19 June 2011

Tiada Satu Pun Yang Sia Sia



Salam..
Tadi tengok jap National Geographic kat TV1 mengenai Bison (macam lembu tapi berbulu tebal), Saintis sedar bahawa Bison ini bertugas sebagai penyubur tanah, sambil mereka berjalan beramai ramai mereka menggemburkan tanah untuk pokok2 tumbuh lebih subur.

Kemudian kisah Tupai yang tinggal dalam tanah dengan membina lubang. Ia nya mempunyai 2 tugas penting rupa rupanya. Pertama spesis ini menyediakan lubang bukan sahaja untuk spesies nya saja, tapi lubang yang ditinggalkan menjadi tempat tinggal banyak lagi hidupan seperti musang dan arnab. Spesies ni jugak rajin makan rumput supaya rumput baru yang lebih subur tumbuh.

Kemudian, kisah api pulak. Kebakaran yang berlaku di taman negara seperti afrika. Kebakaran yang terjadi secara semula jadi ini bukan pemusnah. Tetapi sebenarnya adalah pengawal ekologi semulajadi. Api ini akan membakar rumput yang lama supaya tanah yang lebih subur akan terhasil. Ia juga akan membunuh serangga perosak seperti belalang.

Yang menariknya, saintis mendapati bila pihak taman negara ni padam kebakaran semulajadi ni, pokok pokok dan rumput tidak tumbuh sesubur dahulu. Sehingga pihak taman negara terpaksa buat kebakaran dengan sengaja supaya ekologi kembali seimbang.

Ini Bukti!! Hebat kuasa Allah, tidak ada satu pun yang dicipta yang sia sia. Inilah tanda tanda orang yang berfikir..lihat keliling anda, atas bawah semuanya tanda kekuasaan Allah SWT Maha Suci Mu Ya Allah..
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

jemarioren said...

suke nat geo. suke3. aiseh, baca dah best, tgk lagi le, miss pulak.
semua dalam kawalanNya yg lebih mengetahui

LaNuNsepet said...

to jemarioren :

em2..Lanun pun suka :-)

Brendan said...

Thiss is a great post