Showing posts with label hukum rancangan. Show all posts
Showing posts with label hukum rancangan. Show all posts

08 June 2011

Ustazah Pilihan Astro Oasis : Sah Ditayangkan 1 Oktober 2011

21 komen disini yer..
Salam..
Sah.. Astro Oasis telah pun selesai buat perasmian rancangan realiti terbaru iaiatu Ustazah Pilihan yang bermatlamatkan pencarian ikon muslimah dan pendakwah dikalangan wanita. Rancangan ni telah pun dirasmikan oleh Ustazah paling popular di Malaysia tak lain dan tak bukan Dr Mashitah Ibrahim.

Konsep nya lebih kurang imam muda, 10 orang peserta, ada matapelajran tertentu cuma ianya melibatkan kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah dan penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja. Tumpuan mereka adalah isu isu wanita masa kini. Penerbit juga menjanjikan ianya berlandaskan syarak.

Sesi temuduga sudah pun disusun dan akal dijalankan di seluruh negara pada Julai nanti. 9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah 15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu 23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. 30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Dengan syarat berumur 18-27 tahun serta sihat tubuh badan. Yang berminat juga kena bawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

Siapa peserta peserta Ustazah Pilihan? Adakah ia benar benar menetapi syarak? Kita saksikan nanti.. Jika ia tidak, kita tentang habis habisan. Cuma Peringatan Lanun tetap seperti dalam artikel sebelum ni : KLIK SINI

p/s : adakah Wahida, Wardina n X wife Ustaz Akil Hayy akan masuk?

31 July 2010

Nak Kenal Asyraf Juara Imam Muda Astro ??

6 komen disini yer..
Imam Asyraf

Salam..
Beliau lah juara Imam Muda Astro yang baru sahaja memenangi rancangan realiti Imam Muda yang pertama seumpamanya di dunia, Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan. Rancangan untuk pengetahuan korang turut dapat perhatian luar negara sehingga mereka hantar wakil untuk ke rancangan tersebut. Lanun puji usaha ini walaupun tidak berapa suka dan setuju dengan Astro.

Sekarang Imam Asyraf dah ada fan page kat FB jadi sape nak menjadi peminat nya boleh lah join Laman Peminat facebook Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan disini KLIK SINI.

Biodata Ringkas :
Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26
Asal: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM

Tapi Lanun ingatkan dalam rancangan Imam Muda ni kita jangan sama kan dengan rancangan realiti AF ok, darjat rancangan ni lebih tinggi dari AF. Jangan juga kita terlalu taksub dengan juara atau peserta tertentu. Dalam imam muda tiada siapa yang lebih baik atau siapa yang teruk. Semua peserta Imam Muda adalah pemenang kerana mereka berkhidmat untuk Islam dengan ikhlas itulah sebaiknya. Semoga semua Imam Muda meneruskan usaha dakwah dan menjaga peribadi. :-)

p/s : Golongan berilmu macam dieorg elok kita dampingi... berkat.