17 June 2011

Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas



Salam..
Lanun nak kongsikan kaifiat 1 solat yang mudah tapi cukup baik dan cantik untuk kita amalkan. Ia merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.

Jadi Lanun akan straight foward pada perkongsian kita kali nih, Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. Jangan target tinggi tau, buat yang 2 rakaat tapi istiqamah, sebab itu yang lebih baik. Allah lebih suka amalan yang sedikit tetapi istiqamah dari yang dahsyat tapi kadang kadang n jarang jarang.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha : KLIK SINI
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha

Semua ini Lanun compile dari sumber berikut :
Permai 1.tripod.com, Nursyirah.wordpress.com, Mohamadazhan.com

Nota PENTING Lanunsepet :
Lanun terbuka untuk teguran, dan pembetulan. Apa kurang itu adalah dari kelemahan Lanun sendiri. Yang paling afdhal dan baik adalah dilakukan dengan tertib dan khusyuk dan bukan nak mudah dan cepat habis solat saja. Tujuan Lanun menggunakan perkataan "MUDAH" n "RINGKAS" adalah untuk mengajak semua supaya sedar bahawa Solat Jenazah adalah mudah dan semua boleh buat. Bukan memandai mandai memudahkan sesuatu hukum. Sekian :-) Tegurlah Lanun.
Blog Widget by LinkWithin

16 komen disini yer..:

jemarioren said...

suka doa dari UNIC tu

lanunsepet said...

yup!.. anak buah Lanun boleh hafal doa dhuha dengan lagu UNIC tu..

Doa Dhuha UNIC

Sufi Sembrono said...

terima kasih posr entry ni.. :)
berguna untuk saya!!

Faiz Nasron said...

salam lanunu, erm nak tanya, kalu bab baca doa pendek tuhkan, kalu xbaca camne. diterima x????

Anaa said...

dik, thank u. :)

ummi neena said...

assalamualaikum lanun. trima kasih sbb memberi tunjuk ajar secara ringkas. saya nk masukkan artikel awk ni dlm blog peribadi sy.=D

Eila said...

trima kasih krn berkongsi.. Smg kita smua sama2 mendapat ganjaran Allah. Amin.

headayahchul :) said...

terima kasihh :)
sangat2 berguna .may allah bless you .

yuyu aziz said...

terima kasih banyak untuk info yang sangat berguna ini.

barakallah!

Anonymous said...

trma ksh bnyk2...info ini sngt bguna

Fastabiqul Khoirat said...

assalamualaikum owner blog. terima kasih banyak2 atas penjelasan ringkasan. banyak membantu. maaf..sy tak suka nk panggil owner ni lanun...sbb maksudnya tak baik...sy panggil abdullah lah menggantikan lanun..lebih mulia namanya....terima kasih semoga allah membantu abdullah juga sbb bantu sy bagi lagu unic tu hehehe...sng ajar sahabat2 yg lain. terima kasih lagi sekali ye.syukur temukan blog ni :)

Anonymous said...

saya nak tanya sikit lah.. kita klu nak buat solat sunat (tak kisah solat sunat taubat, hajat atau ape2 pun) boleh lakukan bila2 masa kan.. kecuali waktu makhruh tahrim.. boleh tak lanun bagitau di antara waktu makhruh tahrim tu dari pukul berapa samapi pukul berapa?

Anonymous said...

salam...thanx lanun...infonya sngat baik..

Anonymous said...

sesungguhnya solat dhuha ini termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat..

Radzi bin Osman said...

mohon share & copy.

azah aziz said...

TQ very much!