kapas hinggalah menjadi seluar yang cukup popular 1 dunia. Yang menarik dalam video ini adalah bagaimana mereka melusuhkan jeans tersebut serta membuat corak nampak "season" berdasarkan kehendak dan gaya masa kini.

Jom kita lihat video bawah ni :

09 April 2011

Tingkatkan Trafik Blog Anda Dengan Yahoo Buzz

6 komen disini yer..
PENGUMUMAN - Yahoo Buzz Di Tutup Oleh Yahoo bermula 20 April 2011

Dari Yahoo Answer : Yahoo Buzz was stopped on 21st April 2011. There was a little notice given but no reasons as to why, except 'staffing numbers'. Presumably, they are making redundancies. On the forum before it closed there was a lot of conjecture as to why this was happening such as:::;1. Certain people in government didn't like the criticism directed their way. 2. Some on Buzz were going a bit over the top with their comments and it was getting quite heated at times. It could have been handled better and people could have been informed properly instead of having to search around for an answer. I myself emailed Yahoo and eventually received an answer, but it was not very comprehensive and didn't go into much detail.

Sayang betul tak dapat guna servis Yahoo Buzz ni, yang tinggal hanya Yahoo Buzz Log. Nak submit memang tak boleh dah Harap Maklum.


Salam...
Dah lama rasanya Lanun tak share ilmu berkaitan blogging ni. Jadi hari ni Lanun ingin share kan satu lagi tips yang Lanun lihat berkesan pada trafik blog Lanun sendiri. Apa yang Lanun nak cerita kat sini Lanun dah try dan terbukti InsyaAllah. Korang boleh cuba dan lihat hasilnya bagaimana.

Pengenalan?
Yahoo Buzz, pernah dengar? biasa guna? ianya adalah satu medium untuk internet user submit story yang dieorg minat dan ingin kongsikan pada yang lain. Ianya sama seperti Digg, Delicious, Innit Nuffnang, Im curtain, My Ebuzz dan yang sewaktu dengannya.

Kelebihan?
Tapi apa kelebihannya berbanding laman web yang lebih kurang fungsinya tu? Kelebihanya ialah ia berada di bawah Yahoo sendiri, jadi secara logiknya apa yang Lanun faham Yahoo Buzz akan memberi sedikit sebanyak pengaruh pada hasil carian Yahoo Search Engine. Pastilah dia akan utamakan Yahoo Buzz kan? salah satu service company diaorang. Pastinya ia percuma!

Bagaimana ia berfungsi?
Seperti laman web yang lain, apabila kita submit artikel kita di Yahoo Buzz ini secara automatik kita akan menambah backlink blog post kita. Backlink ini sangat penting untuk trafik dan ianya elemen penting bagi SEO itu sendiri.

Gambar di bawah ni menunjukkan YahooBuzz yang Lanun baru sahaja 1, 2 hari gunakan dah mampu tersenarai sebagai 10 Referring Site tertinggi dengan cepat [ maksud : Lamanweb asal yang bawa visitor ke blog kita ]. Ini memberi semangat pada Lanun untuk berkongsi ilmu ini bersama dengan blogger yang lain.
Gambar dari Blogspot Stats for Lanunsepet

Cara nak guna servis Yahoo Buzz?
1. Buka www.buzz.yahoo.com
2. Sign In
3. Klik Submit pada menu sebelah kanan
4. Paste URL post yang anda ingin submit
5. Klik Preview
6. Lengkapkan maklumat yang diminta
7. Klik Submit

Done! Siap dah, Post tu akan disubmit ke database Yahoo Buzz dan bersedia untuk menjadi hasil carian pengguna internet yang mencari artikel berkaitan dengan post itu. Lanun harap dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi ilmu kita disamping meningkatkan trafik ke blog anda semua. Sekian...Tq sudi membaca.

17 June 2010

Pada yg blogwalking malam ni... CM buff ada, Tapi Kuar tgh malam jar.. Siang yilekk...

9 komen disini yer..
Salam...
Tq pada yang blogwalking malam ni n singgah ke blog Lanunsepet ni, buffered coffeemate Lanun  masih berjalan lagi rupanya, tapi kuar kul 12 ke atas jer.. hmm... tak syok la gtu kan? siang siang memang tak ada pun.. Tapi kalau dah nampak keluar tu korang klik sebab kat situ ada peraduan nota cinta dan 3 episod drama pendek yang best jugak ;-).



Musykil jugak dibuatnya, Lanun rasa buffered tu dah nak habis, jadi dier limit kan kuar so just tengah malam sahaja la agaknya advertisor setting. Apa nak buat kan? rezeki dah macam tu. 

To nuffnang and advertorial kat luar sana, cepat cepat la gantikan Lanun dengan buffered yang baru.. Trafik dah mula ok, buffered lak tak ada. Am i missing something?? 

Ok sekian.. post santai untuk blogwalking malam ni... still tak puas hati dengan buffered ni ha.