11 June 2011

Tutorial Pasang Read More Pada Blog Post

Salam..
Kadang kadang ada post yang panjang dan bila nak view kesemua menyebabkan blog nampak tidak kemas. Jadi untuk itu Lanun kongsikan satu tutorial bagaimana nak letak @ buat fungsi read more pada blog korang. Selain itu, read more ni boleh dijadikan gimik bagi saspen pada pembaca untuk ketahui apa sambungan cerita korang tu.

Tanpa buang masa, cara paling kacang buat Read More adalah menggunakan "Jump Break" paling mudah! paling cepat! tanpa memerlukan kode html atau skrip ke hape. Dulu2 Lanun kena bersusah payah geledah skrip tu untuk buat fungsi readmore tapi dengan tools Insert Jump Break boleh lupakan dah kesengsaraan edit HTML tu.

klik untuk lebih besauuu..

Kat mana butang Insert JumpBreak ni?
Di bahadian Compose, Ada terletak sebelah kanan button fungsi Insert Video (simbol kertas koyak dua)

Macam mana cara nak guna Jump Break? Mudah....
Semasa buat blog post terbaru atu edit yang lama, Just klik ikon Insert Jump Break tu dimana-mana bahagian teks / gambar dalam post anda. Selepas klik akan muncul satu garisan. Garisan itu menandakan sempadan Read More :
++ Semua yang diatas garisan akan muncul di awal awal
++ Dan yang dibawah garisan akan muncul selepas klik Read More. Mudah kan!.

Kenapa saya takda butang fungsi Jump Break ni?
Mungkin korang gunakan Post Editor yang lama. Just tukar kepada Post Editor yang baru dengan pergi ke Blogger > Setting > Basic > Skrol ke bawah sekali > Global Setting > Select Updated Editor.

ni yang lama.. tidak ada Jump break

tukar pada baru!!... klik untuk lebih besauu..

Ada lagi korang boleh capai..
Readmore dalam blogger ni boleh di customized @ di iedit lagi. Korang boleh tukar perkataan read more tu kepada ayat anda sendiri contohnya " Baca selanjutnya " atau "Nak tahu sambungnya?". Nak tukar tu boleh pergi ke Design > Page Element > Kotak Blog Post > Tekan Edit > Edit bahagian "Post page link text". Done!
Blog Widget by LinkWithin

11 komen disini yer..:

tieha ismail said...

dulu pernah try nk wat read more ni...tapi selalu gagal...hurmmm apa masalah pon tatau laa....maybe template tuh x sesuai kot...

aque said...

BESH!!! hari tu juling mate nak mencari coading... hahahaha

mase fara wat xperiment cari kat tenet keh3....

Lanunsepet said...

kadanng2 setengah tempalte dah automatik ada readmore..

bila kita guna yg jump break ni dia jadi bengong nnt.

he3.. dulu2 memang edit sampai sakit pale. tq pada blogger banyak dah improvement.

jemarioren said...

dah tau dah pong..hehe..

LaNuNsepet said...

he3.. ni Lanun buat sebab ade orang tanya. :-)

Akhelaken said...

tq lanun sepet, byk membantu! :)

anna semut merah said...

tq bro....saya dah ikut step nak letak read more tu....terbaek!!!

anna semut merah said...

bro...nak tanya pula ni...camna nak letak tag kat blog kita. contohnya bila saya tulis pasal ombak rindu nama2 pelakon tu kita boleh buat hyper link....so senang lah kebarangkalian orang baca ombak rindu blog saya naik....tolong ya

Unknown said...

Tqvm..Plg mudah dan berjaya..=)

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

dah jadi... tapi dia keluar link ke guablog. Ish... tak tau dh camana nak buat... :(

Che Had said...

time kasih...lama cari ilmu ni...rerajin singgah ler tempat sy : http://penapujangga.blogspot.com ....budak baru belajar.....