10 June 2011

Cara Solat Jenazah Yang Ringkas


Salam..
Ramai yang tak sertai solat jenazah apabila berlaku kematian. Ni disebabkan mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menunaikan solat tersebut. Ketahuilah bahawa Islam ini mudah, Allah memudahkan Islam supaya kita dapat beribadat kepadanya.

Actually secara asasnya solat jenazah sangat mudah. Sesetengah orang tak ikut solat katanya tak tahu baca tu, tak tahu baca ni, padahal bacaan panjang itu adalah sunat. Sebab itu kita kena kenal rukun dan syarat sah setiap ibadat yang kita buat. Kuncinya belajar!.

Rugilah kalau kita tidak bersama menyembahyangkan jenazah kawan atau saudara kita ianya merupakan penghormatan terakhir buat mereka.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
++  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri :)
++  Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah. 

Semua ni Lanun compile dari :
Syahirul.com, al-azkar.blogspot.com, Siputonline.blogspot.com [ustaz azhar idrus], Al azim.com [lawat link untuk blajaq lagi detail]

Nota PENTING Lanunsepet :
Lanun terbuka untuk teguran, dan pembetulan. Apa kurang itu adalah dari kelemahan Lanun sendiri. Yang paling afdhal dan baik adalah dilakukan dengan tertib dan khusyuk dan bukan nak mudah dan cepat habis solat saja. Tujuan Lanun menggunakan perkataan "MUDAH""RINGKAS"  adalah untuk mengajak semua supaya sedar bahawa Solat Jenazah adalah mudah dan semua boleh buat. Bukan memandai mandai memudahkan sesuatu hukum. Sekian :-) Tegurlah Lanun. 
Blog Widget by LinkWithin

21 komen disini yer..:

Yana Houry said...

perkongsian yang amat bagus..walaupun ringkas n mudah..tapi masih ramai yang xtau...

abglan said...

Memang sempoi, budak kecik pun bleh faham..

lanunsepet said...

semoga ade berkat ilmu yg di kongsi ni :-)

Pak Su Man MAS said...

Assalamu'alaikum saudara.
Jazakallah kerana memaparkan info mengenai cara solat jenazah. Semuga kita dapat manafaat bersama dari usaha saudara, dan usaha saudara selanjutnya diberkati Allah SWT.

Usaha saudara yg baik ini merupakan salah satu amalan orang2 yang beriman. Jadi disini, saya ingin sarankan, amalan yg baik, eloklah bermula dgn nama blog yg baik supaya usaha saudara senentiasa mendapat berkat, taufik dan hidayah Allah SWT. Nama blog yg baik di kaca mata Islam, insyaallah akan kena pada tempatnya, apabila posting ilmu saudara disebut-sebut. Wallahu'alam
- Abdul Rahman Bin Ibrahim

mat said...

boleh ke baca cmni?

Radzi bin Osman said...

mohon share.

cp said...

as salam,..beri salam kanan ke kiri or kiri ke kanan

LaNuNsepet said...

To mat :
boleh.. tak jadi masalah. Saya ikuti kuliah solat di masjid kmpung saya. Menurut ustaz saya, yg penting rukunnya cukup. Yg lainnnya adalah sunat. Bacaan yang paling afdhal adalah seperti yang bgtahu. solat ini mudah sebenarnya. Seperti solat hajat. baca alfatihah ja pun pun takpa. Tp.. ada cara yg afdhal. kalau tahu, buat yg afdhal. kalau tak mampu buat yg rukun saja ikut kemampuan. kalau nak tgu hafal mmg tak buat2 la solat tu kan :)

to radzi :

silakan share. ada kesalahan mohon tegur.

to cp ;

waalaikumussalam..
salam ke kanan sahaja pun boleh. ke kiri adalah sunat sahaja. sama seperti solat 5 waktu. :)

LaNuNsepet said...

aa2 silap taip rupanya. Kanan n then kiri :)

dirafum aka fareed (MCo) said...

Alhamdulillah...terima kasih
ringkas dan padat

dirafum aka fareed (MCo) said...

admin, mohon kebenaran untuk post di blog saya.. juga

zulkofli abdul hamid said...

mohon share

zulkofli abdul hamid said...

mohon share

Anonymous said...

Mudah difahami..TKasih

Anonymous said...

Mudah difahami..TKasih

Anonymous said...

Mudah difahami..TKasih

Mohamad Rafiai Seman said...

Tq.moga ramai yg sudi solat jenazah sekiranya ada kematuan

Anonymous said...

Ada yg kata ..beri salam kanan shj..mohon pencerahan

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH...REZEKI IMLU ALLAH,SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KALIAN...TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI...

Anonymous said...

Sangat bermanfaat.
Syukran.
:)

Anonymous said...

alhamdulillah sgt menafaat..jazakallahu khairan..