Showing posts with label download tutorial blogger. Show all posts
Showing posts with label download tutorial blogger. Show all posts

09 October 2011

Tutorial Convert Youtube ke Mp3 Paling Mudah

7 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan salah satu daripada pelbagai cara untuk convert / tukar video youtube kepada format mp3. Sebelum ni Lanun ada cuba software, dengan download video kemudian convert ke mp3 guna software lain pulak. Leceh dan kadang kadang tak boleh nak convert. Tapi, kaedah ini merupakan yang paling mudah setakat yang Lanun tahu. Iaitu menggunakan laman web www.youtube-mp3.org. Jadi sapa yang nak ambil lagu dan tukarnya ke mp3 bolehlah cuba.

Cara caranya ialah :
1. Copy URL video dari Youtube
2. Paste kan di Laman web Youtube to Mp3 Converter
3. Tekan Convert Video
4. Klik Download

Penerangan bergambar dibawah.


11 June 2011

Tutorial Pasang Read More Pada Blog Post

11 komen disini yer..
Salam..
Kadang kadang ada post yang panjang dan bila nak view kesemua menyebabkan blog nampak tidak kemas. Jadi untuk itu Lanun kongsikan satu tutorial bagaimana nak letak @ buat fungsi read more pada blog korang. Selain itu, read more ni boleh dijadikan gimik bagi saspen pada pembaca untuk ketahui apa sambungan cerita korang tu.

Tanpa buang masa, cara paling kacang buat Read More adalah menggunakan "Jump Break" paling mudah! paling cepat! tanpa memerlukan kode html atau skrip ke hape. Dulu2 Lanun kena bersusah payah geledah skrip tu untuk buat fungsi readmore tapi dengan tools Insert Jump Break boleh lupakan dah kesengsaraan edit HTML tu.

klik untuk lebih besauuu..

Kat mana butang Insert JumpBreak ni?
Di bahadian Compose, Ada terletak sebelah kanan button fungsi Insert Video (simbol kertas koyak dua)

Macam mana cara nak guna Jump Break? Mudah....
Semasa buat blog post terbaru atu edit yang lama, Just klik ikon Insert Jump Break tu dimana-mana bahagian teks / gambar dalam post anda. Selepas klik akan muncul satu garisan. Garisan itu menandakan sempadan Read More :
++ Semua yang diatas garisan akan muncul di awal awal
++ Dan yang dibawah garisan akan muncul selepas klik Read More. Mudah kan!.

Kenapa saya takda butang fungsi Jump Break ni?
Mungkin korang gunakan Post Editor yang lama. Just tukar kepada Post Editor yang baru dengan pergi ke Blogger > Setting > Basic > Skrol ke bawah sekali > Global Setting > Select Updated Editor.

ni yang lama.. tidak ada Jump break

tukar pada baru!!... klik untuk lebih besauu..

Ada lagi korang boleh capai..
Readmore dalam blogger ni boleh di customized @ di iedit lagi. Korang boleh tukar perkataan read more tu kepada ayat anda sendiri contohnya " Baca selanjutnya " atau "Nak tahu sambungnya?". Nak tukar tu boleh pergi ke Design > Page Element > Kotak Blog Post > Tekan Edit > Edit bahagian "Post page link text". Done!

09 June 2011

Blogger Umumkan Fungsi Baru, Tukar Favicon Blog Dengan Mudah

15 komen disini yer..

Salam...
Semalam di rasmikan 1 features / 1 lagi fungsi terbaru di Blogger In Draft (Tak keluar secara rasmi di Blogger biasa lagi yer) iaitu menukar favicon (tukar ikon B Blogger yang boooosann) dengan hanya 2 langkah sahaja. Bagaimana tu Incik Lanun? Mudah jer, tak perlu main koding atau kod html dah .. korang hanya perlu :


Step 1. Log In ke Blogger
Step 2. Pergi bahagian Design
Step 3. Lihat bahagian atas n kiri anda di "NavBar" ada butang "Favicon Edit"
Step 4. Klik "Edit"
Step 5. New popup akan keluar..dan pilih apa sahaja ikon



Step 6. Tekan Save n Save design.. Boleh view dulu kalau nak.

Peringatan :
Ianya hanya support fail dalam format .ico yakni format ikon. Jadi korang leh lah search di google icon yang korang nak atau geledah jer My computer korang cari file icon (.ico). Pergi bahagian search my computer taip jer di ruang carian ".ico". Selamat mencuba.

Pertanyaan?
1. File .jpg, .gif, .bmp, .png boleh support tak? masih boleh TAPI..kena convert ke .ico dulu.
2. Apa software yang leh guna nak convert ikon?  IconConverter.com
3. Kenapa saya tak da features ni pun? sila log in ke Blogger In Draft
4. Apa Blogger in Draft nih? ia adalah tempat pengujian / eksperimen designer Blogspot.
5. Boleh tanya di ruang komen k.
6. Seronoknya bila blogger makin maju!.

10 May 2011

HTML Hyper Link Code Generator

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun nak share satu tools ni yang simple, macam mana korang hasilkan HTML hyperlink script ke laman web yang dikehendaki. Ok, ada banyak cara sebenarnya antara dengan menggunakan HTML Link generator dibawah.

Kaedah Pertama :

Masukkan alamat URL Post @ Artikel korang dalam bahagian "URL Post". Pastikan yer sebelum www di dahului dengan http:// . Selepas itu masukkan "Nama Link" (Anchor text) , teks yang korang masukkan itu akan di tukar menjadi Hyperlink ke alamat url yang di isi di kotak sebelumnya. Sekiranya korang tak letak nama link, apa yang di isi di "URL post" akan menjadi nama link tersebut secara automatik.

Selepas lengkap di isi, klik butang "Jana Kod" untuk dapatkan kod html. Copy & Paste kod tersebut untuk digunakan di mana mana korang mahukan. Contohnya di friendster, tagged, laman web, dan juga pada ruang komen ataupun blog post. Mudah!

URL Post:
Nama Link:

  
Kod HTML link, Copy&Paste dimana saja korang nak:



Kaedah Kedua :

Satu lagi alternatif, kaedah nak hasilkan HTML Link skrip boleh menggunakan cara Copy n Paste URL dan edit nama menggunakan kod HTML yang telah diberi seperti di bawah :

<a href="http://www.quackit.com/html/codes">Get your HTML codes here!</a>

Tulisan Merah : URL Post / Laman web
Tulisan Biru : Tajuk Link ataupun Nama link.

17 June 2010

Pada yg blogwalking malam ni... CM buff ada, Tapi Kuar tgh malam jar.. Siang yilekk...

9 komen disini yer..
Salam...
Tq pada yang blogwalking malam ni n singgah ke blog Lanunsepet ni, buffered coffeemate Lanun  masih berjalan lagi rupanya, tapi kuar kul 12 ke atas jer.. hmm... tak syok la gtu kan? siang siang memang tak ada pun.. Tapi kalau dah nampak keluar tu korang klik sebab kat situ ada peraduan nota cinta dan 3 episod drama pendek yang best jugak ;-).



Musykil jugak dibuatnya, Lanun rasa buffered tu dah nak habis, jadi dier limit kan kuar so just tengah malam sahaja la agaknya advertisor setting. Apa nak buat kan? rezeki dah macam tu. 

To nuffnang and advertorial kat luar sana, cepat cepat la gantikan Lanun dengan buffered yang baru.. Trafik dah mula ok, buffered lak tak ada. Am i missing something?? 

Ok sekian.. post santai untuk blogwalking malam ni... still tak puas hati dengan buffered ni ha.