15 April 2011

Ustazah Pilihan, Program Realiti Terbaru Astro ?



TERBARU : SAH!! Ditayangkan Oktober.. Perasmian Rancangan Ustazah Pilihan terbitan Astro Oasis KLIK SINI



Salam...
Ustazah Pilihan? adakah satu lagi rancangan realiti televisyen islamik terbaru keluaran Astro?  Imam Muda, kini..Ustazah Pilihan? Ya, mungkin. Ini berdasarkan apa yang Lanun terbaca satu wall status di Facebook Imam Muda mengenai siri pencarian realiti 'Ustazah Pilihan'. 


Jadi kali ini akan menampilkan ustazah ustazah pula sebagai peserta dan mungkin di uji seperti format rancangan Imam Muda pertama dan kini dalam sedang musim kedua. Untuk Siri Usatazah Pilihan ini program kendaliannya dan penglibatannya hampir 95 peratus dari wanita untuk wanita. Program realiti keagamaan ini dikatakan dibuat dengan kerjasama JAWI dan Bank Islam.

Adakah "Astro : Ustazah Pilihan" ini akan berjaya? Apa pendapat anda? 

Respon (peribadi) Lanun mengenai Ustazah Pilihan :
  1. Ada baik dan Ada Buruknya.. 
  2. Rancangan sebegini baik pada pandangan Lanun sekiranya ia dibuat dengan acuan Islam.
  3. Ia nya hendaklah tidak terlalu menekankan pertandingan siapa hebat dan siapa tidak hebat.
  4. Adakah kecantikan jadi keutamaan? Jangan jadikan kecantikan ustazah ustazah kita sebagai eksploitasi oleh Astro.
  5. Mohon sangat jangan la pandai pandai nak tukar gaya peserta sehingga mereka jadi mangsa fesyen yang akhirnya bawak dosa!!. Lebih lebih stail tudung !.
  6. Lanun setuju sekiranya ia menampilkan imej Sebenar seorang Muslimah mengikut Syarak.
  7. Lanun harap ia akan memberi mesej yang sebenar tentang aurat, akhlak, dan gaya hidup Islam yang menepati syarak supaya wanita muslim di Malaysia dapat mencontohinya.
  8. Semoga ia dapat lahirkan ulamak dari kalangan muslimah yang dapat menjalankan amar makruf nahi mungkar di Malaysia.
  9. Harap ia boleh jadi idola gadis gadis dari dok melayan AF, Mentor, OIAM, Malaysian Idol, dan lain lain yang lansung tidak mempunyai kebaikan pada Muslim di Malaysia.
Blog Widget by LinkWithin

11 komen disini yer..:

jemarioren said...

kalau btl le, harap2 tak de yang purak2. zaman la ni nak popular, ramai yg suka berpurak2..

suffer8zine said...

makin banyak rancangan realiti ni, entah sape la yg nk tgk

Terkini Kucing Lahirkan Anak Anjing

ariffin mutalib said...

huh..macam-macam cara astro nak promote die punye siaran..t ape plk lepas nie...

Anonymous said...

Saya suka respon peribadi lanun. bernas dan berisi. apa2 pun, astro dah umumkan. sama2 la kita mengharapkan yg terbaik drp progrm ni. IM dulu seblom launching mcm2 org kata. tp kalau hampeh sama2 la kita boikot

LaNuNsepet said...

Tq... betul tu, kalau mengarut kita bantah sama2 :)

Cappuccino Lover said...

setuju3

soutulmujahid.com said...

tgk akademi al-quran. tabarruj tetap ada. aku serius x yakin dgn sykt2 tv ni. mereka lebih nak kpd keuntungan je sebenarnye.

tgk akademi al-quran. yg cukur kening pon ada

Bee Designer said...

tpi... bgai mne dgn dalil ini?
Al-Quran :

“dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(An-Nuur:31) dan dalil ni?

Hadith

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita."
(Riwayat Al-Bukhari)

Pendapat Ahl-Bait : Saidatina Fatimah,
"Perempuan yang baik itu adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"
--yakni selain mahram

fiqh said...

asalkan perkara yg baik mngenai kbnkitan islam...insyaAllah akn mndpt keberktn n keredhaan Allah..n halal ulama tidak membntah mngenai ini...insyaAllah akn berjaya

Anonymous said...

em,kita tak tw cmne dorg nak bawak prog ni..harap xtimbul ftnah bagi muslimat or ustazah lain kat luar..

Anonymous said...

ketahulah wahai akhowat..diri kte bknnya tmpt utk diperagakan...tmpt kte disisi islam adalah tinggi..sbb e2 kte dijaga dgn teliti....nk berdkwah x perlu nk exposekn dri kpd khalayak....dkwh kte kpd rkn2..kpd saudara-mara dn insyaallah kpd anak2 kte..jdilah afeefah muslimah..