07 June 2011

Bahasa SMS Rosakkan Karangan Bahasa Melayu Di Sekolah?

Salam..
Lanun tertarik dengan berita yang dilaporkan bharian hari ini bertajuk Bahasa Terlarang yang menyentuh isu karangan bahasa melayu adik adik kita di sekolah kita di cemari bahasa bahasa ringkas SMS @ shortform. Menurut cikgu berkenaan kes ni semakin serius bila markah pelajar terpaksa di tolak kerana kekerapan penggunaan ayat ayat ringkas dan pendek tu. Ini berpunca dari kuat SMS, chatting dan ber facebook katanya.

Memang setuju.. kalau dah selalu sangat memang macam tu lah. Contohnya dalam blogging ni. Kadang kadang terbawa bawa juga guna ayat short form. Tapi ia nya tak bahaya kerana Blog ni tak libatkan exam dan markah kan. [seo tips : guna ayat penuh..jangan shortform!]

Dengan isu ni, Nampaknya tambah lah kerja guru untuk memberi kesedaran dan teguran pada murid murid. Selain tu, kempen kempen penggunaan bahasa dan ayat yang betul juga satu idea yang baik untuk atasi masalah ni. Lanun harap adik adik lebih berhati hati dalam bab bab akademik.
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

Unknown said...

huu.. ade ke yg guna bahasa sms semasa membuat karangan?

huhu.. berbelog & bersms sekadar memberi pemahaman kepada pembaca, bukan diberi markah hihi :)

LaNuNsepet said...

he3.. betul tu.
bukan tak bg chatting atau ber FB, cuma adik2 kena tahu masa bila nak guna shortform2 tu semua.

Jangan salah guna. :-)

Anonymous said...

Howdy! I simply wish to give an enormous thumbs up for the great info
you could have here on this post. I will probably be coming again to your blog
for extra soon.

Also visit my web site: semantics and syntax of motion talmy